BAB 10

8 0 0
                                    

          PUAN Hafiyah sedang memasukkan berapa helai pakaian ke dalam beg luggagenya. Setelah empat hari di hospital, hari ini Suffieyya sudah boleh pulang ke rumahnya.

           Kelihatan Suffieyya sedang termenung menghadap dinding bilik pesakit itu. Dia sudah termenung menghadap dinding sejak lima minit yang lepas lagi. Encik Irfan dan Puan Hafiyah sedar akan hal itu. Kedua pasangan itu saling membalas pandangan.

           "Aik, Miera? Kenapa monyok je muka tu? Tak happy ke dapat keluar dari hospital?" Tanya Puan Hafiyah berama muka hairan. Jarang jarang anak bongusya itu bermasam muka.

           "Eh, tak ada apa-apalah umi." Balas Suffieyya bersama senyuman tawar. Memperlihatkan jelas dari mukanya bahawa dia sedang berbohong.

            "Kamu tak payah nak tipu kami. Kami tahu Miera menipu." Balas Encik Irfran pula. Dia sangat kenal dengan anak bongsunya itu.

           Senyuman tawar Suffiyya lama kelamaan pudar. Dia tahu bahawa dia tidak pandai menipu.

      Sebenarnya, dia terfikir seseorang dan orangnya itu ialah Zrean. Ye, Zrean. Zrean Mikhael. Dia sejujurnya bingung terhadap lelaki itu. Bukannya perasan, tapi dari sikap dia terpapang jelaslah bahawa ada udang di sebalik batu.

           "Haih, baiklah kalau kamu taknak cerita. Umi taknak paksa kamu, takutnya itu urusan pribadi kamu. Tapi, kalau dah bersedia untuk cerita, ceritalah. Umi dan abah sedia mendengar." Tutur Puan Hafiyah.

            Kata kata yang keluar dari bibir Puan Hafiyah hanya dibalas dengan anggukan dari Suffieyya bersama senyuman kecil. Dia beryukur kerana mendapat seorang ibu yang memahami.

           "Oh iya, pukul dua belas nanti, kamu dah boleh balik." Encik Irfan yang sedari tadi mendiamkan diri, akhirnya bersuara juga. Sebenarnya Encik Irfan juga lebih banyak mendiamkan diri berbanding Puan Hafiyah yang lebih banyak bercakap. Asyik nak pokpek aje!

           "Baik, abah." Balas Suffieyya.

~~~•○•~~~

           "Chel." Panggil Elsa kepada adik kembarnya itu yang meja kerjanya berhadapan dengan meja kerja miliknya.

           "Hm..." Balas Chelsa malas. Matanya ralit menghala ke arah skrin komputer bersama tangannya yang sedang menekan-nekan papan kekunci komputernya.

           "Aku dengar khabar harini betina tu balik." Ujar Elsa. Siapa lagi yang dimaksudkan oleh elsa? Sudah tentulah adiknya yang paling bongus itu, Suffieyya Mierana.

           Terus terhenti tangan Chelsa yang sedari tadi menekan-nekan papan kekuci komputer.

           "Ck!" Desis Chelsa menyampah. Asal cepat sangat betina tu balik? Asal tak mampos je kat hospital tu?!

           Tiba-tiba Elsa tersenyum sinis.

           "Kau dah kenape? Cacat ke?" Tanya Chelsa. Tadi punyalah muka macam nak telan orang, tetibe senyum lak. Dah tak betul agaknya kakak aku ni.

           "Aku ada idea." Ucap Elsa tiba-tiba membuatkan riak wajak Chelsa berubah seperti ingin tahu.

           MAULANAA YA MAULANAAA~

           Tiba-tiba muncul sebuah lagu di ruangan pesakit Suffieyya. Lagu apa tu? Itu lagu ringtone milik Puan Hafiyah. Biasalah, mak-mak. Kalau ringtone mesti nasyid. HADEH!

Mr . Zrean M (OG)Where stories live. Discover now