BAB 17

5 0 0
                                        

           "Huh, siap pun." Lenguh Aisyah sambil merenggangkan badannya yang terasa lenguh akibat sudah hampir 5 jam dia duduk di kerusi kerjanya untuk menyiapkan assignmentnya.

           "Siap dah, Aisy?" Tanya Suffieyya sambil menyiapkan assignmentnya. Miliknya masih belum selesai.

           "Hehe, Alhamdulillah lah dah siap!" Balas Aisyah dengan senyuman yang lebar. Dia lega tugasannya sudah selesai.

            "Untungla, aku punya belum siap ni." Ujar Suffieyya langsung tidak menghalakan kepalanya mahupun bola matanya ke arah Aisyah. Dia begitu peka membuat tugasannya.

             "Takpe, kau kena semangat!" Aisyah memberi dorongan kepada Suffieyya.

              Suffieyya Mierana hanya memberi senyuman manis ke arah Aisyah.

             Aisyah memasukkan segala barangannya iaitu laptop, telefon bimbitnya, kotak pensel, dan masih banyak lagi ke dalam beg laptopnya. Dia lalu mendorong fail hitam yang diisi dengan tugasan yang dibuatnya tadi ke sudut meja kerjanya.

             "Aik, kau tak hantar fail tu kat youngmaster ke?" Tanya Suffieyya apabila sedar akan hal itu.

             "Tak lah, youngmaster kan tak datang?" Balas Aisyah

             Suffieyya sedar akan hal itu. Ye tak ye juga. Pagi tadi baru je membe tu bagitahu aku.

            "Tapi kan boleh kasi kat orang atasa yang lain? Tuan Zul kan ada?" Suffieyya mengerutkan keningnya.

            "Kau tak tahu ke? Orang atasan kan hari ni semua tak hadir." Bicara Aisyah.

            Suffieyya terdiam seketika. Lah patut lah ku tak nampak seekor pun orang atasan hari ni.

            "Kalau youngmaster yang tak datang tu dah biasa dah sebab orang tua tu memang malas pergi kerja. Tapi yang lain tu. Eiman, Ammar, Ameer, Omar, Umar, lagi-lagi Zul. Diaorang jarang sangat tak hadir. Eh, tapi youngmaster sejak ni selalu datang kerja juga, kan? Sejak employee baru masuk, dia hari-hari datang!" Celoteh Aisyah kepada Suffieyya.

             Suffieyya terlihat tekun mendengar segala celetohan sahabatnya itu.

             "Apa sebab diaorang tak datang?" Tanya Suffieyya kepada sahabatnya.

             "Itu aku tak tahu lah. Maybe diaorang ada meeting? Eh, tapi biasanya kalau ada meeting sekalipun, limit sampai tiga orang je pergi. Ada meeting penting ke? Tapi takkan lah sampai semua orang ikut sekali?" Teka Aisyah.

             "Hm, entahlah. Malas aku nak fikir. Okeylah, aku gerak dulu tau! Hati-hati ya. Sorry tak boleh nak teman kau. Aku nak call dengan my baby boo Haziq! Hehehe..." Lanjut Aisyah.

             Suffieyya hanya tersenyum nipis mendengarkan itu. "Takpe, aku faham. Pergi lah call dengan 'baby boo' kau tu." Ujar Suffieyya. Sengaja dia menekan perkataan 'baby boo' itu untuk mengejek sahabatnya.

             "Okeylah, babay sayangkuu~" Aisyah melambai tangannya sebelum kelibatnya hilang dari pandangan Suffieyya Mierana.

             Suffieyya hanya menggelengkan kepalanya sebelum melanjutkan kerjanya.

             30 minit pun berlalu, dan akhirnya Suffieyya sudah menyiapkan tugasannya.

             "Huft, akhirnya..." Suffieyya merenggangkan badannya sebelum dia mengemas segala barangannya.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Nov 29, 2024 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Mr . Zrean M (OG)Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora