"test test, 1 2 3, test mic 1 2 3", ujar najihah yang menjadi emcee untuk pameran stem itu.
ramai pelajar yang berpusu pusu masuk ke dalam dewan untuk melihat pelbagai jenis permainan dan pameran disitu.
harini merupakan hari sukan dan stem maka, para pelajar bebas untuk melakukan apa apa sahaja. disebalik pameran stem yang sedang berlangsung di dewan, ada juga aktiviti sukan yang berlangsung di padang sekolah tersebut.
"cepat lah nadira, manatau kayra ada buka booth dekat pameran ni!!", ujar airis dengan teruja sekali. dia menarik lembut tangan nadira untuk masuk kedalam dewan.
"sabar airis, aku tau la kau excited nak jumpa dengan kayra", ujar nadira dengan terpaksanya.
sebaik sahaja masuk kedalam dewan, airis melilau kesekelilingnya untuk mencari kayra. tiba tiba, matanya tertumpu kearah gadis yang dicari cari oelhnya itu.
kelihatan kayra sedang mengambil gambar sekumpulan pelajar di booth sains tersebut. dia terpaku melihat gerak geri kayra yang cool itu.
"haa tercegat kat situ, taknak tegur ke?", usik nadira.
"takpelah, dia nampak busy", ujar airis sambil melihat kayra dari jauh.
"nadira", panggil satu suara dari belakangnya. nadira menoleh kearah suara tersebut. airis pun turut menoleh.
kelihatan najihah mendekati mereka. najihah ni kenal nadira ke?
"korang free ke?", soal najihah secara tiba tiba.
"saya tak free sebab kejap lagi ada acara larian 400 meter", balas nadira. dia beralih pandangan kearah airis.
"budak ni free, 24 jam free", ujar nadira sambil tersengih.
"rajin tak?", soal najihah.
"rajin apa ni?", soal airis dengan keliru.
"actually saya jadi emcee untuk pameran ni, at the same time saya jadi exco jurugambar juga. boleh tak jadi exco jurugambar? pass kemasukan dan camera saya sediakan", ujar najihah.
"uh- tapi saya tak reti la", ujar airis sambil menggaru garu kepalanya.
"tu takpe, kayra boleh ajar", jelas najihah sambil mengenyitkan matanya.
uish, peluang ni. dapatlah dia berkomunikasi dengan kayra dengan lebih mendalam lagi.
"tunggu apa lagi airis, ni la masanya untuk kau menyerlah", ujar nadira dengan semangat sekali.
airis tersenyum. kalau bukan sekarang, bila lagi kan?
"okay, boleh", ujarnya.
"nicee, awak approach lah kayra. tanya apa yang patut okay? pass keluar masuk pun ada dekat dia", ujar najihah sambil menepuk bahu airis.
airis mengangguk lalu beredar dari situ. dia segera menuju kearah kayra yang masih sibuk melihat gambar yang telah ditangkap didalam camera itu.
"rasa rasanya jadi tak kalini?", soal nadira sambil memandang najihah.
"entah, si kayra tu ego sikit. tapi, harapnya berjaya kalini", balas najihah.
nadira tertawa.
"biasalah tu, jual mahal sikit", ujarnya. mereka hanya melihat saja gerak geri airis dari jauh.
"hi, kayra", sapa airis.
kayra menoleh kearah airis.
"ya? ada apa?", soalnya.
"saya nak jadi exco jurugambar, ganti akak najihah", ujar airis.
kayra segera memandang kearah najihah yang berada tidak jauh dari situ. kelihatan najihah membuat isyarat goodluck kepadanya. haih memang dah plan la ni.
YOU ARE READING
My Stupid Girlfriend [gxg]✅
Roman d'amour[COMPLETE] macam biasa, author tak pandai buat description warning!! gxg content, read at ur own risk!!