Chapter 6

45 14 37
                                    

Malam harinya, kesemua mereka telah bersedia untuk beradu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam harinya, kesemua mereka telah bersedia untuk beradu. Masing-masing berada dalam bilik tidur yang berasingan, Ming tidur di bilik yang paling hampir dengan tangga manakala Aihan dan Niu tidur di dua bilik yang berada bersebelahan.

Tidak tahulah kenapa bilik itu diaturkan begitu, bila ditanya pada pemilik rumah tumpangan, kata mereka bilik yang ada sudah penuh. Jadi Ming mengiakan sahaja. Tidurlah dia seorang diri dibilik dengan aman dan tenang.

Tidak sehingga, dia mendengar bunyi keriut terhasil dari pintu kayu yang dibuka dari luar secara perlahan. Ming mendengar bunyi itu, tetapi dia tidak bertindak, dia mahu melihat sejauh mana bunyi itu akan berterusan. Hati Ming berfikir mungkin Aihan sengaja buka pintu kerana nak berjumpa dengan Ming.

Mata Ming terbuka luas apabila dia merasakan sesuatu yang tajam menembusi tubuh badannya, Ming cuba untuk menjerit dan bangun tetapi ada tangan yang menekup mulutnya dan ada orang lain menahan tubuh badan dia daripada bangun dari katil.

Kekuatannya semakin melemah dan matanya perlahan-lahan tertutup, kedua orang manusia tadi tersenyum sinis, "Idea kau memang bagus. Sekejap sahaja kita dah berjaya bunuh dia." Wanita tadi merasa bangga kerana dipuji si lelaki membalas, "Aku tahu dia akan terleka pada masa tidur. Inilah peluang kita, panggil mereka yang lain. Kita cari sesuatu yang berharga. Pasti mereka ada menyimpan banyak lagi syiling emas."

Mereka berdua meninggalkan Ming di dalam bilik dan memanggil lagi dua orang rakan subahat, memasuki bilik Aihan dan Niu secara senyap. Keseluruhan bilik digeledah dan tiada satu pun syiling emas yang ditemui, tak mungkin. Tapi wanita itu lihat bukan main banyak syiling dan juga duit emas daripada uncang Niu dan juga Ming, "Pelik, dimana mereka letakkan duit?" soal si lelaki dengan nada yang tertanya-tanya.

Mereka terpandang ke arah katil, ketakutan melanda mereka apabila tiada bayang Aihan dan Niu di kedua-dua katil bilik, mereka semua berlari ke arah wanita dan lelaki itu dan mengadu perkara yang sama mengenai kehilangan Aihan dan Niu, "Mereka telah hilang!"

"Cari ini ke?" Aihan berdiri di hadapan pintu bilik sambil memegang kedua-dua uncang yang dipenuhi dengan syiling dan duit emas berbagai jenis. Disebelah kirinya berdiri Niu dengan pandangan sinis tidak terbatas, manakala di sebelah kanan pula ialah Ming. Dapat dilihat kesan darah pada jubah Ming, walaupun berwarna merah, tetapi ada juga bahagian dalam jubahnya yang berwarna putih dibasahi dengan darah.

Ming tersenyum tenang, dia mengambil uncang dari tangan Aihan dan melempar-lemparkan uncang itu ke udara beberapa kali, "Kau ingat dengan tikaman pisau sudah boleh membunuh aku? Aku tak nafikan, menyakitkan juga tikaman kau. Tetapi untuk mati... tidak akan pernah terjadi." Pandangan mata Ming bertukar tajam, dia melemparkan uncang duit emasnya tepat ke arah kepala si wanita.

"Kau main kasar dengan aku ya, rasakan." Kaki Ming memijak tangan si wanita dengan kuat tanpa mendengar rintihan belas kasihan yang cuba disuarakan. Tetapi Ming sedikit pun tidak mempedulikannya. Niu tidak tinggal diam, dengan pantas dia berlari sehingga sampai ke arah dua orang yang masih kaku kerana terkejut dan menyerang mereka bahagian leher. Dipukul tepat dibahagian itu sehingga mereka berdua pengsan.

PRINCE ROSE'S LOVEWhere stories live. Discover now