Chapter 11

40 11 49
                                    

Berkali-kali Aihan mencuri pandang setiap sudut dari kawasan pangkalan rahsia kumpulan pembunuh itu, tetapi tidak berjumpa pula dengan tempat dimana Huang dikurung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berkali-kali Aihan mencuri pandang setiap sudut dari kawasan pangkalan rahsia kumpulan pembunuh itu, tetapi tidak berjumpa pula dengan tempat dimana Huang dikurung. Dia tahu, Huang ada di suatu tempat di sini.

"Pakcik, macam mana ni. Saya risaukan Huang, kalau apa-apa terjadi pada dia. Sudahlah penjahat-penjahat itu jahat orangnya." Sempat juga Ming menjentik dahi Aihan dengan reaksi wajah sedikit jengkel.

"Sudah namanya orang jahat, memanglah jahat. Aku tak pernah lagi jumpa orang jahat yang tak pernah tangkap orang dan juga kurung kita dekat tempat seburuk ni." Ming berdiri kaku seketika, hendak mencari buah fikiran. Dimana mereka hendak mencari Huang. Jika difikirkan semula, amat mustahil untuk Huang dikurung di tempat yang jauh dari situ.

Kerana pangkalan rahsia ini terletak terpencil dan jauh ke dalam hutan. Tidak mungkin ada tempat lain yang boleh mereka kurung Huang melainkan di sini. Dalam tengah berfikir, tiba-tiba Niu memberikan cadangan, "Saya tahu! Apa kata kita cuba cari alat ini." Niu mengeluarkan sesuatu seperti seruling yang sangat kecil, hanya sebesar tapak tangan Aihan sahaja.

Niu meniup benda itu, tetapi dia tidak berbunyi, Ming tahu apa yang perlu dilakukan, "Alat ini hanya akan berbunyi pada sesetengah pendengaran orang sahajakan? Kerana telah dicipta mengikut pendengar seseorang atau sesuatu secara khas."

Niu mengangguk, "Betul! Sebelum kita diserang hendap oleh Ju dan kumpulannya, semasa di rumah Huang. Saya dan dia ada berbual sedikit.."

"Ambil seruling kecil ni." Huang menyerahkan alat itu kepada Niu. Niu meneliti alat itu beberapa detik sebelum bertanya, "Apa benda ini boleh lakukan?" Niu cuba untuk meniup kerana dia nampak benda itu seperti seruling, tetapi tidak ada pula bunyi yang keluar.

"Alat ini adalah seruling yang aku ciptakan sendiri untuk diri aku. Kau ambillah, mana tahu nanti kalau-kalau aku berada dalam kesusahan. Kau tiuplah seruling itu, nanti aku akan balas dengan seruling ini." Huang mengeluarkan satu lagi seruling kecil dari jubahnya.

"Wah, bijaknya kau. Baiklah, aku akan simpan alat ini. Terima kasih!"

"Bijaknya dia! Wah, aku tak sangka betul dia boleh ciptakan alat sebijak ini. Tapi kan, kalau seruling yang kau tiup ini tidak berbunyi dan tidak ada bunyi langsung yang keluar, bagaimana pula kita nak dengar bunyi seruling dari Huang?"

"Huang ada cakap, seruling yang dia tiup ada bunyi, jadi sebelum penjahat itu dapat mengesan yang dia menggunakannya untuk meminta bantuan... kita harus pantas," jawab Niu pada Aihan yang mungkin keliru dengan penggunaan seruling itu.

"Baiklah, gunakannya," suruh Ming sambil bersedia untuk mendengar sebarang tindak balas dari mana-mana arah sambil berhati-hati juga kalau ada mana-mana ahli kumpulan Ju sedang berkawal dan melalui tempat mereka sedang berdiri ketika ini.

Niu pun meniup seruling kecil itu, seperti yang telah dijangka, tiada satu bunyi yang terhasil, jikalau ada pun hanya bunyi cengkerik yang datangnya dari hutan sekeliling mereka. Walaupun begitu, mereka berharap agar Huang dapat mendengarnya dan meninggalkan sedikit petunjuk dimana dia berada pada ketika ini.

Sesaat kemudian, tiada balasan yang diterima. Ming mengisyaratkan supaya Niu meniup sekali lagi seruling itu sambil mereka berjalan dan memasang telinga. Untuk mengesan sebarang pergerakan ataupun bunyi seruling balasan dari Huang.

Keadaan ini berterusan sehinggalah, "Nanti, nanti! Aku dengar sesuatu. Kau tiup sekali lagi." Ming cuba untuk mendengar dengan lebih jelas lagi sama ada itu hanyalah khayalan ataupun betul-betul dia mendengar bunyi sesuatu.

