"You tidur mana semalam?" Soal Maya Arshila tak puas hati sambil memandang ke arah Putera Izz Armand yang sedang melabuh punggung di kerusi meja makan mewah ini. Semalaman dia menunggu suaminya pulang tetapi lelaki itu langsung tak munculkan diri.
"Villa." Jawab Putera Izz Armand acuh tak acuh sebelum meneguk sedikit latte panas bagi menghilangkan dahaganya.
Maya memandang lama wajah Putera Izz Armandi di hadapannya. Sesekali dia melepaskan keluhan kasar.
"Villa? Rumah ni tak cukup besar ke? Sampai you nak kena tidur dekat sana? Kali ni dengan perempuan mana pula?" Soal Maya lagi kali ni nada suaranya lebih kasar. Isteri mana tak sakit hati apabila suami mereka kerap bermalam di luar.
Puan Catrina memandang Putera Izz Armand dan Maya silih berganti. Hilang selera makannya dek pertengkaran anak menantu di meja makan ini.
"Boleh tak stop tuduh I bukan-bukan? I tidur dekat villa sebab stress dengan sikap you yang suka membebel! Bukannya nak sambut I elok-elok tetapi membebel tak berhenti!" Merungut Putera Izz Armand nada kesal, kalau bukan kerana ingin merampas takhta Raja Zulkarnain Ebrahim tak ingin dia berkahwin dengan Maya Arshila.
"I tuduh you? I dah dapat banyak bukti tentang kecurangan you. Kalau bukan janji you nak jadikan I permaisuri tak ingin la I nak bersuamikan you! Dah berbulan kita kahwin tetapi you still macam ni. Kalau dia betul-betul nak kahwin macam mana?!" Maya mula resah apabila teringat tentang berita Putera Edress Darween akan menamatkan zaman bujang pada bulan hadapan.
"Maya relaks. Mummy yakin, Putera Ed tak akan jadi berkahwin sebab mummy akan memastikan calon-calon isteri dia tak akan bertahan duduk dalam istana ni." Kata Puan Catrina cuba memujuk Maya, risau jika menantunya ini bertindak melarikan diri. Jika perkara itu berlaku, kempunan lah dia ingin melihat Putera Izz Armand menjadi raja negara terkaya ini.
Maya mengetap bibir sambil menyilang tangan di dada saat mendengar kata-kata Puan Catrina. Jika dia tahu Putera Izz Armand sangat lembab bertindak, dia tak akan setuju berkahwin dengan lelaki itu. Lebih baik dia menggoda Putera Edress Darween sehingga lelaki itu tunduk kepadanya.
"I pegang kata-kata mummy, kalau sampai bulan depan Izz still gagal I akan lari! I nak jadi permaisuri bukan orang biasa duduk di istana lama ni!" Balas Maya nada meninggi sambil menepuk permukaan meja makan. Jika kawan-kawan Putera Izz Armand tak menjadi raja pasti dia akan di ejek dan di sisih oleh mereka.
"Maya! You jangan nak kurang ajar dengan mummy! Kalau you nak sangat jadi permaisuri pergi lah goda Putera Ed tu! I cabar you." Berang Putera Izz Armand apabila melihat sikap kurang ajar Maya terhadap Puan Catrina. Dia sudah hilang sabar dengan sikap kuat berangan Maya mahu menjadi permaisuri. Dia juga mahu menjadi raja tetapi setiap rancangannya pasti gagal. Mungkin Maya boleh membantunya menjatuhkan Putera Edress Darween.
Terkejut Puan Catrina mendengar kata-kata Putera Izz Armand dia pantas menggeleng kepala laju.
"Jangan Izz! Kalau Putera Ed mahu berkahwin dengan Maya macam mana? Pasti Izz tak boleh menjadi raja." Puan Catrina bangun dan mendekati Putera Izz Armand, dia mengusap lembut bahu anak tunggalnya ini hasil berkahwin dengan Putera Zulkifli Elyas malangnya jodoh tak panjang kerana lelaki itu meninggal dunia kerana sakit jantung.
"Biarkan dia mummy. Dia nak sangat jadi permaisuri pergi lah goda Putera Ed. I akan lepaskan you kalau dia kata I love you pada you. I promise." Kata Putera Izz Armand sinis, tanpa Maya mengetahui bakal raja tak boleh bercinta dengan isteri orang. Jika di tangkap akan di buang negara dengan serta merta.
Puan Catrina menepuk dahi dan menggeleng kepala melihat sikap Putera Izz Armand yang tekad dengan keputusannya.
"Okay! I terima cabaran you! Jangan menyesal kalau I jadi permaisuri nanti, I akan tinggalkan you!" Balas Maya nada meninggi sebelum menyusun langkah meninggalkan ruang makan ini. Dia tekad akan menyusun rancangan untuk menggoda Putera Edress Darween.
YOU ARE READING
MILIK TUANKU🖤
RomanceJust short story. Kisah cinta Putera Edress Darween & Saidatul Thufia