BAB 4

11 0 0
                                    

           "HUHH..."Suffieyya merebahkan tubuhnya di katil. Dia baru sahaja pulang dari kerjanya. Tetapi, dia tidak pulang bersama kedua kakak kembarnya memandangkan itu adalah hari pertama kedua kakaknya itu bekerja di syarikat itu, jadi mereka berdua pulang sedikit lambat. Sempat juga Suffieyya memberitahu kepada kedua kakaknya bahawa dia akan pulang ke rumah terlebih dahulu.

           TING!

           Tiba-tiba, iphone miliknya berbunyi. Terus dia mengambil iphone miliknya lalu aplikasi WhatsApp dibuka. Aisyah.

           Aisy ♡

           Weh

           Esok pakai baju kemeja putih dan seluar bebas tau! Tak kisah seluar apa-apa, janji seluar! Bukan kain, bukan skirt. Dan wajib warna hitam!

           Mengecil mata Suffieyya selepas membaca mesej dari kawan baiknya itu.

Miera ♡             

Kenapa pula? Esok ada apa-apa ke?  

            Aisy ♡ 

           Yaa, esok CEO company kita nak datang. Dia nak berjumpa dengan semua pekerja baharu. Kau lah kan? Memang setiap kali Tuan Muda nak datang, kita semua kena pakai kemeja putih yang di tuck-in dalam seluar hitam. Inilah peluang kau nak berjumpa dengan Tuan Muda! Dia handsome tau! Tapi sayang, dah berbini. Tiga pulak tu hahaha! Oh iya, just reminds. cameras are not allowed okay!

           Mesej panjang dari sahabatnya itu hanya diread sebelum dia mencampakkan iphone miliknya di sebelahnya. Matanya perlahan-lahan dipejam.

           Aisyah yang sedar bahawa mesejnya hanya bluetick, memusingkan bola matanya ke atas. Dasar! Penat-penat aku bagi kau long text, kau seen aje?!

            Next day, 9:30 a.m           

            Kelihatan semua karyawan sedang berdiri berbaris di sebelah karpet merah di lobby. Semua karyawan akan menyambut kehadiran Tuan muda mereka. Tuan muda itu ialah gelaran bagi CEO mereka.

            Sebuah Audi R8 terpakir tepat di hadapan pintu masuk lobby. Pergh! Audi siot! Aku pun pakai Myvi King aje pergi kerja.

            Satu kaki panjang melangkah keluar dari Audi R8 itu sebelum seorang jejaka keluar dari pintu pemandu. Semua pekerja wanita sudah membetulkan pakaian mereka kecuali Suffieyya. Kecuali Suffieyya sahaja? Maksudnya, Aisyah pun samalah? Ya, Aisyah pun sama. Gedik! Dah ada boyfriend pun gedik!

           Jejaka tampan itu eh bukan! Bukan tampan mahupun sangat tampan, tapi terlebih tampan. Okey sambung, seorang jejaka yang TERLEBIH tampan itu berjalan di atas karpet merah dengan wajah beku diikuti Zulhaikhal di belakang. Yalah, orang kanan kan?

            Tiba-tiba Zulhaikhal berhenti dari langkahnya. Namun, lelaki TERLEBIH tampan itu hanya menyambung langkahnya menuju ke lift berwarna emas iaitu lift VIP di syarikat itu.

           "All new hires, please follow us to the young master's room." Tiba-tiba Zulhaikhal bersuara. Suffieyya yang mendengarkan itu, terus mengikuti pekerja baharu yang lain untuk ke bilik tuan muda. Mana kedua kakak Suffieyya? Heh, merekalah yang paling depan mengikuti langkah lelaki tinggi lampai dan orang kanannya itu. Gedik! Nampak lelaki handsome je, terus rambang mata tu!

Mr . Zrean M (OG)Where stories live. Discover now