Chapter 7

38 12 64
                                    

Huang mengasah mata pedangnya di beranda luar sambil menikmati pemandangan malam yang indah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Huang mengasah mata pedangnya di beranda luar sambil menikmati pemandangan malam yang indah. Dihadapan rumah tumpangan itu merupakan hutan bunga dan buluh yang sangat besar dan luas, jadi udaranya juga sejuk dan wangi dengan bau-bauan yang datang daripada bunga dari dalam sana.

"Aihan, kenapa kau tak tidur lagi?" Huang berpaling ke belakang kerana terperasan yang Aihan sedang memandang ke arahnya dengan senyuman manis dan juga ayu, dia membawa secawan teh bersama dengan tekonya sekali, "Aku pasti kau tak minum arak. Jadi aku sediakan teh."

"Macam mana kau mengetahui bahawa aku tidak minum arak seperti orang lain minum?" Soal Huang dengan tenang dan senyum kecil, bagaimana Aihan tahu minuman kegemarannya adalah teh?

"Senang sahaja, kau nampak sihat dan juga aroma dari jubah dan juga diri kau sendiri tidak menampakkan kau seorang yang pemabuk. Kau juga menjaga kebersihan diri dan pastinya kau merupakan seorang pembersih walaupun dalam masa yang sama, kau seorang pendekar. Lihatlah bagaimana telitinya kau mengasah dan membersihkan mata pedang kau."

Belum pun Huang mahu mencelah, Aihan menambahkan hujahnya, "Dan dari perbuatan kau, memang sudah sah yang kau selalu melakukannya dan kau sudah terbiasa dengan seni mempertahankan diri. Menampakkan lagi kau merupakan seorang pendekar yang handal. Tetapi aku tidak pernah melihat wajah kau sebelum ini. Sayangnya... kau mesti seorang pengembara dan pendekar yang hebat dan dikenali kan?"

Huang terdiam, segala apa yang dikatakan Aihan benar belaka. Tidak ada satu pun kebohongan yang ditemukan dalam kata-kata gadis muda itu. Huang asyik terfikir, bijak juga gadis muda ini, "Aihan, aku nak tanya kau. Apa punca sampai kau kena merantau sehingga ke sini, tempat ini dengan Wilayah Zhao agak jauh. Apa yang telah terjadi?"

Aihan mendiamkan diri, akhirnya dia bertindak menceritakan segala-galanya dari mula sampailah akhir. Huang hanya mampu merasa simpati, "Aku bersimpati dengan nasib yang telah menimpa kau Aihan... sekarang ini memang kau merancang untuk hidup dekat Wilayah Ling?"

Pertanyaan Huang dibalas dengan anggukan, "Aku nak hidup bebas. Itu sahaja tujuan aku, selama ini aku dah penat nak berkorban untuk orang lain. Sekarang, lebih baik aku duduk dengan aman dekat sana dengan pakcik Ming. Lagipun dia kadang-kadang perlu dijaga juga."

"Tapi kau tak rasakah yang tempat tu tak berapa nak sesuai. Setahu aku, Wilayah Ling tu jauh lagi dari sini. Makan masa berhari-hari jugalah nak sampai ke sana."

"Kau janganlah risau, pakcik Ming ada untuk jaga aku. Kita orang tahulah macam mana nak jaga diri sendiri." Aihan tersenyum sebelum dia memukul perlahan bahu Huang sebelum dia duduk disebelah pemuda itu dan memandang ke arah hutan yang ditiup angin, "Aku sebenarnya teringin nak ke sana sebab aku pernah dengar cerita dari ibu aku... ada padang yang dipenuhi dengan bunga ros disana. Aku teringin sangat nak tengok tempat itu."

"Kalau macam tu... apa kata aku hantarkan kau orang semua ke sana. Dengan seorang lagi lelaki tu..." Aihan tersengih sebelum menyambung perkataan Huang, "Lelaki tu Niu Fang, kawan baik aku sejak kecil. Dia yang selalu bersama dengan aku daripada dahulu sehinggalah sekarang."

PRINCE ROSE'S LOVEWhere stories live. Discover now