"Test, test... Dengar tak?" Bicara Eiman di speaker iPhone miliknya. Dia sedang bermain game voice chat [VC] yang khas untuk malaysian yang ada di aplikasi Roblox.
"Ouh, dengar." Jawab gadis yang ditanya oleh Eiman penuh gedik. Mana taknya gedik? Abe garau kut yang tegur dan bertanya padanya tadi!
"Main apa, bro?" Tiba-tiba Ameer masuk ke 'ruangan Zrean' lalu duduk disamping Eiman yang sedang bermain Roblox di sofa hitam ruangan agam itu.
Saat Ameer menegur Eiman, Eiman tidak mute microphonenya, yang bermaksud gadis tadi boleh mendengar suara Ameer tadi.
ALAMAK! DYE BAWAK MEMBER! MEMBER DYE PUN SUARA GARAU BEB ! Gila gadis tersebut dari sebelah sana.
"Tengah main roblox!" Jawab Eiman bersama senyuman gembira dan muka yang bahagia. Macam budak first time main game.
"Waaahhhh join, join!" Teruja Ameer. Mereka berdua ini memang obses dengan aplikasi yang digelar Roblox. Eimeer (eiman dan ameer) dan Roblox berpisah tiada! (Macam author hikhik)
"Joinla cini!" Ajak Eiman.
Gadis tadi yang mendengar perbualan mereka itu hanya tergelak lucu. Siot, suara garau main Roblox. Dahtu perangai macam budak-budak pulatu.
Kedua insan itu sedang sibuk bermain voice chat di ruangan Zrean Mikhael. Mereka baru sahaja habis mengadakan mesyuarat. Selepas sahaja mesyuarat, mereka berdua terus sahaja serbu ruangan Zrean.
"Eyyo, wassup!" Sapa Ammar Zairy yang baru sahaja masuk ke ruangan tersebut.
"Waalaikumussalam." Jawab Eiman dan Ameer serentak bersama jelingan di mata mereka.
"Eh, haah lupa. Assalamualaikum." Sengih Ammar.
"Erm btw korang tengah buat apani?" Tanya Ammar.
"Ada nampak macam aku tengah meneran taik ke?" Tanya Eiman mendatar namun hanya dibalas oleh jelingan Ammar.
"Ada nampak macam aku tengah jemur kain ke?" Tanya Ameer pula.
"Hek eleh, lek ah!" Balas Ammar bersama jelingan di matanya.
Ammar memanjangkan tengkuknya untuk mengintai skrin iPhone milik Ameer. Dia ingin tahu permainan video apakah yang kedua insan tersebut sibuk bermain.
"Roblox?! NAK JOINN!!" Jerit Ammar penuh teruja.
"Join jela. Kau dah add friend kitorang kan?" Balas Ameer malas.
"Aku buat account baru. Username lama aku cringe lah!" Balas Ammar bersama tangan yang disilangkan ke dada.
"Drop username." Balas Eiman ringkas.
"DjFelda." Jawab Ammar memberikan username Robloxnya.
Eiman dan Ameer mengerutkan kening mereka kemudian saling bertatapan. "Asal pelik sangat username kau ni?" Tanya Eiman penuh tanda tanya.
"Dj? Dj apatu?" Tanya Ameer pula namun sebenarnya ada perlian di situ.
"Random je tu sebenarnya." Balas Ammar.
"Eh, kau jela add kami. Kami dah in game ni. Nanti kitorang accept." Tutur Eiman.
"Bak username." Minta Ammar.