🖤TUANKU:4🖤

7.3K 436 22
                                    

Permasuri Asyikin berdiri sambil menyilang tangan di dada di belakang Anita, tekun dia memerhati pembantu peribadinya melakukan pekerjaan yang dia minta. Jika bukan kerana seorang menantu pasti dia tak mahu memeningkan kepala memikirkan tentang hal seperti ini.

"Saya dah stop pendaftaran untuk pertandingan ini. Dalam masa 10 minit 100 orang berdaftar untuk menyertai pertandingan ini. Sekarang ni tinggal Tuanku Putera kena pilih yang layak ke final. Ini senarai nama 100 calon bakal isteri Putera Makhkota." Anita menyerahkan beberapa helai kertas kepada Permaisuri Asyikin yang sejak tadi berdiri di belakangnya.

"I tak sangka ini rupanya yang Ed nak I buat semalam. Setahu I dia bukan seorang yang mudah percayakan orang tetapi why dia nak buat pertandingan ini? I dapat merasakan dia sedang plan sesuatu." Permaisuri Asyikin mundar mandir di dalam bilik bacaannya ini sambil memikirkan tentang rancangan Putera Edress Darween yang sangat aneh itu.

"Mungkin Tuanku Putera dah ubah fikiran, hanya menginginkan wanita biasa sebagai calon isteri." Kata Anita membuat andaian. Citarasa manusia boleh berubah bila-bila masa.

"Bukan... Bukan pasal tu. Ed tak mudah berubah. I kenal Ed. Last Ed kata dia suka seseorang 10 tahun lepas, after that I tak pernah dengar lagi pasal tu daripada mulut dia. I dapat merasakan dia dah jumpa apa dia cari." Permaisuri Asyikin yakin tekaannya kali ini benar dan tepat.

Berkerut Anita mendengar kata-kata Permaisuri Asyikin. Serius dia tak faham.

"Jumpa apa yang dia cari? So pertandingan ni untuk mencari apa yang dia cari?" Anita masih tak berputus asa meneka, kerana apa yang dilakukan Putera Edress Darween sangat jauh dengan sikap asal sukar mempercayai sesiapa pun.

"Mungkin. Lagi satu sikap Ed sanggup buat apa saja untuk memiliki sesuatu, bagi dia nothing impossible. Dah email senarai nama calon isteri pada Ameer? Dia kata pilihan bonda tapi nak pilih sendiri, bukan ke pelik tu." Permaisuri Asyikin tersenyum sendiri, dia sudah tahu apa yang sedang di rancang putera sulungnya itu.

"Dah email Tuanku Suri. Pasal latar belakang calon isteri Tuanku Putera tu macam mana? Tuanku Suri tak kisah ke siapa pilihan Tuanku Putera? Walaupun hanya rakyat biasa?" Anita berminat ingin mengetahui apa reaksi Permaisuri Asyikin jika bermenantukan rakyat biasa.

Permaisuri Asyikin mengukir senyuman nipis. Dia melangkah mendekati Anita, bahu pembantu peribadinya di pegang lembut.

"Siapa pun dia, I tak kisah. As long Ed happy apabila bersama dia. Siapa kita nak judge orang, sedangkan di akhirat nanti kita semua sama saja. Pangkat dan harta tak menentukan syurga itu milik kita.  Sekarang ni tugas kita follow je plan Putera Makhota. Tak sabar I nak jumpa bakal menantu I tu." Permaisuri Asyikin mula teruja ingin bertemu wanita yang berjaya mencuri hati putera sulungnya.

Anita mengangguk pelahan tanda akur dengan kata-kata Permaisuri Asyikin. Sekarang ini tugas mereka hanya menunggu Putera Edress Darween membuat pemilihan lima orang yang layak menduduki ujian khas calon isteri Putera Makhota. Dia turut sukar percaya yang Putera Edress Darween mengadakan pertandingan seperti ini. Lain macam sikap lelaki itu kali ini.

 Lain macam sikap lelaki itu kali ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MILIK TUANKU🖤Where stories live. Discover now