BAB 15

4.6K 307 84
                                    




"KAK REEN.." Terpancul ayat itu dari mulut Aira. Aira menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Aireen.

"Aira apa khabar?" Sapa Aireen bila Aira tunduk mencium tangannya.

Sebelum dia tiba tadi, dia sudah bersiap sedia untuk melapangkan dada seperti yang diberitahu Puan Ramlah. Dia cuba untuk memaafkan semua yang terjadi.

"Baik Kak Reen.."

"Eh apa tercegat dekat sini. Jom masuk Reen. Ya Allah rindunya ibu pada Reen. Kenapa Reen tak cakap nak balik? Ibu boleh masak sedap-sedap untuk Reen." Ujar Puan Saerah dengan gembira.

Tak sangka Aireen sudah pulang dan wajahnya nampak lebih ceria.

"Tak apa ibu. Reen okey je. Kejap ya ibu, Reen nak letak beg dalam bilik." Dengan pantas Aireen menuju ke biliknya tanpa sempat dihalang Puan Saerah dan Aira.

Puan Saerah dan Aira mula saling berpandangan.

Pulas tombol pintu, dahinya mula berkerut. Aireen melihat sekeliling bilik itu. Terasa kesat air liurnya.

Kenapa bilik ini terasa asing?

"Apa ni ibu?" Suara Aireen mula bergetar. Dia memandang ke arah Puan Saerah dengan mata yang mula berkaca.

Puan Saerah yang mula serba salah itu cuba memegang tangan Aireen tetapi Aireen mengelak.

"Maaf Reen.. i-ibu.."

Melihat riak ibunya, Aireen menarik nafas. "Bilik baby? Baby siapa?" Soal Aireen apabila melihat baby cot di sudut bilik itu.

"Baby Aira.." Aira yang sedari tadi diam bersuara. Dia menunduk kerana takut dengan tatapan Aireen.

"Ai-Aira dah kahwin?" Aireen pula tergagap. Matanya terus terpandang cincin di jari manis adiknya itu. Giginya diketap.

Perlahan-lahan Aira mengangguk kepalanya. "Ya Kak Reen. Aira kahwin dengan-"

"Assalamualaikum!"

Aireen sekali lagi berkerut. Dia kenal suara tu. Takkanlah? Tolonglah bukan seperti yang dia fikirkan.

Aireen menapak ke ruang tamu mencari suara itu. Dia memandang Harith yang tercegat di situ dengan beberapa plastik di tangannya. Tangan dikepal erat menggunakan saki baki semangat yang ada.

"Aireen."

Aireen melihat wajah Harith yang seakan-akan terkejut dengan dirinya.

"Aira kahwin dengan abang Harith." Bagitahu Aira walaupun dia takut. Tetapi Aireen perlu tahu. Dia terus bergerak ke sebelah suaminya.

Dang!

Hati Aireen sekali lagi hancur berkecai. Dia memandang ke arah adiknya. Kata-kata Aira dulu kembali bermain di ruang fikiran.

"Aira tak nak Abang Harith. Aira tak cintakan Abang Harith."

Aireen ketawa kecil tetapi sinis. Dia memandang Aira dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Matanya juga tertancap pada tautan tangan mereka. Pandangannya dialih.

Gadis ini yang mengatakan dia tak nak pada Harith namun cuma dengan pemergiannya yang baru sebulan lebih, Aira sudah pun berkahwin dengan Harith. Tanpa pengetahuannya.

Sekarang Aira mengandung? Dan biliknya juga sudah menjadi bilik untuk bakal cucu keluarga ini. Nampaknya semua orang gembira bila dia sudah keluar rumah.

Sampai hati semua orang. Aireen memandang wajah ibunya. Wajah syurganya.

Aireen sungguh tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Sekali lagi hatinya remuk angkara keluarga sendiri.

TAKDIR YANG SAMA [EBOOK] Where stories live. Discover now