"Betul! Itu seruling yang Huang tiup!" Sokong Aihan apabila kali ini dia juga mendengar bunyi yang sama seperti Ming dengar. Ming menajamkan penglihatannya untuk melihat dimana asal usul datangnya bunyi itu, "Dari... lantai bawah kita." Ming memandang ke bawah, turut sama memandang ialah Niu dan Aihan.

"Tak sangka, rupa-rupanya mereka ada buat bilik bawah tanah di tempat yang terpencil begini. Agak bijak-"

"Tetapi jadi tidak bijak bila orang yang mereka tangkap itu ialah kita. Cuba kau tengok, siapa lagi yang bijak di sini selain aku dan juga Huang." Ming merasa bangga sebelum dibalas dengan pandangan jengkel oleh Aihan. Tidak suka betul dia mendengar Ming berbangga diri, macam seolah-olah nak cakap yang Aihan tidak bijak pula. Menyampah!

"Jadi, bagaimana kita nak cari pintu masuk-"

PRAK!

Ming terus menghempaskan kakinya ke lantai kayu itu dan dia terus jatuh ke tempat dimana Huang dikurung, tepat Ming berdiri di hadapan Huang. Ming mendongak ke atas, melihat papan lantai yang telah berlubang dengan senyum simpul, "Tak payah cari pintu, sudah ada dekat sini. Mari turun cepat. Aihan, kau tak usah turun. Duduk sahaja di situ awasi keadaan." Ming memberikan arahan dengan menyuruh Niu turun manakala Aihan kekal di situ.

"Huang, kau tak apa-apa? Habis badan kau luka." Soal Ming sambil tangannya melepaskan ikatan tangan sebelah kanan manakala Niu melepaskan ikatan tangan kiri Huang.

"Saya tak apa-apa pakcik... cuma yang paling penting kita perlu keluar dari sini. Saya perlukan bantuan kamu semua untuk sesuatu perkara." Aihan langsung mencelah, "Pertolongan, maksudnya tak dapatlah kami pergi Wilayah Ling dalam masa terdekat ini." Dapat Huang lihat wajah Aihan sedikit sedih.

"Maafkan aku..." Huang mendongak ke atas dengan senyum di bibir, "Janganlah bersedih, nanti aku akan berikan kau hadiah yang tidak pernah kau jangkakan."

"Wah, yakah? Kalau sudah bagai dikata, aku setuju. Cepat sikit, aku ada dengar bunyi orang berjalan beramai-ramai. Aku rasa kita sudah tertangkap. Lebih baik kamu semua cepat!" Aihan bersuara dengan nada kerisauan, Ming mempercepatkan kerja dengan mengangkat Huang. Dengan sekali lompat dia berjaya naik semula ke lantai atas diikuti Niu.

"Cepat kita lari." Niu berkata sebelum dia dan Aihan membuka langkah seribu melarikan diri. Ming agak sedikit lambat dibelakang tetapi dia tetap laju dan tangkas.

Ting!

Bunyi dentingan pedang dapat didengari dari jauh menghala ke arah Ming dan Huang, dia membongkokkan tubuh badannya dan pedang itu meluru laju sehingga tertusuk pada dinding, Ju juga tiba-tiba muncul menghalangi mereka berdua.

"Jangan ingat sesenang itu sahaja aku akan benarkan kau orang melarikan diri.."

Ming membalas dengan pandangan remeh, Huang yang berada di pelukan kirinya dipegang erat untuk tidak membiarkan dia jatuh, "Heh, lupakan sahaja Ju. Aku tidak berkeinginan nak bertarung dengan kau. Suatu hari nanti, jangan katakan bertarung, akan ku bunuh kau untuk menuntut bela bagi nyawa yang tidak bersalah."

Kaki Ming menendang tangan Ju sebelum dia berlari dengan pantas dan melompat, kaki kanannya memijak bahu Ju sehingga daya menyebabkan mereka naik ke atas tembok pagar yang tinggi, ada anak panah yang ditembak dari bawah tetapi Ming berjaya mengelak dan dia terjun ke bawah tembok dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam dan suasana hutan yang sunyi.

"SIAL! Kau orang semua, cari mereka sampai dapat! CEPAT!" Ju melepaskan geram dengan membaling salah satu dari mata bilah pisau kipas tangannya tepat ke kepala salah seorang dari ahli kumpulan pembunuhnya, kesemua mereka termasuk Hu tidak berani membantah dan terus mereka berlari keluar untuk memburu Ming dan lain-lain.

"SIAL! Kau orang semua, cari mereka sampai dapat! CEPAT!" Ju melepaskan geram dengan membaling salah satu dari mata bilah pisau kipas tangannya tepat ke kepala salah seorang dari ahli kumpulan pembunuhnya, kesemua mereka termasuk Hu tidak berani m...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1100 Words

PRINCE ROSE'S LOVEWhere stories live. Discover now