"BILA kau nak balik?" Tanya Suffieyya bersama jelingan di matanya. Jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam tetapi jejaka di hadapannya itu masih belum ada tanda tanda ingin pulang. Ibu bapa Suffieyya ke mana? Ibu bapa Suffieyya pulang ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian Suffieyya.
"Entah." Balas Zrean acuh tak acuh sahaja. Cis!
"Ingat, kau tu suami orang. Baik kau balik sekarang, tengok-tengok bini kau kat rumah tu."
"Kenapa kau ingatkan? Ada aku kata ke aku lupa?" Balas Zrean. Ish, mamat ni! Ada aje yang nak kelua dari mulut dia tu!
"Aku just ingatkan."
"Tak payah ingatkan, aku tak lupa."
"Ikut kaulah, Zufrie." Pergh! Suffieyya dah pakai nama bapak!
"Nasib baik nama bapak aku sedap, Irfan." Balas Zrean tak mahu kalah.
1 JAM KEMUDIAN
Kelihatan Suffieyya sedang membaluti dirinya di dalam selimut sambil duduk memeluk lututnya. Matanya menghalakan ke arah iphone miliknya. Dia sedang menonton cerita hantu.
Zrean hanya duduk di kerusi sebelah katil pesakit sambil matanya menghala ke iphone mikik Suffieyya. Tangannya disilang ke dada. Eyy, comelnya budak kecik ni! Mana ada seram.
Tiba-tiba...
BAAAA!
Ada jumpscare.
"AAAHH!!" Jerit Suffieyya nyaring. Melompat tubuhnya kerana terkejut. Terus dia baring meniarap di atas katil pesakit tersebut. Dah taknak tengok.
Zrean hanya menunjukkan reaksi biasa melihat jumpscare tadi. Apa yang seramnya? Melebar senyuman Zrean melihat tingkah comel Suffieyya itu. Eisy, dia ni! Aku goreng karang! Comel sangat ni asal?! Geget kang!
Zrean dengan pekanya, mengambil iphone milik Suffieyya yang berada di atas meja itu lalu ditutupnya. Iphone diberikan kepada Suffieyya.
"Lain kali, kalau tak berani, jangan tengok. Kalau kalau heart attack nanti? Kan dah susah. Itulah kau, kau yang beria ajak aku tengok cerita hantu, kau yang takut. Sampai nangis nampak?" Ejek Zrean. Dia hanya melihat Suffieyya yang sedang menangis akibat terkejut. Senyumannya berusaha ditahan.
"Hiks... hikss.. takutt"
Zrean mencapai kotak tisu yang berada di atas meja lalu diambilnya sehelai. Sehelai tisu dihulur pada Suffieyya.
"Ambil ni, lap air mata dengan hingus kau tu. Eee, tak malu! Sampai berhingus!" Perli Zrean. Sempat dia mentertawakan Suffieyya.
"Ish, diam ah!"
Zrean melepaskan tawa besarnya.
TING!
Kedengaran ada suara notifikasi dari iphone milik Zrean. Terus dia mencapai iphonenya yang berada di kocek seluar.
Baby ♡
'Abang...'
