"Sa...Sa..Saya tak nak berkahwin dengan Tuanku." Ujar Saidatul gagap dan pelahan. Dia tunduk memandang bawah sambil ligat menggerakkan jari jemarinya. Getar sanubarinya hanya Allah SWT saja yang tahu.
Mencerlung mata Putera Edress Darween merenung tubuh kecil Saidatul Thufia yang sedang berdiri dihadapannya. Dia bingkas bangun dari kerusi kulit ini, sesekali dia membetulkan lengan baju kemeja putih yang dilipat rapi paras siku.
Suasana bilik bacaan Istana Baiduri yang tadi tenang kini semakin tegang dek keputusan Saidatul yang tiba-tiba mahu menarik diri sebagai calon isteri Putera Makhota.
"Bagi aku 1000 alasan kenapa kau tak nak kahwin dengan aku? Kau tahu kan, sekali keputusan pertandingan ini dah di buat tak mungkin berpatah balik. Kau ingat ni pertandingan bodoh ke?" Kata Putera Edress Darween nada suara kasar. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dan dia berjalan pelahan mendekati Saidatul.
Gulp!
Menelan air liur Saidatul mendengar kata-kata Putera Edress Darween. Sudah dari awal dia beritahu Permaisuri Asyikin tujuan dia menyertai pertandingan ini. Semuanya hanya kerana ingin memenangi hadiah bernilai USD200,000.00 bukan ingin berkahwin dengan Putera Edress Darween.
Pelahan-lahan Saidatul mengangkat wajah, dia memberanikan diri menatap wajah kacak Putera Makhota yang garang ini. Mata mereka bertemu lama. Degupan jantung Saidatul mula tak normal, semakin kencang saat menatap anak mata berwarna grey milik Putera Edress Darween.
"Saya tak ada 1000 alasan tetapi saya hanya ada satu alasan yang kukuh. Saya menyertai pertandingan ini sebab duit, saya perlukan duit. Saya tak nak menang pun, saya hanya nak duit tu. Lagipun, saya tak layak jadi isteri Tuanku. Saya anak penagih dadah. Tuanku pilihlah perempuan lain yang lebih baik." Balas Saidatul nada suara mendatar. Entah kenapa perasaan sebak mula menyelubungi jiwanya.
Putera Edress Darween mengencilkan mata saat mendengar kata-kata Saidatul. Dia menapak lagi ke hadapan Saidatul, mendekatkan jarak antara mereka.
"Sekali aku dah buat keputusan, aku tak akan patah balik. Siapa pun kau, aku tak nak ambil tahu. Semua akan berjalan seperti yang di rancang. Perkahwinan ini tetap akan diteruskan!" Tegas Putera Edress Darween, dia tak akan berundur walaupun seinci. Apa pun berlaku rancangannya perlu dilaksanakan dengan kadar segera.
Tergamam Saidatul mendengar kata-kata Putera Edress Darween. Dia menggeleng kepala berkali-kali.
"No.. No.. Saya tak nak kahwin dengan Tuanku.Tolonglah faham saya. Kalau saya kahwin dengan Tuanku, siapa nak jaga ibu saya? Dia perlukan saya." Merayu Saidatul, air matanya mula bergenang di hujung tubir mata. Dia tak mahu selesa duduk di dalam istana mewah ini. Manakala ibu yang tak sihat dan adik yang masih kecil menderita tinggal di rumah usang itu. Sungguh dia tak sanggup.
Putera Edress Darween jeling tajam mendengar rayuan Saidatul. Dia memusingkan tubuhnya dan menyusun langkah menuju ke pintu. Luahan hati Saidatul langsung tak dipedulikan.
"Aku tak nak tahu apa masalah kau. Apa yang aku tahu, bulan depan you'll be my princess." Ujar Putera Edress Darween sinis, sempat dia mengerling ke arah Saidatul sebelum melangkah keluar dari bilik bacaan ini.
Mengalir air mata Saidatul saat mendengar kata-kata Putera Edress Darween. Dia tak mahu hidup di dalam istana mewah ini, ibu sangat memerlukannya. Jika dia berkahwin dengan Putera Edress Darween apa pula nasib ibu dan adik? Tak mungkin manusia hati batu seperti Putera Makhota itu sanggup membantu keluarganya.
Saidatul nekad merancang sesuatu agar perkahwinan ini tak diteruskan. Demi ibu dia perlu kuat, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting jangan putus asa tetap berusaha sehingga saat akhir.
Harap sudi vote😘
YOU ARE READING
MILIK TUANKU🖤
RomanceJust short story. Kisah cinta Putera Edress Darween & Saidatul Thufia