🖤TUANKU:12🖤

7.3K 480 33
                                    

Saidatul Thufia melangkah masuk ke dalam istana dua. Beberapa pasang mata memandangnya dengan pandangan benci dan jijik. Dia mengambil tempat duduk di sebuah sofa empuk, suhu sejuk penghawa dingin di ruang tamu mewah ini tak mampu menghilangkan rasa panas hatinya apabila melihat empat orang manusia berbisik sambil memandang ke arahnya.

"Nak tahu tak kami mengata apa? Kami kata perempuan kampung macam kau memang tak tahu malu. Masuk ke istana satu malam-malam buta then mengintip Tuanku, jijiknya!" Sindir Rina sinis sambil menapak mendekati Saidatul.

Saidatul merenung tajam memandang ke arah Rina. Mereka benar-benar sudah melampau.

"Kalau tak tahu cerita lebih baik diam." Balas Saidatul geram, manusia seperti inilah yang selalu menjatuhkan maruah seseorang. Tak bertanya tiba-tiba sebarkan fitnah.

"Hey perempuan! Kau ni memang kurang ajar kan?! Dasar perempuan kampung!" Rina melangkah laju mendekati Saidatul dan mencengkam kuat belakang leher Saidatul.

"Perempuan kau dengar sini! Putera Makhota tak layak dengan perempuan kampung macam kau. Mesti kau pakai cable kan? Sebab tu terpilih. Aku akan pastikan kau akan tersingkir hari ini juga!" Jerkah Rina di tepi telinga Saidatul semakin kuat dia mencengkam belakang leher Saidatul.

Yanaa, Farra dan Melly bersorak gembira melihat Rina menghina Saidatul. Mereka sokong jika wanita kampung itu tersingkir awal.

"Lepaslah! Tuanku tak meletakkan syarat calon isteri Tuanku mesti berasal daripada keluarga kaya. Sebab penghujung nanti kita akan sama-sama ke tanah juga." Balas Saidatul nada serius sambil menolak kasar tangan Rina. Saidatul bingkas bangun dan berdiri tepat di hadapan Rina.

Tercengang Rina, Yanaa, Farra dan Melly mendengar kata-kata Saidatul. Wanita itu memang berani melawan.

"Apa lagi Rina tamparlah mulut perempuan kampung ni." Kata Melly sengaja menyimbah minyak ke dalam api kemarahan Rina. Dia sengaja mahu menimbulkan pergaduhan biar Saidatul dan Rina tersingkir dari pertandingan ini. Selepas itu dia akan menakluki hati Putera Edress Darween.

Rina tampar berfikir panjang mengangkat tangan mahu menampar Saidatul. Tiba-tiba seseorang memegang tangannya dari belakang.

"Apa semua ni? Nak jadi gangster? Nasib raja dan permaisuri tak ada kalau mereka nampak mesti kesal melihat perangai bakal menantu seperti ini. Rina, awak tersingkir!" Tegas Puan Anita sambil memandang ke dalam anak mata Rina.

Tercengang Rina sebelum terduduk di atas sebuah sofa empuk. Peserta lain turut terkejut mendengar keputusan keramat yang keluar dari mulut Puan Anita. Belum lagi bermula ujian pertama sudah ada yang tersingkir.

"Why? Kak Nita tak boleh sesuka hati nak singkirkan saya! Saya calon isteri Putera Makhota!" Jerkah Rina, dia bangun dan berjalan laju ke arah Puan Anita. Lalu di tolak kasar tubuh kasar wanita itu.

"Jangan kurang ajar Rina! Ini arahan Tuanku. Alasan kukuh Tuanku sebab awak dating dengan Putera Izz dekat padang golf. Lain kali buat sesuatu pakai otak bukan ikut nafsu." Tegas Puan Anita sambil mencampak laporan sebab penyikiran ke wajah Rina.

Rina terkejut. Tak sangka perbuatannya bermesra dengan Putera Izz Armand sampai ke pengetahuan Putera Edress Darween. Dia menyangka cukup tersorok rupanya mata-mata Putera Makhota di mana-mana.

"Saidatul, Yaana, Farra dan Melly ikut saya ke Kitchen. Rina saja stay sini sampai pegawai istana datang." Ujar Puan Anita nada serius sambil menyusun langkah keluar dari ruang tamu mewah ini.

Peserta lain turut mengekori Puan Anita. Yaana, Farra dan Melly pura-pura sibuk dengan telefon bimbit masing-masing langsung tak memandang ke arah Rina yang sedang menangis. Malah mereka gembira kerana pesaingan mereka semakin berkurangan.

MILIK TUANKU🖤Where stories live. Discover now