"Arghhh! Sakit! Sakit!" Menjerit Encik Sabri tatkala kayu golf hinggap kuat di belakang tubuhnya. Pedih dan sakit, itulah yang dirasai saat ini. Kerana Saidatul melarikan diri dia yang di hukum. Jika dia dapat anak itu akan dipukul sampai mati.
"Aku nak anak kau! Mana anak kau?! Hanya perempuan tu berani melawan aku. Dia memang sesuai untuk sertai perjuangan aku." Kata Mr. Don nada kasar sambil bertalu-talu memukul belakang Encik Sabri menggunakan kayu golf jenis besi. Apa pun berlaku dia hanya mahukan Saidatul Thufia.
"Arghh!! Sakitlah setan! Aku tak tahu! Kau orang yang tak pandai jaga dia nak salahkan aku? Tak adil macam ni!" Bidas Encik Sabri geram. Orang lain punya pasal dia pula dipersalahkan.
"Aku nak kau cari anak kau sampai dapat. Kalau hari ni kau gagal kau dapatkan anak kau. Jangan harap kau dapat bekalan tu. Aku akan pastikan kau mati slow-slow." Ugut Mr.Don dengan nada kasar sambil mencengkam kuat leher Encik Sabri. Dia tekad kali ini jika Encik.Sabri gagal jumpa Saidatul dia akan menghukum lelaki ini.
Encik Sabri mendengus kasar mendengar kata-kata lelaki bertopeng dan misteri ini. Dia mana mampu hidup tanpa dadah buktinya dia sanggup menjual Saidatul demi memiliki bekalan selama setahun.
"Aku tak tahu dia dekat mana. Aku cari dia dekat hospital ada pengawal jaga dan dia pun tak ada dekat sana. Aku rasa dia tengah bersembunyi. Tolonglah jangan sekat bekalan aku." Jelas Encik Sabri, dia sanggup buat apa saja asalkan bekalan dadahnya tak disekat.
"Itu bukan masalah aku! Aku nak Saidatul! Aku kata aku nak Saidatul!" Jerkah Mr.Don sambil menendang kuat dada Encik Sabri. Dia tak nak tahu apa pun masalah, apa yang dia ingin tahu adalah Saidatul kembali ke pangkuannya.
Encik Sabri terbaring di atas lantai sambil memegang dadanya yang kesakitan. Dia sudah hilang akal memikirkan tentang keberadaan Saidatul. Anak itu benar-benar menyusahkan hidupnya.
"Boss! Kami dah dapat info tentang Saidatul."Ujar Rudy sebaik saja melangkah masuk ke dalam pejabat mewah Mr.Don.
"Apa dia?" Soal Mr.Don nada serius, dia tak sabar ingin mengetahui tentang kedudukan terkini Saidatul.
"Saidatul berada di istana menyertai pencarian calon isteri Putera Makhota. Dia di kawal ketat oleh pengawal istana. Kemungkinan dia akan berada di sana dalam masa 2 or 4 minggu." Kata Rudy dapat info dari berita istana tentang senarai peserta yang akan menyertai pertandingan pencarian isteri calon Putera Makhota.
Bulat mata Mr.Don mendengar kata-kata Rudy. Kemudian dia ketawa besar.
"Perempuan tu berangan nak berkahwin dengan Putera Makhota? Jangan harap dia akan berjaya! Dia hanya milik aku!" Tengking Mr.Don sambil baling kayu golf ke arah dinding.
"Aku nak kau orang culik Saidatul di dalam istana tu! Aku tak nak dengar alasan! Aku nak kau orang Pergi sekarang! Pergi!" Tengking Mr. Don sambil menyepak perut Rudy sekuat hati. Dia tak nak ambil tahu masalah apa yang dia tahu semua arahan yang diberi berjalan dengan lancar.
Rudy terdorong ke belakang. Dia tahu perkara ini mustahil tetapi jika dibangkang pasti dia akan di belasah teruk oleh Mr.Don. Dia menyusun langkah meninggalkan ruang pejabat Mr.Don, misinya kini menculik Saidatul di dalam istana.Harap dia berjaya.
Ameer melangkah laju mengejar Putera Edress Darween yang sedang melangkah laju menuju ke motorsikal berkuasa besar yang parking betul-betul di hadapan pintu utama istana satu.
"Tuanku. Mempenjarakan Cik Puan Saidatul sangat tak adil. Kenapa Tuanku tak singkirkan je dia?" Soal Ameer sambil berdiri di belakang putera makhota, sesekali dia mengusap kepala kucing British shorthair yang sedang dipeluk ini.
"Ini pertandingan aku. Suka hatilah aku nak singkir ke atau penjarakan sesiapa pun. Kau tak payah nak menyibuk, urusan kau bawa Burn ke penjara. Aku nak perempuan tu mandikan Burn." Kata Putera Edress Darween nada serius sambil menyarung topi keledar di kepalanya.
Bulat mata Ameer mendengar kata-kata Tuanku. Dia pantas menggeleng laju.
"Serius Tuanku? Seingat saya dalam bio Cik Puan Saidatul, dia takut kucing. Tak akan Tuanku nak suruh dia mandikan kucing ni? Kejamnya." Balas Ameer tak puas hati akan perbuatan Putera Edress Darween yang kekadang tak masuk akal.
Putera Edress Darween mendengus kasar mendengar kata-kata Ameer. Laju dia melangkah mendekati Ameer dan menarik kasar tali leher lelaki ini.
"Kau jangan banyak cakap. Kau buat apa aku suruh or aku potong gaji kau setahun. Kau pergi sekarang!" Arah Putera Edress Darween lebih tegas sambil merenung tajam ke dalam anak mata Ameer.
Gulp!
Ameer menelan air liur. Gerun pulak dia mendengar ugutan kejam Putera Makhota ini tetapi dia tak sampai hati mengkhianati manusia yang di gelar penakut kucing.
"Kalau dia luka or calar sebab kena cakar dengan Burn macam mana? Kalau Burn tak suka dia? Or dia rendam Burn sampai mati macam mana?" Soal Ameer gelisah, orang kalau sudah fobia apa saja dia sanggup lakukan asalkan dapat mengelak melakukan perkara yang dia sangat fobia. Membunuh pun sanggup.
Putera Edress Darween naik ke atas motor berkuasa tinggi BMW Sr1000RR. Blazer hitam yang dia pakai di kemaskan rapi.
"Dia tak akan buat macam tu. I know her more than she knows herself." Balas Putera Edress Darween sinis sebelum menunggang laju motorsikal berkuasa tinggi ini meninggalkan kawasan istana.
Berkerut dahi Ameer mendengar kata-kata Putera Makhota. Dia cuba memahami maksud lelaki itu. Tetapi malangnya dia gagal, soalan meneka silang kata tidak sesulit meneka maksud kata-kata Tuanku. Dia yakin ada kisah lama di antara Saidatul Thufia dan Putera Edress Darween. Tetapi kenapa mereka seolah-olah tak mengenali satu sama lain? Ameer menggaru kepala tak gatal. Serius dia buntu memikirkan persoalan misteri ini.
YOU ARE READING
MILIK TUANKU🖤
RomanceJust short story. Kisah cinta Putera Edress Darween & Saidatul Thufia