"ANGAH, makanlah..." Kedengaran suara Puan Hafiyah sedang memujuk anak keduanya itu untuk makan di bilik si kembar. Chelsa sedang demam, dan dia langsung tidak berselera untuk makan. Lagi-lagi bila dapat tahu yang semalam adik bongsunya itu pulang dari hospital bersama jejaka yang disukainya itu, Zrean.
Haa, padan muka! Haritu pura-pura sakit, kan dah sakit bebetul! Mati je terus. Kau dalam cerita aku ni cuma jadi orang ketiga je dangan kakak kembar kau tu!
Suffieyya sedang melangkah ingin ke bilik tidurnya. Tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik sahaja mendengar seperti suara uminya di dalam bilik kedua kakaknya.
Terus Suffieyya memulas tombol pintu tersebut dan melangkah ke arah tiga makhluk yang berada di bilik tidur tersebut. Uminya, Elsa dan Chelsa.
"Kenapa ni?" Tanya Suffieyya ingin tahu. Dia mengambil tempat duduk di kerusi meja meakup milik Elsa, namun kerusinya dihalakan ke arah tiga makhluk itu.
"Chel ni, ha. Dia daritadi taknak makan. Nanti dia kena makan ubat." Cerita Puan Hafiyah. Chelsa kalau sudah demam, memang banyak songeh macam mak-mak mengandung!
"Kak Chel kenapa taknak makan?" Tanya Suffieyya prihatin.
"Aku tak selera makan lah!" Balas Chelsa ringkas.
"Tapi kan nanti kak Chel kena makan ubat?" Balas Suffieyya lagi
"Kan aku dah kata, aku tak selera makan! Kau jangan nak paksa aku boleh tak?!" Balas Chelsa lagi.
Suffieyya melepaskan nafas beratnya sebelum satu soalan melucur keluar dari bibir peach milik Suffieyya.
"Okay, kak Chelsa nak makan apa? Nanti adik buatkan. Kak chelsa ada craving apa-apa ke?" Tanya Suffieyya lembut sambil tangannya diletakkan di atas bahu kakak keduanya lalu diusapnya lembut.
Chelsa yang mendengar soalan prihatin dari adiknya itu hanya tersenyum sinis. Inilah peluangnya ingin mengenakan adik tak guna dia itu!
"Aku craving spaghetti dengan sos baru prego tu." Ujar Chelsa sambil tangannya disilangkan ke dada.
"Hah? Tapi, itukan susah nak cari..." Suffieyya tidak yakin bahawa dia dapat menunaikan permintaan kakaknya itu.
"Kalau macam itu, aku taknak makan!" Chelsa sudah mula mengugut.
"Huftt, okay fine." Balas Suffieyya. Demi kakaknya itu makan ubat.
Chelsa hanya membalas dengan senyuman sinis. Heh, selamat mencari~
~•°○●○°•~
Suffieyya memarkir Myvi Kingnya di pasaraya Aeon. Dia memutuskan untuk mencari sos prego di pasaraya Aeon saja kerana itulah pasaraya yang paling dekat dengan rumahnya
Suffieyya melangkah keluar dari Myvi Kingnya sebelum dia mengorak langkah ke arah pintu masuk pasaraya tersebut.
Sesampainya di tempat jualan bahan masakan kering, dia langsung mencari makanan yang dicarinya itu.
Setelah hampir 10 minit mencari, akhirnya langkahnya berhenti apabila barang yang dicarinya telah dijumpanya.
Membulat mata Suffieyya bersama senyuman lebar apabila dia menjumpai barang yang dia cari carikan itu. Weh, first try kut! Kau ade? Sos ni susah nak cari, tahu!
