Putera Edress Darween bersandar pada kerusi kerjanya sambil melihat video rakaman cctv di kawasan taman bunga istana satu. Dia memerhati setiap gerak geri Saidatul, gadis itu masih tak mulakan tugasnya memandikan Burn.
"Lawan Thufia. Ketakutan bukan sahabat tapi musuh yang perlu kau lawan. Aku tahu kau boleh." Kata Putera Edress Darween sendirian sambil merenung tajam ke arah video rakaman CCTV itu.
Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan pintu mengejutkan Putera Edress Darween dari lamunan. Dia mematikan video rakaman CCTV di telefon bimbitnya dan berlagak seperti sedang memeriksa laporan saham di atas mejanya.
"Tuanku! How are you? Saya dah serahkan Burn pada Cik Puan Saidatul. Harap Burn okay. Tuanku ni ada maklumat tentang manusia bajet bagus tu tapi kita tak cukup bukti lagi la nak sumbat dia orang ke dalam penjara. Kegiatan dia orang ni macam dilindungi seseorang." Kata Ameer sambil meletak beberapa helai dokument di atas meja Putera Edress Darween.
"Yes, seseorang yang sangat licik. Dia orang jangan ingat selamanya akan dapat sorok kejahatan bodoh tu. Aku akan pastikan dia orang jatuh sehingga di telan bumi." Kata Putera Edress Darween sambil bangun dan berjalan menuju ke dinding cermin yang memaparkan keindahan kota raya yang sedang pesat membangun.
"Mungkin sebab ni dia orang takut kalau Tuanku jadi raja?" Ameer mula membuat andaian. Dia yakin inilah punca beberapa orang manusia takut jika Putera Edress Darween menjadi raja negara terkaya ini.
"Yup! Sebab bila aku menjadi raja, aku akan pastikan tak akan ada sebutir dadah pun di negara ini. Aku akan pastikan ketua dia yang akan mati dulu." Balas Putera Edress Darween nada serius, dia berdiri di tepi cermin sambil memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluar. Dia tak akan membiarkan benda perosak manusia itu berada di negaranya.
Tang!
Bunyi pintu ditolak kuat mengejutkan Putera Edress Darween dan Ameer. Tiga orang pegawai polis dan juga Datuk Seri Hassan melangkah masuk ke dalam bilik pejabat dengan riak wajah bongkak.
"Tuanku di tahan kerana menyembunyikan 100kg dadah di parking kenderaan mewah Tuanku." Kata Inspector Izzat bongkak sambil menunjuk waran tangkap dan beberapa gambar dadah yang dijumpai di parking khas Putera Makhota.
"Ha! Tuanku ingat boleh ke sorok kegiatan haram tu. Saya tak sangka Tuanku terlibat dengan hal kotor ni." Kata Datuk seri Hassan nada kesal.
Putera Edress Darween mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Inspector Izzat. Dia menapak ke hadapan mendekatkan jarak dengan Inspector Izzat sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar.
"Kau maksudkan ni ke? Lelaki ni kau kan?" Putera Edress Darween menunjukkan rakaman video cctv tersembunyi yang di parking kenderaan mewahnya. Patutlah semalam CCTV utama rosak ada tikus buat kerja rupanya. Dia tahu lelaki dalam video itu Inspector Izzat kerana tatoo di pergelangan tangan lelaki bertopeng dalam video sama seperti tatoo di pergelangan tangan Inspector Izzat yang hari ini dia lupa sembunyikan menggunakan jam tangan.
Riak wajah Inspector Izzat berubah saat melihat rakaman video CCTV itu. Begitu juga dengan Datuk Seri Hassan.
Putera Edress Darween mencengkam leher Inspector Izzat dan dihentak kuat belakang badan lelaki ini ke dinding kaca.
"Kau kalau nak kenakan aku, buat kerja tu biar clean. Guna akal sebelum nak buat sesuatu. Aku memang tunggu kau datang acah-acah jadi pegawai polis paling hebat tapi hakikatnya polis paling kuat makan rasuah. Kau lah manusia paling bodoh pernah aku jumpa!" Kata Putera Edress Darween nada kasar semakin kuat dia mencengkam leher Inspector Izzat. Lelaki itu meronta-ronta langsung tak dipedulikan.
YOU ARE READING
MILIK TUANKU🖤
RomanceJust short story. Kisah cinta Putera Edress Darween & Saidatul Thufia