BAB 7

5 0 0
                                    

          "ABANGG, jomlah balikk... baby bosanlah duduk sini lama-lama... bukannya ada apa pun.." Rengek Ericka bersama suara yang dikepitkan. Dia sedang duduk di sofa empuk di ruangan itu.

          Mirzea mengangguk setuju bersama mulut yang dimuncungkan. Ingat comel ah tu? Mintak penampaq tahu tak? Kang aku bagi kaki, bersepai gigi.

          Terus Zrean mengerling jam di pergelangan tangannya. Baru pukul 3:30. Takkan dia sudah perlu balik?

          "Sorry baby, honey. Masih awal lah. Takkan lah abang dah kena balik?" Balas Zrean.

          Ericka dan Mirzea yang mendengarkan itu terus membuat muka minta kaki. "Ih abang ni! Abang kan CEO kat sini? So it's okay la kalau abang nak balik awal sekalipun." Ericka sudah meninggikan sedikit suaranya.

          "Lower your voice, Ericka Riefha." Zrean sudah memanggil nama penuh, berarti dia sedang sirius.

          "Sorry abang, but boleh kan kita balik sekarang?" Tanya Eircka.

          Elissa yang duduk di sebelah kanan Ericka hanya mendiamkan diri sambil scroll instagram di iphone miliknya. Tetapi, telinganya masih ralit mendengar.

          "Bolehla abang... Honey dan baby dah bosan lah di sinii.." Kini, Mirzea pula memujuk.

          Zrean menghembus nafas beratnya. "Fine." Jawab Zrean sepatah.

          "YEAY!" Jerit Ericka dan Mirzea serentak.

          "Tapi, kita duduk rumah aje. Walaupun abang tak pergi kerja, tapi abang kenalah buat kerja di rumah juga." Ujar Zrean tiba-tiba membuat muka ceria Ericka dan Mirzea bertukar menjadi masam kembali.

           "Kalau macamtu, baik tak payah!" Gumam Mirzea perlahan.

           "I'm listening, honey." Tutur Zrean kepada isteri keduanya itu.

          "I know." Balas Mirzea.

          "Let's go, sayang. Baby and honey ajak balik." Ajak Zrean kepada Elissa, isteri ketiganya itu.

          "Okay." Balas Elissa sepatah sebelum dia mengikuti langkah Zrean dan madunya yang lajn ke arah lift.

          Sebaik saja mereka tiba di lobby, terus mereka menuju ke kawasan parking.

          "Abang, kitorang balik dengan abang ye..." Tutur Ericka kepada Zrean.

          "Aik, habistu tadi korang datang naik apa?" Tanya Zrean hairan.

           "Kitaorang naik kereta honey, honey yang drive. Tapi waktu kitorang datang, kitorang suruh bodyguard ikut dari belakang sebab nanti bila kitorang dah sampai sini, bodyguard bawak kereta honey balik lagi. Sebab kitorang nak balik dengan abang." Terang Mirzea panjang lebar.

           Zrean mengangguk faham mendengarkan penjelasan isteri keduanya itu.

           "Dah, jom balik." Ajak Zrean. Dia menuju masuk ke dalam seat pemandu Porsche Taycan 4S miliknya. Ericka menuju masuk ke seat sebelah pemandu, Mirzea duduk di seat belakang belah kanan, belakang seat Zrean manakala Elissa di sebelah Mirzea, iaitu seat belakang Ericka.

          Porsche Taycan 4S milik Zrean bergerak laju meninggalkan kawasan parking.

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN

          Porsche Taycan 4S milik Zrean memasuki garaj di sebuah rumah agam. Besar norks!

          Terdapat banyak kereta mewah di garaj besar itu. Bermula dari brand Audi, Porsche, BMW, Lamborghini, Ferrari, McLaren, Mercedes, Bugatti, Lexus, Bentley, dan banyak lagi!

           Keluarga itu memasuki ke dalam rumah agam itu sebelum mereka duduk di sofa empuk rumah itu.

          "Mana Eikha?" Tanya Zrean tiba-tiba. Eikha, atau nama panjangnya Eikha Zree. Anak Zrean dan Ericka, isteri pertamanya. Itu ialah satu-satunya anak mereka di keluarga itu.

          "Ohh, tadi sebelum baby datang office abang, baby hantar Eikha kat rumah mummy." Jawab Ericka.

           "So, baby tak ambik dia lagi dari rumah mummy?" Tanya Zrean.

           "Hehe, lupalah abang..." Sengih Ericka.

           Zrean menggeleng perlahan sebelum dia tiba-tiba bangun dari duduknya. "Biar abang pergi ambik." Ujar Zrean.

           "Eh, tak apalah abang, biar Ericka yang pergi ambik. Abang kan nak siapkan assignment abang." Ericka menolak.

           "Okay. Hati-hati." Pesan Zrean.

           Ericka hanya mengangguk sebelum dia mengambil kunci keretanya di tempat penggantung kunci di belakang pintu masuk. Terus dia menuju ke arah BMW M3 miliknya.

           Ericka memasuki ke arah seat pemandu sebelum BMW M3 miliknya meluncur laju di atas jalan raya.

SEMENTARA ITU, SUFFIEYYA

           Kelihatan Suffieyya sedang duduk bercangkung di hadapan pintu masuk banggunan itu. Sudah jam untuk dia pulang kerumah tapi, seperti yang Zrean kata, dia akan menghantarnya pulang. Jadi, dia tunggu lelaki itu di hadapan pintu banggunan agam itu. Dia tidak tahu bahawa lelaki itu sudah pulang ke rumah tadi.

           "Dah setengah jam aku tunggu dia kat sini, mana mamat tu pergi? Dahlah dah mendung ni..." Bebel Suffieyya sendiri.

          Tiba-tiba...

          Tiba-tiba hujan mula turun membasahi bumi. Lebat pula tu!

           "Huwaaa, mana dia ni? Dah hujan lebat ni! Ah, aku lari ajelah. Bialah jauh pun asalkan balik!" Suffieyya berlari terkedek kedek di tepi jalan.

            Ericka tidak memasang lampu keretanya kerana egonya. Dia melihat lampu isyarat sudah merah.

            "Ah, sempat ni. Bukannya ada orang pun." Ericka dengan egonya, menekan minyaknya hingga BMW M3 nya bergerak sangat laju.

          Dan...

          BANG!

          BMW M3 milik Ericka melanggar kuat tubuh Suffieyya yang sedang melintas jalan.

          "A-alamak! Si-siapa pula aku langgar ni?" Bergetar suara Ericka kerana takut.

          Terpelanting jauh tubuh Suffieyya kerana kelajuan kereta BMW M3 milik Ericka sangat laju.

           Tanpa berfikir apa-apa, terus Ericka menekan pedal minyak dan berlalu pergi dengan kelajuan yang sangat laju. Langgar lari.

          "To-tolong..." Suffieyya berusaha meminta tolong, namun hampa. Itu private road, tidak ramai orang.

           Setelah beberapa minit, barulah tubuh Suffieyya dikelilingi ramai orang. Mereka sudah menghubungi ambulance dan ambulance akan datang segera.

          Dengan perlahan, mata Suffieyya tertutup.

Mr . Zrean M (OG)Where stories live. Discover now