BAB 5

12 0 0
                                    

          SUFFIEYYA sedang menyusun barangnya yang bersepah di atas meja. Sudah jam empat petang, dia harus pulang segera memandangkan rumahnya agak jauh dari tempatnya kerjanya.

           "Miss Suffieyya." Tiba-tiba ada satu suara garau memanggil namanya. Terus Suffieyya menoleh ke belakang dan kelihatan Zulhaikhal sedang tepat memandang ke arahnya.

            "Ah, yes?" Tanya Suffieyya dengan muka bingung. Jarang dia melihat Zulhaikhal memasuki ruangan untuk pekerja bawahan sepertinya. Kalau dia masuk pun, hanya kerana ada hal penting sahaja.

            "Nak balik dah ke?" Tanya Zulhaikhal.

            Suffieyya memandang pelik ke arah Zulhaikhal. Boleh cakap melayu rupanya mamat ni. Ingatkan nama aje melayu. Kerana mukanya itu ada mix melayu dan omputeh sikit.

            "Ah, haah. Nak balik dah, kenapa ye? Kalau ada hal, tak apa. Saya rasa sempat kut settlekan sekarang." Balas Suffieyya.

            "Please go to the Young Master's room." Arah Zulhaikhal.

            "Hah? Kenapa ye?" Dah kenapa pula dia kena berjumpa dengan tuan muda? Dia ada buat salah ke?

             "Tak tahu, Tuan Muda hanya mengarahkan saya untuk memanggil puan supaya ke biliknya. Okeylah, saya balik dulu, puan." Zulhaikhal meminta izin.

             Suffieyya hanya memberikan senyuman manis kepada Zulhaikhal sebelum dia melangkah menuju ke lift.

              Semasa berjalan menuju ke lift, tiba-tiba Suffieyya terserempak bersama kedua kakaknya itu.

            "Aik? Asal kau kat sini lagi? Tak masuk kereta ke? Kang aku tinggal kang." Ujar Elsa. Bermula dari hari ini, mereka adik beradik perlu pergi dan pulang bersama menaiki kereta Bezza milik Elsa. Ini adalah arahan dari Puan Hafiyah. Biar senang katanya.

            "Korang masuklah kereta dulu, aku kena panggil ke bilik tuan muda." Balas Suffieyya. Membulat mata pasangan kembar itu sebaik saja perkataan 'tuan muda' melucur keluar dari mulut Suffieyya. Kenapa dia kena panggil dengan young master?

             "Tak payahlah pergi, kau sebenarnya nak menggatal ajekan? Dah, jom balik!" Arah Elsa. Sejujurnya, dia tidak suka apabila Suffieyya dekat-dekat dengan tuan muda mereka itu kerana Elsa menyukai pada jejaka bernama Zrean Mikhael itu. Begitu juga dengan Chelsa.

            "Tapi kak, ini penting." Balas Suffieyya. Kenapa Elsa melarang dia berjumpa dengan Zrean?

             "Apa yang pentingnya? Menggatal? Balik!" Arah Elsa tegas.

             "Akak masuklah kereta dulu, nanti Miera datang balik lah." Suffieyya masih dengan egonya.

             Terus Suffieyya mengorak langkah ke arah lift tanpa menunggu jawapan dari kedua kakaknya itu.

             "Woi, aku kata jangan pergi kan?!" Jerit Elsa kuat, namun Suffieyya tidak mengendahkan saja jeritan dari kakak nya itu dan mekanjutkan langkahnya.

            "Eee, degilnya dia tu! Dahla weh, kita tinggal aje! Pandai pandailah dia order grab nanti!" Chelsa yang daritadi mendiamkan diri, tiba-tiba bersuara.

             Terus kedua pasangan kembar itu melangkah menuju ke arah kawasan parkir sebelum mereka berdua memasuki kerata Bezza milik Elsa.

             "Eh, tapi kau memang nak tinggal bebetul ke? Macam mana nanti kalau umi tanya anak kesayangan dia tu pergi mana?" Tanya Elsa sebelum memegang stereng kereta.

Mr . Zrean M (OG)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang