perintah sang raja yang mulia

125 7 0
                                    

Aku duduk di katil dengan perasaan gelisah.perasaan aku berdebar dua kali ganda.sejujurnya aku takut jumpa raja.pelbagai fikiran negatif bermain di kepala.

Pergi atau tak eak??

Tok

Aku menoleh kearah pintu Ester berdiri di muka pintu dengan tatapan prihatin.

"Percaya padaku es,raja itu baik aku kenal baik dengan dia"ceh begitu mudah dia cakap raja itu baik? padahal dia rapat dengan raja pun tak? Dari mana fikiran positifnya muncul?

"Kalau puteri Hana baik maka raja Patrick juga baik"sambung es menatap muka ku yang sudah merubah menjengkelkan.

Ugh aku mengeluh nafas berat,el setakat raja jangan takut sebab kita sama-sama makan nasi eh salah raja makan roti dan daging,kecil kemungkinan dia makan nasi dan ikan masin.

"Okeylah aku pergi dulu,ehh...jap sebelum itu,aku tinggalkan dulu wasiat sebelum aku di pancung atau di kurung seumur hidup penjara bawah tanah"aku menarik nafas mencoba berfikir, harta tiada?apa yang aku ada eak?yang ada batu Keong?

Ugh

Aku membuang nafas berat.

"Sudahlah aku baru ingat aku miskin jadi tiada wasiat yang aku tinggalkan"ujarku dan melenggang pergi meninggalkan Ester berdiri macam tunggul.

Aku menaiki anak tangga menuju suatu ruang yang selalu di gunakan untuk mesyuarat agung,kenapa disitu?apa banyak orang menghakimi aku dan melemparkan batu?

Arh sudahlah otak sudah lah berfikir negatif hal yang belum terjadi.

Sesampainya aku di depan pintu.aku menarik nafas panjang sebelum membuka pintu berkembar itu.harap-harap tiada yang terjadi sesuatu Sebab hanya aku sumber kehidupan ibubapaku dan juga adik-adikku.

Aku membuka pintu di dalam ruangan terlihat raja duduk di seberang meja besar.
Meja itu lebar dan panjang bahkan boleh di duduki 20 orang.

"Duduk"perintah raja Patrick di seberang meja,aku menurut dan duduk di seberang raja.

"Apa hubungan kau dengan anakku!"ujar raja Patrick dengan suara kuat yang membuat aku Merinding ketakutan.

"A-anu.."aku menjawab dengan gagap dan mengarut belakang kepala.'nak jawab apa? takkan jawab aku cinta anakmu raja restu kan kami? agak-agak lah!kang tak semena-mena raja menendang aku di jendela istana dan mati katak'

"Anuh apa!"aduh nak jawab apa?aku semangkin gelisah, duduk aku tak menentu.

El fokus fokus!ayo cari jawapan!!macam jawab exam pulak!.
Aku menarik nafas melegakan otak yang kian menyeksak.

"Sebelum itu maafkan saya raja,saya tahu ini salah secara logik akal fikiran kami sangat jauh nun jauh disana"astagan aku merepek apani?mati mampus kau el!!

"Astagan kenapa aku ada maid bodoh? kenapa anak aku boleh jatuh cinta dengan maid bodoh?"ujar raja Patrick sambil mengurut keningnya.

Haduh tamat riwayatku!

"Anuh raja,kami berdua saling cinta eh bukan saling jatuh cinta maksud saya hehehe"ujarku sambil tersengih-sengih dan mengarut kepala,peluh sejuk mengalir di kening aku.

"Apa bezanya saling cinta dan jatuh cinta? keduanya mempunyai maksud yang sama"ujar raja Patrick datar.

Raja Patrick mengeluh nafas panjang..sebelum mengeluarkan kata-kata masa depanku.

"Aku setuju hubungan kamu berdua kerana sama saja aku membunuh puteri kesayanganku jika aku membunuh kau"ujar raja Patrick yang membuat aku tersenyum lebar.jadi raja Patrick sudah memberi restu lah ni kan.

"Tapi..."sambung kembali raja Patrick yang membuat senyuman aku menghilang.apa selepas itu aku di pancung?

"Tolong jaga puteri Hana kalau ada putera Danish disini,kerana firasat aku buruk dengan Danish,dan jaga jarak atau perasaan kau dengan puteri Hana Selama putera ada di sini faham?"ucapan raja Patrick membuat aku pelik kenapa?

"Maaf sebelumnya raja apa boleh saya tahu kenapa raja menyuruh saya menjaga puteri Hana?"ucapanku di balas keluhan berat raja Patrick.

"Pertama kau bakal pendamping puteri Hana,kedua firasat aku mengatakan keluarga Putera Danish ada membuat rencana buruk untuk menjatuhkan istana dan merampas wilayah kerajaan ini.kerana setelah keluarga kami berhubungan dengan kerajaan canada begitu banyak hal yang terjadi seperti rencana,terutama kematian isteri aku.aku tidak berdiam diri itulah mengapa aku menerima tunangan kerajaan canada dengan anakku.mereka hanya menyamar rencana mereka dengan alasan berjodohan"ujar raja Patrick panjang lebar.

"Jadi aku nak kau jadi mata-mata,tiap jam 1 malam kau harus belajar bela diri dengan komandan perajurit bernama Alison"dengan senang hati raja Patrick selagi berkaitan keselamatan puteri Hana.

"Baik yang mulia,saya menuruti perintah baginda!"ujarku kuat sebagai bentuk semangat jiwa propaganda eak silap jiwa kesatria.

Elena yong MaidWhere stories live. Discover now