Chapter 1

74 19 91
                                    

Ming tersedar, dia bangun dan melihat keadaan sekeliling telah berubah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ming tersedar, dia bangun dan melihat keadaan sekeliling telah berubah. Dia berada dalam sebuah bilik yang dia yakin itu adalah bilik tumpangan. Ming segera mengemas apa yang sepatutnya dan keluar dari bilik itu menuruni anak tangga kayu ke bawah.

"Terima kasih tuan kerana telah sudi ke sini dan menumpang tidur di sini." Seorang lelaki berjanggut putih berpakaian jubah sederhana menundukkan kepala.

Ming menggaru kepala, "Maafkan saya, apa yang telah terjadi sehingga saya tidur di sini," soal Ming dengan yakin tetapi menimbulkan rasa pelik di wajah lelaki tua,

"Tuan tak ingat? Tuan katanya datang dari wilayah yang jauh dan ingin menumpang tidur di rumah tumpangan ini, wang jongkong emas juga tuan ada berikan kepada kami tanda terima kasih. Saya masih menyimpannya sehingga sekarang," jelas lelaki tua membuatkan Ming akhirnya menganggukkan kepala.

"Baiklah saya sudah faham, terima kasih." Dengan beg yang diperbuat dari buluh disangkut di belakang, Ming meneruskan perjalanan yang sendiri tidak tahu kemana hala yang ingin ditujui.

'Macam mana aku nak cari keluarga tu? Aku mana ada alamatnya. Aduh!' keluh Ming dalam hatinya, pening nak fikir dimana patutnya dia mencari keluarga itu. Sudahlah dia hanya mengingati wajahnya saja, bagaimana dia mahu mencari?

'Jangan khawatir, ikut kata hati dan fikiranmu saudara.' Ming terdengar suara misteri itu dari dalam hatinya, perlahan-lahan dia mengangguk dan berfikir dengan teliti.

"Beg.." Ming mengambil beg buluh di belakangnya dan cuba untuk memeriksa kalau-kalau ada informasi yang penting tentang keluarga yang ingin dia cari. Cari punya cari, dia terjumpa selembar kertas yang mempunyai tulisan di dalamnya, "Huo..mungkin ini nama keluarga tu!" Wajah Ming menjadi gembira, dengan semangat dia melangkahkan kaki meneruskan perjalanan.

Semasa berjalan, barulah dia perasan yang bajunya telah bertukar menjadi warna merah, dan rambutnya juga pada asalnya hitam telah bertukar menjadi putih, dia tidak terganggu dengan perubahan itu, kerana dia merupakan manusia yang telah diberikan kelebihan untuk hidup abadi, rasanya hal remeh ini tidak akan menjejaskan apa-apa.

Seharian Ming berjalan tanpa henti, melihat-lihat ke arah setiap pintu rumah yang bertuliskan nama keluarga. Tiada satu pun yang ada nama Keluarga Huo, hampir jugalah dia berputus asa. Tetapi mengingatkan pada suara itu yang menyuruhnya untuk tidak berputus asa, dikuatkan jugalah hati.

"Rumah yang terakhir...kalau ini pun bukan juga, rasanya aku tidur di rumah tumpangan lagilah malam ni." Ming berjalan dengan perlahan dan sedikit termengah-mengah kerana penat. Diangkat selembar kertas lama itu ke arah papan tanda, alangkah terkejutnya dia apabila nama yang tertera di papan itu sama dengan apa yang ada dalam kertas itu.

"Bagus! Tak perlulah aku nak tidur luar malam ni. Ada orang tak dekat rumah!" Ming terus meluru masuk dengan wajah yang gembira tanpa menunggu ataupun bertanya.

Pengawal yang menjaga di pintu luar juga sudah cuba menghalang, tetapi tombak mereka ditepis begitu sahaja, Ming tidak mempedulikan mereka, "Ada orang tak!" Sekali lagi suara kuat Ming menyinggah di dalam kawasan rumah yang luas itu, kesemua orang gaji dan juga pekerja keluar dan melihat ke arah Ming dengan reaksi yang pelik.

PRINCE ROSE'S LOVEWhere stories live. Discover now