Chapter 2

59 18 105
                                    

"Inikah bayinya? Comelnya!" Ming mendekatkan dirinya pada bayi yang comel itu, "Apa nama dia?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Inikah bayinya? Comelnya!" Ming mendekatkan dirinya pada bayi yang comel itu, "Apa nama dia?"

"Kami belum ada masa nak fikir nama dia lagi. Tian terlalu sibuk dengan tentera dan juga medan perang sampai lupa nak bagi nama," balas Mei dengan senyuman. Apatah lagi bila bayi perempuannya dipuji, lagilah dia senyum.

"Belum ada nama ye, apa kata aku bagi nama pada dia?" Ming menundukkan kepalanya untuk melihat dengan jelas wajah bayi perempuan itu, diangkat-angkat tangan kecil itu kemudian ditimang-timangnya selama dua tiga saat sebelum diletakkan semula di atas katil bayi kayu buatan.

"Wajah yang comel, cantik, reaksi yang jujur dan juga ikhlas. Berhati suci dan murni. Nama keluarga kau adalah Huo. Baiklah! Mulai hari ini, aku namakan Huo Aihan!"

"Hmm..sedapnya nama! Apakah maksud nama tu." Mei merasa kagum dan gembira mendengar nama itu, sedap bunyinya.

"Ia membawa maksud yang sangat indah. Cinta dan menghargai, bila diterbalikkan, menghargai cinta! Indahkan?"

Mei mengangguk, nampaknya nama itu memang bagus, bolehlah dia beritahu suaminya nanti, "Terima kasih Ming. Kau dah banyak bantu kamu. Walaupun ini hari pertama kau berada di sini. Aku hargai sangat-sangat."

"Tiada masalah! Lagipun ini takdir yang telah ditentukan, aku mesti tunaikan benda ni," kata Ming dengan senyum.

'Harapnya bayi ini membesar dengan sihat...'

❀❀

"Aihan! Aihan!" Puas Mei memanggil dan mencari dimana gadis kecil berusia lima tahun itu, tidak dijumpai di sekitar rumah. Kemana pula dia pergi, merisaukan betul.

"Kenapa Mei?" Ming yang baru sahaja menyelesaikan urusan untuk mencari mainan baru untuk Aihan bertanya pada Mei, "Aihan, hilang pula dia. Tadi rasanya ada di dalam. Sekarang ni hilang entah kemana."

Ming tersenyum sebelum bersuara, "Oh tak apalah. Nanti aku carikan, aku tahu dia dimana." Ming terus berlari keluar dan berjalan di belakang kawasan pekan itu untuk mencari keberadaan Aihan. Lima tahun berlalu, sekejap sahaja gadis itu sudah lima tahun usianya.

"Aihan, Aihan!" Jerit Ming sebelum terlihat pada sekumpulan kanak-kanak sedang duduk mengelilingi sesuatu, terdengar jelas di telinga Ming mereka sedang mengejek seseorang,

"Hei aku dengar kau anak Jeneral Huo kan? Kenapa anak Jeneral lembut sangat macam ni! Beranilah sikit!"

"Anak Jeneral menangis!"

"Anak Jeneral lemah!"

Tanpa berlengah, Ming segera menerpa ke arah mereka dan menarik Aihan untuk berdiri dan menyuruhnya berdiri membelakangi lelaki itu, "Kenapa buli Aihan? Gadis ni tidak bersalah! Kenapa buli dia!"

PRINCE ROSE'S LOVEWhere stories live. Discover now