Chapter 14

38 9 68
                                    

"Kau jadi peneman hidup aku sepanjang hayat sajalah!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau jadi peneman hidup aku sepanjang hayat sajalah!"

"Peneman hidup sepanjang hayat konon... kalau dari awal lagi kau tipu aku, macam mana kalau kita jadi suami isteri... KAU PENIPU!" Aihan mengambil sebiji batu dan membalingnya ke tengah tasik jernih.

Tiga ke empat kali batu itu melayang di atas air sebelum tenggelam seperti tenggelamnya hati Aihan yang lara. Belum pernah seumur hidupnya merasa ditipu sebegini, selama ini dia sangat percaya dengan Niu. Dia tidak pernah memperdaya ataupun menyorokkan sesuatu rahsia pada Niu.

Tetapi jejaka itu?

"Aihan?" Niu teragak-agak mahu menegur gadis itu kerana melihatnya menangis teresak-esak. Tetapi bila difikirkan, tidak ada gunanya untuk dia mendiamkan diri. Dia perlu berterus terang akan keadaan yang berlaku pada ketika ini.

Senyap, Aihan tidak mengeluarkan sepatah kata. Tidak seperti Aihan yang dia kenali, gadis ceria dan sentiasa bersemangat. Dia tidak melihat semua itu ada pada Aihan yang sekarang.

"Aihan... aku... aku... maaf..."

"Maaf... maaf? Kenapa kau nak meminta maaf pada aku? Apa kesalahan yang kau telah lakukan?" Aihan memasang wajah kosong tanpa senyuman. Dapat Niu rasakan nada sarkastik kuat dari pertanyaan Aihan.

"Maaf... sebab aku tipu kau."

"Tipu... kenapa kau cakap begitu? Bukankah kau merupakan anak kepada Maharaja Hao, pemerintahan negara China paling tersohor dan terkenal pada abad ini! Sudah Niu, janganlah memalukan diri kau berbicara dengan anak orang bawahan seperti aku."

"Tapi Aihan... tolonglah dengar dahulu apa yang aku hendak cakapkan. Aku memang sudah lama ingin memberitahu kau soal ini. Masa dan situasi tidak pernah memberi keizinan supaya aku dapat menjelaskannya kepada kau."

"Alasan BODOH!" Aihan bangkit dan...

Pang!

Wajah Niu berbekas kerana tamparan tangan kecil yang datang dari Aihan.

"Sesakit tamparan pada wajah kau tu... sakit lagi hati aku! Bertahun-tahun aku percayakan kau! Aku anggap kau sebagai sahabat aku sendiri. Aku fikir kau takkan pernah sorok apa-apa rahsia dengan aku.

Heh, akhirnya aku gigit jari sendiri. Hati ni, dah kecewalah Niu! Kau buat aku... KECEWA!" Aihan mengeluarkan sesuatu dari poket jubah berwarna merah jambunya.

Anak patung kayu yang pernah Niu berikan kepada Aihan.

"Kau ingat benda ni? Anak patung yang pernah kau berikan dekat aku masa aku tengah rasa sedih dulu."

Wajah Niu berubah, dia seolah-olah tahu apa yang Aihan hendak lakukan, "Aihan... tolonglah berikan aku peluang sekali lagi. A-aku... aku tahu yang memang aku bersalah terhadap kau. Aku minta maaf-"

"Maaf? Maaf? Apa itu maaf? Niu... bertahun-tahun aku maafkan kesalahan orang. Kesalahan orang tua aku sendiri terhadap aku, walaupun betapa teruknya layanan mereka terhadap aku, tidak pernah sekalipun mereka menipu aku. Tapi kau? Orang paling aku rapat...

PRINCE ROSE'S LOVEWhere stories live. Discover now