BAB 12

4.3K 279 16
                                    




"REEN kitorang nak pergi tengok wayang nanti. Kau nak ikut tak?" Ajak Amir.

"Tak naklah Amir. Aku nak rehat je." Balas Aireen sambil tangannya mengira stok sayur yang baru sampai tadi.

"Alaa tak bestlah. Kita dah lebih sebulan berkawan tapi tak pernah lagi hang out sama-sama."

Aireen mengeluh. "Tapi-"

"Kenapa ni?" Tiba-tiba Haqeem berada di belakang mereka.

"Err chef.." Amir senyum seraya mengangkat bahunya.

"Reen?"

Aireen mengangkat wajah memandang Haqeem sebelum dia menggeleng kepalanya. "Tak ada apalah chef."

"Saya ajak dia tengok wayang je chef tapi dia tak nak." Bagitahu Amir dengan jujur.

"Berdua?"

"Eh tak. Ada lagi yang lain." Amir menidakkan. Dia tak berani nak ajak Aireen keluar berdua. Minah ni sudahlah garang, langsung tak mesra alam.

"Siapa lagi yang pergi?" Tanya Haqeem.

"Una, Shikin, Zaf.. yang lain ada yang tak confirm lagi."

"Saya? Awak tak nak ajak?"

"Eh Chef nak pergi ke?" Soal Amir. Dia tak kisah, lagi ramai lagi meriah.

"Saya pergi kalau Reen pergi."

"Reen jomlah. Jom jom.. boleh eh?" Amir semakin teruja bila Haqeem ingin menyertai mereka.

Aireen mendengus. Dia memang tak suka dipaksa tetapi memandangkan Amir begitu beria-ria dia bersetuju juga.

Haqeem senyum bila Aireen setuju dengan wajah mencuka. Nampak sangat terpaksa.

Aireen malas melayan lalu dia sambung membuat kerjanya. Tak apalah sekali sekala dia cuba bergaul dengan kawan sekerjanya.




"AKU nak ikut jugak Reen. Bolehlah.. boleh eh? Aku dah lama tak tengok wayang ni." Raihana merengek bila Aireen memberitahu kru restoran mahu keluar beramai-ramai.

"Nanti aku tanya Amir tu. Takut diorang segan pulak. Kau bukan budak restoran." Balas Aireen selamba.

Raihana mula muncungkan mulut. "Ee kau ni sampai hati kan."

"Aku saja jelah. Aku tak kisah pun. Aku pergi pun sebab kena paksa. Ada kau dengan Una relaks sikit aku."

Raihana mengangguk faham. Aireen ni kalau boleh memang nak duduk rumah. Tak nak keluar langsung kalau tak ada keperluan.

Sepanjang Aireen tinggal dengan mereka cuma beberapa kali saja Aireen keluar selain untuk bekerja.

"Reen.. aku nak tanyalah. Tu pun kalau kau sudi jawab." Tiba-tiba wajah Raihana berubah serius. Dia sudah lama mahu bertanyakan ini.

"Apa dia?"

"Dulu masa study aku tengok kau tak ramai kawan. I mean kawan sekelas tu adalah tapi kawan rapat?"

Aireen menggeleng kepalanya. "Siapa nak berkawan dengan aku Ana? Aku ni dahlah suka buat hal sendiri.. aku tak pandai berkawan, tak pandai bersosial."

Dahulu semasa belajar, ada saja yang mengajaknya berkawan. Tapi bila dia jarang keluar melepak, keluar pergi mall atau kafe mereka tidak lagi mengajaknya.

"Selain aku dengan Hana.. siapa lagi kawan rapat kau?" Raihana sedia maklum tentang kawan Aireen yang bernama Hana itu. Itu pun dia dapat tahu semasa Aireen mengambil motornya.

Aireen menggeleng kepalanya. Dia tiada kawan rapat. Kawan yang boleh berkongsi segala cerita atau masalah.

Walaupun dia berkawan rapat dengan Hana tapi tak semua kisah hidup dia Hana tahu. Sama juga dengan Raihana.

TAKDIR YANG SAMA [EBOOK] Where stories live. Discover now