Ameer Rifqi mundar mandir di hadapan bangunan mewah, Reflesia. Bangunan yang mempunyai 20 tingkat ini sebuah pejabat urusan Raja Zulkarnain Ebrahim dan Putera Makhota Edress Darween. Segala urusan perniagaan saham minyak dan gas beroperasi di dalam bangunan ini.
"Mana pula putera raja seorang ni? Kata on the way. Dia ni dari mana?" Bebel Ameer sendirian sambil mengerling jam tangannya. Memang tugasnya sebagai pembantu pribadi Putera Edress Darween menunggu lelaki itu hadapan pintu utama bangunan Reflesia.
Sebuah kereta mewah Roll Royce memasuki perkarangan bangunan Reflesia. Ameer mula tak tenang, semakin gelisah dia mundar mandir di hadapan pintu.
"Aduhai, Raja dan Permaisuri sampai dulu ni yang tak tenang ni."Bebel Ameer sendirian ketika melihat kereta diraja Raja Zulkarnain Ebrahim berhenti dihadapannya. Dia tetap mengukirkan senyuman walaupun jantungnya berdegup dengan kencang seolah-olah mahu tercabut keluar dari paksinya.
"Where's prince?" Soal Raja Zulkarnain Ebrahim sebaik saja keluar dari kereta. Butang blazer di pasang rapi agar lebih kemas.
Gulp!
Peluh mula mengalir membasahi dahi Ameer. Kalau Tuanku Raja dah tanya maknanya, dia perlu bersedia apa saja kemungkinan.
"Err... Prince on the way." Balas Ameer gagap, siapa saja tak gentar melihat riak wajah garang Raja Zulkarnain Ebrahim. Hanya Putera Edress Darween yang berani berdepan dengan Raja adil dan tegas ini.
"Sampai bila nak on the way ni? Tahu tak meeting dah nak start. Call prince suruh sampai sekarang!" Arah Raja Zulkarnain Ebrahim tegas sebelum menyusun langkah masuk ke dalam bangunan Reflesia.
"Baik Tuanku Raja. Ampun Tuanku." Balas Ameer nada suara gentar sambil menundukkan kepala dan memberi sembah hormat kepada Raja Zulkarnain Ebrahim dan Permaisuri Asyikin.
Permaisuri Asyikin membuat isyarat kepada Ameer agar mengusap dada menenangkan perasaan. Sempat dia menghadiahkan senyuman manis kepada Ameer.
Ameer membalas senyuman Permaisuri Asyikin, nasib ada wanita baik itu menenangkan jiwanya jika tidak pasti dia pengsan di sini.
"Nasib lah ada Permaisuri. Manalah pula Putera seorang ni." Bebel Ameer semula sebaik saja Raja Zulkarnain Ebrahim dan Permaisuri Asyikin semakin jauh daripada pandangan.
Vroom!! Vroom!!!
Bunyi deruman motorsikal berkuasa tinggi bergema kuat di perkarangan bangunan Reflesia. Seorang lelaki memakai suit formal berwarna hitam serta tali leher warna sedondon menunggang laju motorsikal berkuasa tinggi jenama BMW jenis S1000RR warna 'black panther' menuju ke arah pintu utama bangunan mewah ini.
Ameer mengurut dada tanda lega melihat susuk tubuh Putera Edress Darween. Jika tidak pasti dia akan dimarahi teruk oleh Raja Zulkarnain Ebrahim kerana gagal menjaga jadual Putera Makhota.
"Tuanku, meeting akan mula lagi 5 minit. Tuanku Raja dah marah." Merungut Ameer sambil mendekati motorsikal Putera Edress Darween.
"Ada aku kisah pasal lima minit tu? Sebab aku boleh sampai on time dekat bilik meeting tu." Kata Putera Edress Darween sinis membuka topi keledarnya dan dilemparkan ke arah Ameer.
