BAB 19

4.7K 332 30
                                    


"PLEASE avoid unnecessary touching, chef."

Haqeem senyum tipis bila teringat Qaleef memberi amaran padanya tadi. Mahu saja dia menceritakan hal yang sebenar pada Qaleef dimana Aireen itu adalah adik kandungnya tetapi akalnya menolak kerana bimbang Aireen makin marah padanya. Dia nampak Aireen sebolehnya tidak mahu mengaku yang mereka mempunyai hubungan adik beradik.

"Apa yang perlu along buat untuk Reen bagi peluang pada along untuk tebus kesalahan along?" Haqeem menguak rambutnya ke belakang. Keluhan kasar dilepaskan.

Sejak habis kerja tadi dia termenung di dalam kereta. Banyak perkara yang berada dalam fikirannya.

Sebenarnya selepas Aireen melarikan diri dari rumah, ayahnya terus menelefon dan menyuruhnya mencari Aireen.

Tetapi bagaimana mahu mencari Aireen sedangkan Malaysia ini bukannya kecil. Tambahan pula dia bukan kenal dengan siapa Aireen berkawan.

Ketika itulah Haqeem merasakan dia adalah abang yang tidak berguna. Langsung tidak mengambil peduli tentang adiknya yang seorang ini. Yang paling menyakitkan hatinya, Harith yang selama ini dia anggap lelaki yang baik sanggup mengkhianati kepercayaan keluarga mereka.

Haqeem ada pulang ke kampungnya untuk bersemuka dengan Harith.

Sempat dia hadiahkan penumbuk sulungnya pada wajah lelaki itu bila lelaki itu menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Aira.

Berapa kali dia mahu hancurkan hati Aireen? Putus pertunangan dengan Aireen lepas tu mahu berkahwin dengan Aira?

Tetapi tak sangka mereka berdua memang berjodoh. Walaupun dia menentang, tetapi siapalah dia untuk menghalang takdir. Aira juga nampaknya sudah bahagia bersama Harith.

Haqeem tidak dapat membayangkan perasaan Aireen jika gadis itu mengetahui semua ini jadi dia berusaha mencari adiknya sehinggalah Hana datang ke rumah.

Apabila Hana mengambil motorsikal milik Aireen untuk diposkan, Haqeem meminta pertolongan kawannya untuk melihat ke mana motor itu diposkan.

Tetapi pencariannya sekali lagi menemui jalan buntu apabila alamat itu cumalah alamat cawangan kurier.

Terpaksalah Haqeem memikirkan cara lain pula untuk mencari Aireen sehinggalah dia mendapat tahu Aireen tinggal bersama Raihana.

Dari situ jugalah Haqeem mencari peluang untuk mendekati Aireen dan nasib menyebelahinya apabila ada kekosongan sebagai chef eksekutif di tempat Aireen bekerja.

Dengan ilmu dan pengalamannya, mudah sahaja dia mendapat kerja di L'eef Restaurant memandangkan dia juga mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Haqeem sanggup melepaskan kerjayanya di hotel terkemuka hanya kerana mahu mendekati Aireen.

Fikirnya Aireen akan berlembut hati dengannya tetapi tidak. Peluang untuk bercakap pun tiada. Luka Aireen ibarat nanah yang berbisa. Semakin disentuh, semakin ia menyakiti Aireen. Nampaknya Haqeem sekali lagi menemui jalan buntu.




"IBU.. kenapa ibu tak masak sambal sotong? Kan Aira cakap Aira mengidam.." Wajah Aira bertukar muram apabila melihat tiada lauk yang dinantikan di atas meja.

Pagi tadi dia ada menyatakan yang dia teringin makan sambal sotong pada ibunya.

"Ibu dengan ayah tak sempat pergi pasar Aira.. ibu kan demam.." balas Puan Saerah. Biasanya memang dia akan usaha penuhi permintaan anaknya itu tetapi hari ini dia tak larat. Suaminya pula kebetulan ada hal di luar hari ini.

Sejak Aira mengandung, gadis itu langsung tidak boleh buat kerja rumah. Aira juga telah menangguhkan semester ini kerana alahannya yang teruk.

"Makan apa yang ada Aira. Jangan ikutkan sangat nafsu tu. Ayah tahu kamu mengandung.. kadang-kadang mengidam. Tapi kalau hari-hari mengidam nak suruh ibu kamu masak, kesianlah dekat ibu kamu ni. Kalau kamu ada tolong ibu dekat dapur, tak apalah juga." Tuan Azman mula bersuara.

TAKDIR YANG SAMA [EBOOK] Where stories live. Discover now