🖤TUANKU: 14🖤

7.4K 467 26
                                    

Sebuah helicopter mewah mendarat di belakang Istana Bidara sebuah kawasan lapang tempat parking helicopter diraja. Beberapa orang pegawai istana setia menanti ketibaan Raja Zulkarnain Ebrahim dan Permaisuri Asyikin serta anak bongsu mereka Puteri Asyira.

"Ampun Tuanku." Ameer memberi sembah hormat kepada Raja Zulkarnain Ebrahim sebaik saja pemimpin negara itu turun dari helikopter.

"What happen Ameer? Tak sampai seminggu tiba-tiba dah final? Putera Makhota dah jumpa ke bakal isteri dia?"Soal Raja Zulkarnain Ebrahim nada serius sebaik saja lalu di hadapan Ameer.

Gulp!

Ameer menggaru kepala yang tak gatal. Dia diam seketika dia memikir jawapan sesuai untuk persoalan Raja Zulkarnain Ebrahim sesekali dia mengerling ke arah Puteri Asyira yang sedang berdiri di belakang.

"Yeah ayahanda, I have already found my princess.." Balas suara garau itu. Serentak beberapa orang mengalih pandangan ke arah Putera Edress Darween.

"Siapa dia? Macam mana keturunan dia?" Soal Raja Zulakrnain Ebrahim sambil merenung tajam ke arah Putera Edress Darween, risau jika pewaris takhtanya ini salah memilih pasangan hidup.

"Dia hanya gadis biasa, apa keturunan dia, Ed tak kisah but for me, the most important thing is herself. Ayahanda tak payah pening fikir pasal tu apa kata kita ke dewan sebab acara dah bermula." Ujar Putera Edress Darween sambil membuat gaya tangan memberi laluan kepada Raja Zulkarnain Ebrahim.

"Make sure she is the best to be your princess." Tegas Raja Zulkarnain Ebrahim, dia tak mahu anaknya ini salah memilih pasangan hidup. Silap hari bulan sengsara hidup.

"Mesti kakak ipar Risha tu cantik, kan?" Soal Puteri Asyira teruja, kerana dia tahu bukan mudah seorang lelaki bernama Putera Edress Darween untuk jatuh cinta.

"Yeah, better than you." Balas Putera Edress Darween sinis sambil menarik awning tudung Puteri Asyira.

"Eee tak payah la main tarik awning tudung orang." Marah Puteri Asyira sambil membetulkan awning bawalnya mula senget.

"Sikit je pun." Balas Putera Edress Darween sambil membetulkan hujung awning tudung Puteri Asyira dengan hujung jarinya sebelum menyusun langkah mendekati bondanya. Tangan wanita ini dikucup lama.

Permaisuri Asyikin menggeleng kepala melihat sikap dua beradik ini, pantang berjumpa ada saja si abang mahu menyakat si adik.

"Siapa dia? Still orang yang sama?" Soal Permaisuri Asyikin serius sambil memegang pipi kanan Putera Edress Darween, persoalan ini sering bermain difikirannya sejak Putera Edress Darween melakukan pemilihan calon isteri.

Putera Edress Darween mengukir senyuman nipis, jari jemarinya mengelus jari jemari bondanya.

"Bonda akan tahu nanti, jom masuk dewan." Ajak Putera Edress Darween lembut sambil menarik wanita ini mengekorinya. Dia tak mahu memberi jawapan sekarang tetapi sengaja ingin membuat kejutan.

"Ed ni sengaja nak buat bonda tak sabar, kenapa bonda rasa orang yang sama?" Ujar Permaisuri Asyikin yang semakin tak sabar ingin mengenali wanita pilihan Putera Makhota.

Putera Edress Darween tak membalas kata-kata Permaisuri Asyikin hanya senyuman sinis yang terukir dibibirnya, masa itu akan tiba tak lama lagi.

"Tak pasal awning ni tak lawa, awning Syira cantik tak abang Ameer?" Soal Puteri Asyira kepada Ameer yang sedang berjalan disebelahnya. Dia masih tak puas hati dengan awnig tudung ini sejak di usik oleh Putera Edress Darween.

Ameer tergamam seketika. Dia memandang lama ke arah wajah comel Puteri Asyira

"Puteri mestilah cantik." Balas Ameer pelahan, tiba-tiba dia pula berasa malu.

MILIK TUANKU🖤Where stories live. Discover now