chapter 1

2.3K 34 5
                                    

aku duduk di kerusi menunggu. keadaan di emergency zone amatlah huru hara. aku memandang kearah kedua belah tanganku yang sudah berbalut dengan bandage itu.

aku mengeluh dan mengesatkan air mataku. titis demi titis darahku mengalir keluar dari balutan bandage itu. kepalaku terasa begitu sakit. mungkin, sebab aku kehilangan banyak darah.

apabila aku lihat semula darah yang menitis pada tanganku, kepalaku segera mengingati perkara buruk yang pernah berlaku kepadaku.

"airis", sapa satu suara yang amat aku kenali.

aku mendongak dan memandang wajah gadis yang berada dihadapanku itu. pipinya basah dengan air mata. tubuhku segera didekap erat sekali.

"aku bersyukur kau selamat, aku risau dengan kau airis. apa aku nak jawab dekat boss nanti?", soal sarah, yang merupakan rakan sekerjaku.

aku tidak dapat memberikan sebarang respon. aku terdiam sahaja. kepalaku terasa begitu bising. setiap ingatan yang menyapa fikiranku itu telah membuatkan aku terganggu.

"airis? kau okay tak ni?", soal sarah lagi. bahuku dipegang lembut. wajahku dipandang.

badanku menggigil. mulutku tidak mampu untuk berkata kata.

dahiku dipegang. sarah memeriksa keadaanku sekilas lalu memeluk erat tubuhku lagi.

"its okay airis, kau selamat dah okay?", ujar sarah dengan lembut. belakangku ditepuk perlahan lahan.

"airis catherine?", sapa satu suara lagi.

aku mengangguk lalu segera meleraikan pelukan yang diberikan oleh sarah itu. aku memandang kearah seorang gadis yang berdiri dihadapan aku ini.

gadis itu menunjukkan identity cardnya kepadaku.

"saya kayra areena, dari unit siasatan jenayah"..

aku tak dengar apa yang dia katakan kepadaku. suara dia bergema dalam pendengaranku. aku segera berdiri dan beredar dari kawasan itu. segala percakapan orang disekelilingku kedengaran samar samar dan bergema juga.

"airis!! kau nak pergi mana?", jerit sarah dari belakang.

aku mempercepatkan lagi langkahku. aku taknak berjumpa dengan sesiapa buat masa ini. tiba tiba, tubuhku terlanggar seseorang membuatkan aku hilang imbangan. kepalaku terhantuk pada hujung kerusi menunggu itu.

pandanganku mulai kabur.

"airis!! kau kenapa ni? kau okay tak?", soal sarah sebaik sahaja berada dekat denganku.

mataku tertutup rapat. segala bunyi yang terhasil di ruangan zone kecemasan itu semakin lama semakin pudar pada pendengaranku.

kenapa aku taknak jumpa sesiapa pada masa ini? atau... kenapa aku larikan diri dari masalah? tak, aku bukan larikan diri, tapi keadaan yang memaksa diriku.

ada perkara yang tak selesai lagi disini. ya, memang ada. antara kita, kayra areena.





"DIA memang selalu macamni ke?"..

"sometimes, tapi jarang berlaku yang macamni"..

"berapa kali juga pernah berlaku macamni?"..

"itu saya pun tak sure, sebab saya pun baru aje kenal airis ni masa bekerja dua bulan lepas, maybe awak boleh tanya dia nanti"..

aku hanya mendengar perbualan antara kayra dan sarah ditepi pintu bilik ward itu. aku cuba untuk menggerakkan lenganku namun agak sukar. dengan kecederaan yang ada pada tanganku ini, membuatkan pergerakkanku terhad.

"uhm, ni card saya, nanti kalau airis dah okay boleh suruh dia call saya dan buat appointment lah. saya mahukan keterangan dia dalam keadaan segera", ujar kayra.

My Stupid Girlfriend [gxg]✅Where stories live. Discover now