BAB 6

8 0 0
                                    

          SUFFIEYYA melangkah keluar dari pintu utama rumah keluarga kecilnya sebelum kelibat kereta Bezza berwarna maroon dicari. Kosong. Adakah dia ditinggal lagi oleh kakak kembarnya seperti semalam? Kerana sejak semalam lagi, saat dia dihantar pulang oleh Zrean, hubungannya bersama kedua kakaknya itu kurang baik.

          Suffieyya menghembuskan nafas berat sebelum dia mekangkah kembali ke dalam rumah keluarga kecilnya sebelum dia melangkah ke bilik tidurnya.

          Dia mencari kunci kereta Myvi Kingnya di tempat penggantung kunci. Tak ada. Di meja soleknya juga tidak ada. Di meja sebelah katil dan di atas katil juga tidak ada. Aduh, mana pula kunci kereta dia ni?

          "Umi!" Jerit Suffieyya sambil berlari terkedek kedek ke arah uminya. Biasanya, kalau bab mencari ni, uminya itulah yang paling power! Biasalah, mak-mak.

          "Yaa." Jawab Puan Hafiyah sepatah. Kelihatan Puan Hafiyah sedang duduk bersila di atas lantai sambil melipat baju.

          "Umi ada nampak tak kunci kereta adik?" Tanya Suffieyya. Soalannya tadi hanya dibalas dengan gelengan Puan Hafiyah.

          Aduh, mana pula kunci keretanya itu pergi?

          Jam dikerling. Dia sudah sangat terlambat! Rasanya, tidak sempat untuk dia pergi ke syarikat itu. Tapi, mahu tak mahu, dia perlu pergi juga. Ini bukan sekolah yang kita boleh ponteng sesuka hati.

          Suffieyya kemudian melangkah keluar ke luar rumah semula. Dia berdiri betul-betul di hadapan halaman rumahnya. Iphone miliknya diambil dari handbag warna cream miliknya. Dia harus mencari grab! Lantaklah kalau mahal sekalipun, dia perlu pergi ke kerja juga!

          Baru sahaja dia ingin membuka password iphonenya, terhenti seketika perbuatannya apabila tiba-tiba muncul sebuah kereta Porsche Taycan 4S betul betul terparkir di hadapan halaman rumahnya sebelum tingkap di seat sebelah pemandu terbuka

          Zrean Mikhael.

          "Tu-tuan? Tuan buat apa kat sini?" Tanya Suffieyya.

          "Get in." Arah Zrean mendatar.

          Tanpa membuang masa, terus sahaja Suffieya membuka pintu sebelah pemandu sebelum dia meluru masuk dan duduk di situ.

          "Tuan buat apa di sini?" Tanya Suffieyya

          "Berak." Jawab Zrean sengaja.

          "Ish, bebetul lah!" Suffieyya sudah menjeling. Jelingan Suffieyya tadi hanya mengundang ketawa kecil Zrean.

          "Aku nak ambik kau." Jawab Zrean jujur.

          "Hah? Ambik saya? Buat apa?" Tanya Suffieyya tidak faham.

          "Memandangkan rumah kau jauh dari tempat kerja, jadi mulai harini biar aku yang hantar kau pergi dan balik. Aku akan pastikan kau balik dengan selamat." Terang Zrean.

          "Ingat bini kat rumah tuan." Selamba Suffieyya.

          "Apa salahnya membantu?"

          "Masalahnye tuan dah ada bini, nanti apa kata orang orang?"

          "Aku cuma membantu, bukannya skandalkan kau." Zrean masih tidak mahu kalah.

          "Zrean. Kau ada bini, kau kenalah jaga hati bini kau. Tiga kut bini kau! Kahwinkan anak orang boleh, jaga hati diaorang takboleh pula. Tulah, tamak lagi. Beria nak kahwin tiga tapi tak reti jaga."

          "Jaga mulut kau, Suffieyya Mierana. Mana bahasa sopan kau? Mana perkataan 'tuan' kau?"

          "Kau sendiri yang kata, guna perkataan 'tuan' bila waktu kerja sahaja."

Mr . Zrean M (OG)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora