BAB 1

11 0 0
                                    

          "KAKAK, angah, adik. Turun makan!"kedengaran suara Puan Hafiyah separuh menjerit memanggil ketiga-tiga anak daranya itu.

           "Okey umi!"sahut Suffieyya tidak kalah kuat setelah mendengar panggilan dari uminya itu.

           "Yee..."sahut pasangan kembar itu pula meleret.

          Kelihatan Suffieyya turun ke lantai bawah dengan senyuman yang lebar dan diikuti pesangan kembar itu dari belakang dengan wajah yang masam. Pasangan kembar itu berjalan bersebelahan dengan tangan Chelsa merangkul tangan kakak kembarnya itu.

           Encik Irfan mengambil tempat di tengah meja. Kanan Encik Irfan diduduki oleh Puan Hafiyah Manakala kirinya pula diduduki oleh Elsa. Suffieyya duduk di samping uminya manakala Chelsa duduk di samping kakak kembarnya berhadapan dengan Suffieyya.

          Puan Hafiyah mencedokkan nasi di setiap pinggan. Seusai membaca doa makan, keluarga kecil itu mula menjamu selera.

           "Oh iya..."tiba-tiba Puan Hafiyah memecahkan kesunyian di ruang makan itu. Semua orang memandang tepat ke Puan Hafiyah

           "Twins, korang berdua pun daftar juga kan ke syarikat ZM itu?"tanya Puan Hafiyah.

           Terkedu pasangan kembar itu apabila mendengar soalan dari Puan Hafiyah itu. Habislah, umi dah soal kita! Sememangnya, pasangan kembar itu juga telah mendaftar untuk memasuki syarikat itu. Namun, mereka tidak mendapat mesej apa-apa dari seseorang. Jadi, mereka menganggap bahawa mereka tidak lulus di temuduga yang lepas.

          "Korang berdua diterima ke? Umi yakin korang pun diterima macam adik. Sebab haritu korang kata korang yakin yang korang akan lulus temuduga itu."sambung Puan Hafiyah lagi. Tangan kanannya sudah menongkat dagunya.

           Suffieyya hanya menyambung sesi makannya. Namun, telinganya ralit mendengar setiap perbualan mereka. Matanya juga masih setia melihat keadaan sekeliling. Dia juga yakin pasangan kembar itu berjaya mendapatkan kerja di situ memandangkan mereka sendiri yang kata bahawa mereka yakin mereka akan diterima.

                                           FLASHBACK

          "Assalamualaikum"ceria sahaja suara mereka bertiga sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah.

          "Waalaikumussalam"jawab Puan Hafiyah dengan senyuman manis.

           "Ha, macam mana interview tadi?"soal Puan Hafiyah kepada ketiga-tiga anak daranya itu.

           "Hm, bolehla..."jawab Suffieyya. Kalau nak jawab lancar, macam sombong lah pulak.

           "Oh come on lah umi, ini Elsa kut! Bahasa English Elsa time sekolah A tau, jadi mestilah lancar!"jawab Elsa dengan senyuman bangga.

           Chelsa yang mendengar jawapan dari kakak kembarnya itu hanya mengangguk setuju.

           "Lagipun, kita orang yakin yang kami akan lulus interview itu."jawab Chelsa pula. Senyuman bangganya itu langsung tidak lekang dari bibirnya.

           Suffieyya yang mendengarkan itu hanya tersenyum sambil menggeleng. Haha, kalaulah umi tahu apa yang jadi waktu interview tadi.

                                  WAKTU INTERVIEW

           "So, introduce yourself."kata orang atasan di syarikat itu.

Mr . Zrean M (OG)Where stories live. Discover now