"Code blue! Code blue! Ward A21 code blue!" Jerit salah seorang jururawat Hospital Raja Zulkarnain nada cemas sambil berlari menuju ke ward A21. Suasana di Jabatan Kardiologi mula tegang apabila isyarat kecemasan di salah satu ward pesakit kronik berbunyi.
Saidatul Thufia yang baru saja melangkah keluar dari lif terkejut melihat beberapa orang jururawat dan doktor berlari masuk ke dalam ward Puan Suraya. Menggigil seluruh tubuh badan Saidatul. Dia berjalan laju mendekati adiknya yang sedang mundar mandir di hadapan ward ibunya.
"Kenapa dengan ibu? Kenapa dengqn ibu?!" Soal Saidatul gelisah sambil mencengkam kuat kedua-dua bahu adiknya, Masyitah.
"Ibu tiba-tiba sesak nafas. Adik takut kalau ibu tinggalkan kita. Ibu tak akan tinggalkan kita kan, kakak?" Menangis Masyitah saat menceritakan situasi yang berlaku pada ibu mereka. Tubuh Saidatul dipeluk erat. Dia memerlukan ketenangan saat ini.
"In Shaa Allah, ibu kuat. Ibu tak akan tinggalkan kita. kita sama-sama berdoa ya." Ujar Saidatul lembut sambil membalas pelukan Masyitah, sesekali jari jemarinya menyeka air mata yang mengalir membasahi pipinya. Biarlah Masyitah saja yang menangis, dia perlu kuat hadapi ujian ini.
Masyitah melepaskan pelukan. Dia mendongak merenung wajah polos Saidatul.
"Macam mana ibu nak kuat kalau setiap hari ibu kena tahan sakit. Bila kakak nak dapatkan duit pembedahan ibu? Lambat lagi ke? Kenapa kakak tak pinjam dekat bank je?" Soal Masyitah tak puas hati, dia masih tak faham kenapa Saidatul terlalu susah mendapatkan wang pembedahan itu. Sedangkan berpuluh bank di negara ini yang boleh memberi pinjaman wang jika terdesak.
Saidatul mengukir senyuman nipis tatkala mendengar pertanyaan Masyitah yang bertubi-tubi. Susah dia ingin menerangkan situasi kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun, mereka tak faham situasi di luar sana. Bukan dia tak berusaha tetapi semua permohonannya di tolak atas alasan gaji tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Baru saja tamat belajar bulan lepas dalam bidang diploma perniagaan dan bekerja sebagai kerani juga tak sampai sebulan mana mungkin mereka berani memberi kepadanya pinjaman wang yang banyak.
"Kakak dah buat pinjaman tu tapi tak lulus. Adik jangan risau akak akan usaha lagi. Tugas adik jaga ibu dan fokus pada sekolah. Pasal duit tu biar kakak yang fikir." Ujar Saidatul tenang sambil mengusap lembut pipi Masyitah.
"Adik tak nak kehilangan ibu." Luah Masyitah sebak, tubuh Saidatul dipeluk semula. Teresak-esak dia menangis kerana masih tak bersedia kehilangan ibu diusia yang muda.
"Kakak yakin Allah akan tolong kita." Balas Saidatul bersungguh-sungguh sambil memeluk kemas tubuh kecil Masyitah.
Trik!
Bunyi pintu ward Puan Suraya di buka, mengejutkan Saidatul dan Masyitah. Mereka melepaskan pelukan dan menoleh memandang ke arah Dr. Zainab, pakar jantung Hospital Raja Zulkarnain.
"You perlu cepat dapatkan duit untuk pembedahan tu. Keadaan ibu you juga semakin lemah, kalau you lambat I risau ada komplikasi semasa pembedahan. Penyakit jantung berlubang ibu you semakin kritikal, Saidatul." Ujar Dr. Zainab nada serius sebaik saja mendekati Saidatul. Dia faham bukan mudah untuk mencari duit sebanyak RM100,000.00 itu hanya ini saja cara yang ada untuk menyelamatkan nyawa Puan Suraya.
Saidatul meraup wajahnya, dia cuba menahan air mata dari mengalir membasahi pipi. Cukuplah Masyitah yang menangis sebaik saja mendengar kata-kata Dr. Zainab.
"Saya sedang usahakan, doktor. Saya janji akan dapatkan duit itu secepat mungkin. Keadaan ibu macam mana sekarang? Boleh saya jumpa ibu?" Walaupun tak tahu mana arah tuju untuk mendapatkan duit sebanyak RM100,000.00 itu Saidatul tetap berjanji untuk menguatkan semangatnya agar tak berhenti berusaha.
YOU ARE READING
MILIK TUANKU🖤
RomanceJust short story. Kisah cinta Putera Edress Darween & Saidatul Thufia