Kelam kabut Ameer menyambut topi keledar yang dilemparkan oleh Putera Edress Darween tanpa isyarat. Mujur dia sempat sambut kalau tidak dia pasti makan penumbuk putera makhota ini kerana telah menjatuhkan topi keledar kesayangannya.
"Fuhh! Nasib saya sempat sambut kalau tak, calar la helmet 50k Tuanku. Tuanku beli helmet mahal-mahal ni kalau accident boleh terus ke syurga ke?" Soal Ameer selamba sambil mengusap pelahan topi keledar exclusive milik Putera Edrees Darween.
Putera Edress Darween melompat turun dari motor sebaik saja mendengar kata-kata Ameer. Laju Putera Edress Darween mendekati pembantu peribadinya sambil memasang butang blazer agar tampak lebih kemas.
"Mulut kau memang minta penumbuk aku kan?!" Jerkah Putera Edress Darween sambil menarik kasar tali leher Ameer.
"Errr.. err.. Tuanku saya gurau je. Janganlah pandang macam tu." Ameer gelisah melihat renungan tajam Putera Edress Darween seperti seekor garuda mahu menyambar mangsanya.
"Nasib aku ada meeting kalau tak helmet ni aku sumbat dalam mulut kau!." Ugut Putera Edress Darween kasar sambil melepaskan tali leher Ameer dan dia menyusun langkah masuk ke dalam bangunan Raflesia ini.
"Ala.. Tuanku janganlah marah. Macam mana dengan misi 'black mission'? Jumpa apa yang Tuanku cari ke?" Soal Ameer sambil mengekori Putera Edress Darween dari belakang, dia berminat tentang misi yang sering dilakukan Putera Makhota demi mencari seseorang sambil itu dia akan membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Putera Edress Darween berhenti melangkah, dia menoleh memandang wajah Ameer lama.
"Kau cakap dengan pihak hospital ramaikan security dengan bahagian zone pesakit kritikal jabatan Kardiologi dan kau hires bodyguard jaga depan ward A21. Sekarang juga!" Arah Putera Edress Darween tegas sebelum kembali menyusun langkah menuju ke dewan mesyuarat utama bangunan Reflesia.
Berkerut dahi Ameer, dia boleh faham bahagian ramaikan security tetapi dia tak boleh faham bahagian melantik pengawal peribadi menjaga ward A21. Apa yang istimewa ward A21 sampai Putera Edress Darween minta mengupah pengawal peribadi menjaga di hadapan ward itu?
"Hires bodyguard? Untuk apa? Itu ward siapa?" Soal Ameer bertubi-tubi. Selagi dia tak dapat jawapan yang sebenar selagi itu dia tidak berpuas hati.
Putera Edress Darween mendengus kasar, dia berhenti melangkah dan menoleh memandang Ameer. Tali leher Ameer di tarik kasar.
"Kau jangan nak banyak soal, kalau aku kata sekarang mean sekarang! Kalau dalam masa 30 minit kau tak buat apa yang aku suruh, aku potong gaji kau setahun!" Marah Putera Edress Darween sambil memandang tegas wajah Ameer. Dia kembali menyusun langkah menuju ke dewan utama. Perkara yang dia paling pantang ialah jika ada manusia banyak soal setiap arahan yang dia keluarkan.
Bulat mata Ameer mendengar kata Putera Edress Darween. Potong gaji setahun? Kalau macam tu dia nak makan apa setahun ni?
"Ampun Tuanku, saya menurut perintah Tuanku. Janganlah potong gaji setahun. Banyak sangat tu." Merayu Ameer di belakang Putera Edress Darween, siapa tak risau apabila mengetahui akan kehilangan gaji setahun.
Putera Edress Darween tak membalas rayuan Ameer, terukir senyuman sinis dibibirnya. Tahu pun takut, lain kali jangan banyak soal apabila Putera Makhota mengeluarkan arahan. Setiap apa yang dia lakukan ada sesuatu yang tersirat.
YOU ARE READING
MILIK TUANKU🖤
RomanceJust short story. Kisah cinta Putera Edress Darween & Saidatul Thufia