Chapter 12

39 11 59
                                    

"Aduh laparnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aduh laparnya... pakcik tak ada sediakan makanan tambahan lagikah?" Aihan merungut ketika sedang berjalan kaki bersama Huang, Ming dan Niu menelusuri hutan. Mereka perlu ke pekan yang terletak berhampiran.

"Mana ada makanan lagi, kesemuanya tertinggal dalam pangkalan si tak guna Ju itu. Kalaulah ada makanan, sudah lama aku berikannya kepada kau. Sudah, diam dan hanya berjalan, nanti kita sampai aku belikanlah makanan untuk kau orang." Ming sengaja mahu menghilangkan rasa resah Aihan, dia tahu gadis kecil itu tidak pernah merasa begitu susah. Walaupun membesar dengan ayah yang berperangai teruk seperti Tian.

"Mujurlah emas saya tidak dicuri oleh penjahat-penjahat itu, kalau tidak mungkin saya akan betul-betul jadi pengemis di negeri orang." Niu melambung-lambungkan uncang duit emas kepunyaannya. Niu tidaklah sebodoh itu untuk menyerahkan segala harta dan duit kepada mereka.

Mereka sungguh licik, walaupun Ju tidak pun mahu mengambil harta mereka, tetap sahaja orang-orang suruhan Ju mengambil harta secara paksa, habis Huang punya pedang dan juga sedikit duit emasnya dirampas, begitu juga Aihan gelang jed asli kepunyaannya yang dihadiahkan oleh Mei turut dirampas secara paksa. Hampir sahaja Ming mengamuk dan mencetuskan huru-hara, tetapi difikirkan semula Huang yang masih dalam tahanan mereka. Terpaksa niat itu disembunyikan.

"Nah Huang, sekurang-kurangnya bolehlah tutup bahagian atas dada kau tu, tidaklah nanti penduduk pekan terkejut tengok luka di badan kau nanti." Ming menghulurkan kain berwarna merah sebesar dua ela kepada Huang. Dililitkan kain itu pada tubuh Huang sehingga berhasil menyembunyikan luka yang ada.

"Kau memang bertuah kerana lukanya tidaklah dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Dapatlah aku rawat kau apabila tiba di pekan nanti," kata Ming apabila dia memeriksa luka yang ada di badan Huang sambil melilitkan kain merah itu,

"Jangan pula salah faham, kain ini memang merah kerana warnanya. Bukan merah kerana darah ataupun apa." Ming menambah apabila perasan mata Aihan dan Niu seolah-olah memikirkan sesuatu yang bukan-bukan.

Mereka berdua lantas menganggukkan kepala tanda faham dan mengerti. Sebenarnya Niu memang melihat kain, Aihan yang terpandang benda selain kain, sehingga merah-merah wajahnya.

"Kenapa dengan kau Aihan? Panas sangatkah cuaca sekarang? Tapi rasanya sekarang waktu malam, tidak panas pun aku rasa. Kau demam?" Niu menyoal Aihan sehingga menyebabkan dia menutupi muka dengan perasaan jengkel. Dia memang sengaja nak memalukan aku dihadapan pakcik Ming dan Huang?

❀❀

"Masih lagi tidak menjumpai dia?" Maharaja Hao duduk dengan tangannya bermain-main dengan seekor burung cenderawasih berwarna hijau zamrud persis seperti permata jed.

Di hadapannya berdiri beberapa orang pembesar yang dekat dengan Maharaja Hao, termasuklah Pembesar Yuan. "Bagaimana pendapat para pembesar sekalian, apakah yang patut kita lakukan untuk mencari dia. Masa depan Negara China dalam bahaya jika dia tidak memunculkan diri."

PRINCE ROSE'S LOVEWhere stories live. Discover now