Chapter 9

31 10 58
                                    

Beberapa hari sudah berlalu, kini tibalah masa untuk mereka kembali berangkat untuk meneruskan perjalanan ke Wilayah Ling

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa hari sudah berlalu, kini tibalah masa untuk mereka kembali berangkat untuk meneruskan perjalanan ke Wilayah Ling. Ming tidak lupa untuk berterima kasih kepada Huang kerana dia masih ingin menemani mereka ke sana walaupun telah berada di rumah sendiri.

"Terima kasih banyak-banyak. Kau memang seorang jejaka yang baik hati. Betul kau nak menemani kami? Masih jauh lagi perjalanan kami ni." Pertanyaan Ming dibalas dengan anggukan ikhlas dari Huang, "Saya memang suka mengembara jauh dari rumah. Kebetulan kamu semua nak ke sana, jadi saya pun nak jugalah merasa melihat kawasan bunga yang disebutkan oleh Aihan."

Ming mengangguk faham, dia mengerling ke arah Aihan, rupa-rupanya gadis itu telah menceritakan tentang kawasan bunga ros yang selalu Aihan cerita kepada Ming. Patutlah dia teringin nak ikut, mesti nak tengok bunga yang sama.

"Baiklah! Ayuh kita teruskan-" belum Ming habis menuturkan perkataan, satu anak panah ditembak hampir mengenai dada Ming. Mujurlah dia mengelak, "Ada yang menyerang!" Huang memberikan amaran sebelum kesemua mereka menyembunyikan diri di dalam rumah.

Tidak lama selepas itu, segerombolan manusia membawa panah menembakkan anak panah bertubi-tubi ke arah rumah Huang, dari segenap penjuru kiri dan kanan anak panah itu menembusi pintu dan tingkap.

"Apa yang jadi Huang. Siapa yang kejar kau ni?" Huang mengabaikan Aihan yang menanyakan soalan, dia sibuk menangkis anak panah menggunakan pedang dengan tangkas tanpa satu pun mengenai tubuh badannya. Ming berlari dengan pantas ke arah Huang dan melindunginya dengan satu kawah tembaga yang dijumpai di luar rumah. Sempat dia menyambar objek itu sebelum dijadikan perisai.

"Siapa mereka ni Huang?" Soalan Ming kali ini mendapat perhatian Huang, barulah dia mahu menjawab, "Saya tidak tahu pakcik. Saya tidak dapat lihat wajah mereka. Mereka tutup wajah dengan kain hitam dan tidak mendedahkannya kepada kita. Memang mereka sengaja nak kita tidak mengenali mereka."

"Nyawa kita akan terus berada dalam bahaya jika kita terus berada di sini. Kita kena lari, kau bawa Aihan masuk ke dalam kereta kuda. Aku bawa Niu. Cepat bertindak!" Ming sepantas kilat melompat keluar dari tingkap dan lari untuk mendapatkan kudanya, begitu pantas dia berlari sehinggakan anak panah musuh langsung tidak dapat mengejarnya.

Huang melompat ke kuda yang berada agak jauh dari kawasan rumah, jaraknya tidak begitu jauh dari kuda milik Ming, sepantas angin kuda berwarna putih milik lelaki itu memecut ke arah bangunan kayu, dengan sekali hetaman langsung hancur pintu kayu itu menampakkan Aihan yang masih lagi melindungi diri di sebalik dinding, "Aihan! Capai tangan aku cepat!"

Aihan cepat menghulurkan tangan dan disambut oleh Huang, tubuh kurus Aihan ditarik naik ke atas kuda duduk di belakang Huang. Kuda itu memecut laju seolah-olah itulah larian terlaju yang pernah dilakukan oleh si kuda meninggalkan kawasan rumah yang sudah hampir punah kerana hujan anak panah tidak henti-henti.

Di belakang Huang, kelihatan Ming sedang menunggang kuda berwarna coklat gelap bersama dengan Niu. Di tangan lelaki berambut putih itu, terselit satu tombak besar yang entah dari mana dia mendapatkannya. Ming menoleh ke belakang, dengan kekuatan tangan dia melemparkan tombak itu mengenai satu tong kayu dimana terdapat minyak dan serbuk peluru dalamnya.

PRINCE ROSE'S LOVEWhere stories live. Discover now