Chapter 10

45 10 80
                                    

Ming, Aihan dan Niu ditolak masuk ke dalam sebuah tempat yang agak luas, seperti penjara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ming, Aihan dan Niu ditolak masuk ke dalam sebuah tempat yang agak luas, seperti penjara. Kerana tempat itu dikelilingi pintu besi yang dikunci rapat bersama dua ke tiga orang pengawal berjaga di hadapan pintu masuk dan juga kawasan sudut.

"Apa sebenarnya tujuan kau orang semua menculik kami ke sini? Kami tidak ada harta yang bernilai pun." kata Ming dengan nada yang kasar. Tidak teringin dia nak berbuat baik dengan Ju.

"Betul! Kami tidak ada harta, cuma ada duit emas-" Niu menutup mulutnya sendiri. Dia sudah tersasul menyebutkan tentang rahsia itu.

Pang!

Kepala Niu ditampar oleh Ming, "Kau ni memang tak reti langsung nak jaga rahsia. Patutnya kau kena tembak je dengan anak panah tadi, tak payah aku nak tolong kau. Menyusahkan orang saja." Habis Niu malu kena serang dengan kata-kata Ming. Meminta sangat dari tadi, memang kenalah akibatnya.

"Haha... terima kasih sahajalah, kami tak mahukan duit kau orang semua. Tapi seperti yang aku sudah beritahu, kami telah dilihat oleh mata kamu, kamu, dan kamu. Mengikut peraturan kumpulan ini, kami tidak akan melepaskan sesiapa yang telah melihat kami. Ini penting untuk mengelakkan orang tahu pasal kami."

Mendengar penerangan Ju, Ming tersenyum sinis, "Patutlah setiap kali pihak kerajaan cuba memburu kau, asyik saja terlepas. Tidak kiralah perangkap apa sekalipun yang diatur. Rupa-rupanya kau menggunakan cara keji ini ya."

"Ya! Kami peduli apa, biarlah kejam sekalipun asalkan kami mendapat wang yang banyak. Kumpulan kami menjadi bualan semua orang tentang betapa kejam dan hebatnya kami! Sudah, bercakap dengan kau hanya membuang masa aku. Hu, kurung mereka semua dan jangan benarkan mereka keluar! Kau ikut aku." Ju berjalan keluar dari penjara itu dengan Huang dipaksa mengikutinya dari belakang. Kedua belah tangannya dipegang oleh orang-orang Ju.

"Ah, tak guna betul mereka tu! Sanggup menangkap kita dan kurung kita di tempat yang busuk dan kotor ini." Aihan menentang dengan rasa geram dan marah.

"Sudah nama tempat ini pun penjara. Ini bukannya rumah ataupun istana. Lagipun memang sudah namanya penjahat yang keji dan kejam! Memanglah kita DIKURUNG DI TEMPAT SEBEGINI!" Suara Ming sengaja dikuatkan, biar pengawal yang berjaga di sudut penjara itu terdengar.

"Shhh... pakcik jangan nak cakap yang bukan-bukan. Nanti mereka buat benda tak elok, kita pula yang susah."

"Apa susahnya? Bukannya kita buat jenayah berat. Mereka yang buat KERJA TERKUTUK TU!" Sekali lagi Ming sengaja menguatkan suaranya biar semua orang yang berada di situ dengar. Aihan hanya mampu mengeluh, Ming ni kadang-kadang memang degil orangnya. Aihan sendiri pun tak mampu nak lawan kedegilan lelaki berambut putih itu.

❀❀

Huang diikat pada dua batang kayu yang berdiri tegak dalam ruangan yang agak luas, tangan kiri dan kanan dirantai dan dia dibiarkan berdiri. Jubahnya ditanggalkan meninggalkan separuh bahagian atas tubuh badannya kelihatan. Keluar seorang lelaki bertopeng memegang

PRINCE ROSE'S LOVEWhere stories live. Discover now