Chapter 4

49 15 54
                                    

"Terima kasih sebab hantar aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Terima kasih sebab hantar aku. Kau ni baiklah!" Puji Aihan sambil tangannya dilambaikan sebelum dia masuk ke dalam rumah, belum pun Huang nak bertolak menaiki kuda, Ming pula keluar menahan Huang dari pergi, "Sabar sekejap. Turun." Ming menyuruh dengan nada yang tenang dan jelas.

Kening dikerutkan, Huang merasa tak berapa nak sedap hati. Jangan-jangan lelaki ini abang Aihan? Huang turun dari kuda dan berhadapan dengan Ming bersama senyuman gementar, risau juga takut dia dipukul atau apa, "A-apa khabar. Saya Huang, saya tolong hantarkan gadis tadi tu. Sebab dia dah menolong orang yang dalam kesusahan."

Ming mengangguk, sebelum senyuman lebar ditunjukkan kepada Huang, "Baguslah! Ada pemuda baik seperti kau sudi nak menghantarkan Aihan pulang. Aku Li Ming, penjaga Aihan, hampir seperti seorang bapa kepada Aihan." Ming senyum sebelum dia menepuk bahu Huang, "Terima kasih sekali lagi ya kerana sudah menghantarkan Aihan pulang."

Huang senyum lebar, hampir pasti yang Ming seorang baik hati dan tidak kisah dengan dia bersama Aihan tadi. Tetapi ada juga kerisauan yang bersarang di hati, bapa Aihan merupakan seorang Jeneral terkenal. Siapa sahaja tidak kenal dengan Jeneral Huo yang mahir berlawan dan mengendalikan pasukan tentera yang ramai.

"Saya pulang dulu. Kirimkan salam saya kepada Aihan, selamat tinggal!" Huang menaiki kudanya, berputar ke belakang dan kudanya laju meninggalkan kawasan itu, Ming tergeleng-geleng kepala dengan senyuman ringkas, anggukan ringkas dibalas oleh Ming sebelum pemuda itu bersama kudanya hilang dari pandangan.

'Bagus budak muda tu, berani dia nak hantar Aihan ke sini, mujurlah si Tian tiada di sini. Kalau tidak, mungkin teruk kena belasah.'

❀❀

"Ayah nak kau berkahwin dengan dia. Keturunannya orang yang baik-baik belaka. Senang hidup kau nanti Aihan." Tian duduk di kerusi kayu berwarna merah gelap sambil matanya ditumpukan pada wajah putih mulus Aihan.

"A-ayah, kenapa terlalu cepat? Aihan...Aihan tak bersedia nak kahwin. Aihan nak menikmati masa muda Aihan dengan tenang dahulu, barulah fikir pasal kahwin. Ayah tak boleh buat Aihan begini."

Mata Tian berkerut, wajahnya mula memerah, nafasnya ditarik dan dihembus dengan laju menandakan dia marah, "Sampai bila, kau nak tunggu sampai kau dah tua dan tak bermaya baru kau nak bertemu jodoh? Sedar diri kau Aihan! Kau tiada pilihan lain, kau yang pilih jalan hidup kau begini. Kalaulah kau mengikut kata aku dan menjadi seorang Jeneral, sudah tentu kau tidak akan diperolok-olokkan oleh orang ramai. Tempias yang kena adalah kami! Kami malu Aihan! Malu!"

Aihan tersentak, hatinya hancur dan kecewa. Tidak dia sangka orang yang selama ini dia sanjung dan tetap hormati walaupun asyik menyalahkannya telah mengkhianati hatinya. Sebegitu terukkah dia sebagai anak perempuan dalam keluarga ini. Adakah dia tidak layak dilahirkan dalam keluarga ini hanya kerana dia seorang perempuan?

PRINCE ROSE'S LOVEWhere stories live. Discover now