BAB 10

4.1K 249 32
                                    




AIREEN melihat seorang wanita cantik yang tersenyum manis ke arah Luthfiya. Aireen pantas memberikan ruang untuk wanita itu.

"Mummy! I miss you.." Ujar Luthfiya sambil mendepakan tangannya.

"I miss you too baby.. kenapa you boleh demam ni?" Wanita itu menarik Luthfiya ke pelukannya lalu dia mencium kepala Luthfiya.

Luthfiya hanya menayangkan sengih.

"Sebab cuaca. Musim panas sekarang." Balas Qaleef bagi pihak Luthfiya. Takkan dia nak bagitahu Luthfiya menangis semalaman kerana Aireen.

Wanita itu mengangguk dan memandang ke arah Aireen. "Siapa ni?"

Aireen tersentak dengan soalan itu. "Saya-"

"Pekerja I." Laju sahaja Qaleef memotong percakapan Aireen.

"Oh.. I Safeena.. Mummy Fiya." Wanita itu perkenalkan dirinya.

Aireen mengangguk. "Kalau macam tu saya balik dulu ya." Aireen senyum tipis pada wanita itu. Dia juga tak betah berada di situ seolah-olah dia mengganggu pertemuan keluarga itu.

"Kak Reen nak balik dah?" Luthfiya memandang Aireen.

"Nanti kita jumpa lagi."

"Okey Kak Reen.. I love you!" Luthfiya melambai pada Aireen.

Aireen mengangkat tangannya pada Luthfiya dan berpaling untuk keluar dari situ. Luthfiya pun nampak macam tak kisah dia mahu pulang.

Melihat Aireen sudah keluar dari situ, Qaleef mendekati anaknya. "Princess duduk dengan mummy ya. Daddy nak cakap dengan Kak Reen you kejap."

Luthfiya mengangguk.

"You.. belikan I air boleh? I dahaga.." Sempat Safeena berpesan pada Qaleef.

"Sure."






"AIREEN!" Melihat gadis itu tidak berpaling, Qaleef menguatkan lagi suaranya.

"Aireen Qaisara!"

Aireen segera menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Dia melihat Qaleef yang berjalan menuju ke arahnya. Dah kenapa?

"Panggil nama penuh baru kau dengar?" Sindir Qaleef bila dia sudah berada di hadapan Aireen.

"Maaf.. saya tak dengar tadi." Dah memang dia tak dengar nak buat macam mana.

"Kau dari mana?"

"Restoran." Balas Aireen sepatah.

Qaleef mengangguk. Dia tahu sebenarnya, Lokman sudah memberitahunya yang Aireen sudah kembali bekerja.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?"

"Saya-saya tanya Ana." Aireen menundukkan wajahnya bila terasa pandangan Qaleef begitu tajam.

"Rasa bersalah?"

Aireen mengangguk. Dia mengeluh bila terus faham soalan Qaleef itu. Rasa bersalah pada Luthfiya.

"Kalau rasa bersalah lepas ni kau kenalah layan Fiya macam mana kau layan dia tadi."

Aireen menyentuh pucuk hidungnya. "Baik Tuan Qal."

Aireen terus menekan butang lif untuk turun ke bawah. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul enam setengah petang.

"Ya Fee.. cukup ke roti je? Kalau you nak nasi pun I boleh belikan.. Alright then."

Aireen cuma mendengar Qaleef menjawab telefon di sisinya. Mungkin Safeena.

TAKDIR YANG SAMA [EBOOK] Where stories live. Discover now