Saidatul sedaya upaya membuka ikatan yang mengikat badannya. Dia menarik nafas lega apabila berjaya melepaskan ikatan ini. Sesekali matanya memandang ke arah pintu apa pun berlaku dia perlu segera melarikan diri sebelum menjadi hamba nafsu serakah lelaki durjana itu.
Kali ini ikatan pada pergelangan tangan pula Saidatul cuba untuk buka. Setelah hampir 10 minit berusaha akhirnya dia berjaya melepaskan diri, kelam kabut Saidatul bangun dan berjalan laju menuju ke pintu kaca yang memisahkan antara balkoni dan bilik tidur ini.
Pintu kaca ini tak berkunci. Saidatul menolak pelahan-lahan sesekali dia menoleh kebelakang, risau jika ada sesiapa masuk ke dalam bilik ini ketika dia hendak melarikan diri. Saidatul berdiri di tepi balkoni, gerun dia melihat ke bawah. Demi menyelamatkan diri, dia perlu berani.
Saidatul memijak kompressor penghawa dingin sambil memegang rel besi balkoni ini. Sambil memejam mata Saidatul lompat ke atas tanah.
"Arghh!" Saidatul menjerit kecil kerana kakinya kesakitan akibat tersalah langkah ketika mendarat tadi.
"Oi! Kau nak lari mana?!" Jerkah Jimmy sedang berdiri di tepi balkoni bilik tidur mewah yang di duduki Saidatul tadi. Dia salah seorang pengikut Mr.Don seorang mafia misteri.
Bulat mata Saidatul melihat Jimmy. Kelam kabut dia bangun dan melarikan diri walaupun pergelangan kaki kanannya berasa amat sakit.
"Berhenti! Berhenti!" Jerit Jimmy dan beberapa orang lelaki yang sedang mengejar Saidatul, masing-masing memegang kayu golf, mereka telah bersedia untuk menangkap Saidatul.
Saidatul terus berlari sehingga ke pagar utama yang terbuka sedikit. Semasa Saidatul keluar dari pagar rumah banglo mewah ini dia dilanggar oleh sebuah kereta mewah jenama Koenigsegg agera rs sehingga Saidatul jatuh terduduk di atas jalan tar. Mujur kereta itu tidak bergerak laju jika tidak pasti Saidatul akan cedera teruk.
"Kau nak bunuh diri ke?!" Soal seorang lelaki memakai jaket hitam dan memakai pelitup muka berwarna hitam sambil melangkah keluar dari kereta itu.
"Sa.. Sa.. Saya.." Balas Saidatul gagap sambil mengurut kakinya yang kesakitan.
"Oi! Perempuan tak guna! Kau sini!" Jerkah Jimmy sambil berjalan laju mendekati Saidatul. Semasa Jimmy hendak memegang lengan Saidatul tangannya di tendang oleh lelaki berjaket hitam itu.
"Siapa benarkan kau sentuh dia? Apa urusan kau dengan dia?" Soal lelaki berjaket hitam itu nada kasar sambil menyusun langkah mendekati Jimmy.
"Dia perempuan boss aku! Kau siapa nak sibuk urusan aku?! Kau blah sebelum aku bunuh kau!" Tengking Jimmy, kayu golf yang sedang dipegang di angkat tinggi bersedia untuk menyerang lelaki berjaket hitam ini pada bila masa.
Lelaki berjaget hitam ini ketawa nada kejahatan.
"Bunuh aku? Try lah." Kata lelaki berjaket sinis sebelum melompat tinggi dan melakukan serangan flying kick tepat menendang kepala Jimmy sehingga jatuh tergolek Jimmy di atas jalan tar. Kepala Jimmy terhantuk pada tembok pagar, darah mengalir laju di dahinya. Manakala lemah tubuhnya tak berdaya untuk melawan lagi.
Beberapa orang pengikut Jimmy berang melihat lelaki berjaket hitam ini menendang Jimmy, mereka seramai tiga orang menyerang lelaki berjaket hitam serentak menggunakan kayu golf.
Setiap serangan pengikut Jimmy di balas oleh lelaki berjaket hitam ini menggunakan teknik muaythai. Masing-masing tersungkur akibat di belasah teruk oleh lelaki berjaket hitam ini.
Saidatul terkejut melihat pergaduhan yang berlaku di hadapannya. Kepala Saidatul tiba-tiba berasa sangat sakit dan pandangan matanya mula kabur. Tak lama kemudian, dia jatuh pengsan di atas jalan tar.
Lelaki berjaket hitam terkejut melihat Saidatul jatuh pengsan. Semakin rancak dia membelasah tiga orang manusia durjana ini sehingga pengsan. Apabila dia mula bertindak tiada seorang pun akan dibenarkan untuk bangkit semula.
YOU ARE READING
MILIK TUANKU🖤
RomanceJust short story. Kisah cinta Putera Edress Darween & Saidatul Thufia