BAB 24

4.4K 340 51
                                    



AIREEN masih lagi tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.

Qaleef nak join dia spend time dengan Luthfiya? Tapi kenapa? Tak kerja ke?"

"Macam tak perlu je? Tuan Qal kan kerja?" Aireen mencuit hujung bahu Luthfiya supaya membantunya.

"Alaaa Kak Reen bolehlah daddy join. Daddy cakap dia nak tengok juga hadiah yang Kak Reen nak bagi dekat Fiya."

Aireen mengecilkan matanya pada Luthfiya. Dua beranak ni sengaja ke apa? Seorang pun dah tak terlayan ni datang lagi seorang?

Qaleef tersenyum bila Luthfiya tidak menyokong Kak Reen dia.

Pandai anak daddy.

Sebenarnya dalam kereta tadi dia sudah bergaduh dengan Luthfiya kerana dia mahu menyertai pertemuan mereka hari ini.

Luthfiya berkeras tak mahu membenarkan Qaleef menyertainya kerana katanya ini pertemuan rahsia dia dengan Aireen.

Girls only katanya.

Tetapi Qaleef lebih bijak mengumpan Luthfiya. Dia akan benarkan Luthfiya bermalam dengan Aireen jika dia boleh turut serta.

Luthfiya bukan main seronok bila mendengarkan itu.

Kerja? Sudah lama Qaleef tidak mengambil cuti. Apa salahnya hari ni dia cuti? Boleh happy kan anak dia.

"Tuan Qal.. tak seronoklah macam ni.." Keluh Aireen. Hampir menangis dia dibuatnya. Memang dia rasa terganggu bila Qaleef ada.

"Kenapa pula? Saya tak ganggulah." Balas Qaleef seperti mengetahui apa yang Aireen fikirkan.

"Tapi-"

"Reen.. jemputlah Qal masuk dulu. Tak elok bagi tetamu tercegat depan pintu macam tu.." Tegur Puan Ramlah.

Dari tadi dia tengok Qaleef tercegat depan tu, Aireen pula dah macam pengawal jaga pintu tu.

Bibir Aireen spontan mencebik bila Puan Ramlah juga seolah mengkhianatinya. Dia kembali memandang Qaleef.

"Masuklah.." Suara Aireen kedengaran lemah sekali.

"Macam tak ikhlas je?"

"Memang.." Perlahan saja suara Aireen tapi masih boleh didengari.

"Tak ikhlas pun saya tetap nak join." Qaleef melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menegur Puan Ramlah sebelum dijemput duduk oleh tuan rumah itu.

Aireen terlopong. Betul ke Qaleef ni? Ke semalam mamat ni tersalah makan?

Tangan Aireen digoncang. "Kak Reen tak suka ya daddy ada?" Soal Luthfiya. Dari tadi wajah Aireen langsung tidak gembira.

Aireen menunduk melihat Luthfiya. Kasihan pula dia pada Luthfiya jika dia biarkan emosi menguasai dirinya.

Budak ni dah bersiap cantik-cantik takkan aku nak rosakkan mood dia? Fikir Aireen.

"Qal dah sarapan? Reen ada buat bihun goreng pagi tadi.. kalau belum sarapan jomlah.."

Pelawaan Puan Ramlah membuatkan Aireen menggelabah.

Bihun aku? Takkan kot.

Haritu bubur yang dia tak tahu kena dengan selera Qaleef atau tidak. Kali ni bihun? Aireen mula menggigit bibir.

"Fiya nak makan juga! Fiya makan roti je pagi tadi." Celah Luthfiya pula. Dia tahu dia akan makan di rumah tokmi jadi dia tak makan banyak pagi tadi.

"Jom princess.. sarapan dengan daddy okey?" Qaleef menggamit Luthfiya. Dia sangat selesa memandangkan dia sudah beberapa kali singgah di sini.

TAKDIR YANG SAMA [EBOOK] Where stories live. Discover now