chapter 11

628 25 14
                                    

8 tahun lepas...


"apa aku buat ni najihah?? aku ni bodohla", ujar kayra sambil menepuk dahinya.

"kau memang bodoh, terlalu terbawa dengan perasaan sendiri sampai tak fikirkan airis lagi", ujar najihah.

kayra mengeluh.

"sekarang masa apa?", soalnya.

"english", balas najihah.

"kalau miss sampai cakap aku food poisoning. aku nak minta maaf dekat airis", ujar kayra lalu berlari menuju ke tangga dihujung blocknya itu. langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat suasana yang hening di tangga itu.

beberapa orang guru sedang meredakan keadaan. bergaduh ke apa ni? kayra hendak melangkah kehadapan namun ditahan oleh seorang guru.

"kayra, tolong saya kawal keadaan disini", ujar cikgu tersebut.

"apa jadi ni cikgu?", soal kayra. dia terkedu melihat darah yang ada pada lantai tangga itu.

"ada kemalangan sikit tadi. student tu dah dihantar ke hospital", jelas cikgu itu.

kayra melilau keadaan sekeliling. dia sempat mencuri pandang kearah kelas 4 Raven itu. dia mencari kelibat airis didalam itu namun tiada.

dia berharap pelajar yang dikejarkan ke hospital itu bukanlah airis.

"kayra", panggil nadira dalam kelompok yang ramai itu. dia mencuba sedaya upaya untuk mendekati tubuh kayra yang berdiri tegak di tengah tengah tempat kejadian itu.

"nadira, airis mana?", soal kayra. kedua belah bahu nadira dipegang. kelihatan mata nadira berair.

nadira hanya mendiamkan dirinya.

"nadira, talk something. mana airis???", soal kayra untuk kali kedua.

"airis...d-dia...c-ce-cedera", ujar nadira sambil teresak esak.

"mana? kenapa? m-mana dia nadira?", soal kayra sambil menggoncangkan badan nadira.

"t-taktau...tadi cikgu bawa dia", ujar nadira.

kayra merasakan dunianya begitu berat ketika ini. mungkin, itu salahnya kerana berbuat sedemikian terhadap airis. mungkin, dia harus mendengar dahulu penjelasan airis dan tidak meninggalkannya begitu sahaja.

dia bergerak menuruni tangga block b itu. panggilan demi panggilan tidak dihiraukan. dia merasakan penyesalan kerana terlalu mengikut perasaan sendiri.

end flashbackk...







"bayangkan sejak saya tau awak cedera tu, saya cari awak kat hospital. masa saya balik dari kelas, tapi awak takda. katanya awak dah discharge. saya contact nadira tapi nadira no response. saya buntu nak tau keadaan awak macam mana", jelas kayra. dia mengesatkan air matanya.

airis hanya diam dan mendengar sahaja penjelasan daripada kayra.

"the day after that, saya tunggu nadira datang sekolah. tapi classmate awak cakap, nadira pindah and awak berhenti sekolah", ujar kayra lagi.

"its been 8 years since the day i left you, and 8 tahun tu jugak, saya berusaha keras mencari awak", tambah kayra.

"sebabtu awak jadi inspector?", soal airis yang ingin tahu.

kayra mengangguk perlahan sambil tersenyum tawar.

"saya tak sempat lagi nak cakap yang saya suka awak pada masatu, so i just want you to know that i like you airis catherine, until now, the feeling is still the same", jelasnya.

airis hanya mendiamkan dirinya. dia hanya menghadam satu per satu ayat yang keluar dari mulut kayra itu. masing masing mendiamkan diri.

"saya nak tidur", ujar airis yang akhirnya bersuara.

dia bangun dari duduknya dan beredar dari situ. kayra hanya melihat sahaja tubuh kecil airis beredar dari situ.

dia mengeluh. maybe, perasaannya terhadap kayra telah mati. dia merenung lama laptop yang berada di hadapannya itu dan lama kelamaan, dia tertidur.






"MANA boleh macamni ketua", ujar kayra sambil meletakkan fail kes airis catherine itu diatas meja ketuanya.

"kes ni takde jalan penyelesaian kayra, kamu kena faham tu", ujar encik baharudin.

"bagi saya sikit masa lagi, lagipun mangsa kejadian dah bagi penerangan juga ketua. kenapa nak gantung kes ni macamtu je?", soal kayra lagi. dia masih tak puas hati kerana ini merupakan kali kedua encik william terlepas daripada polis.

"bukti tak kukuh untuk menyediakan waran tangkap kepada william tu. macam mana kita nak berkas dia?".

"cubaan membunuh, melakukan kekasaran terhadap anak sendiri, cubaan menjual anak, menghina dan fitnah anaknya dikhalayak ramai. tu tak cukup lagi ke ketua?".

encik baharudin menghentak mejanya membuatkan kayra tersentak dengan kelakuannya.

"inspektor kayra areena, kes tu akan ditutup kerana tak cukup bukti yang sahih, noktah!!", bentak encik baharudin.

kayra tersenyum senget.

"ketua tau kan apa yang jadi kalau ketua tutup kes tu?", soalnya.

encik baharudin terpinga pinga.

"ingat saya taktau pasal ketua ke? rasuah orang dalam supaya dinaikkan pangkat?", ujar kayra sambil tersengih.

encik baharudin segera menunjuk kearah kayra. giginya diketap sehingga rahangnya kelihatan.

"kau ingat orang akan percaya kata kata kau?", soalnya.

kayra tertawa.

"bukti ada ditangan saya ketua", ujarnya sambil menunjukkan pendrive ditangannya.

encik baharudin menelan liur. habislah kalau kayra membuka cerita rasuahnya dikhalayak ramai.

"kalau ketua taknak kena expose, ketua boleh bagi saya peluang untuk selesaikan kes ni. ketua tak perlu handle lagi, biar saya je yang handle. macam mana? deal tak deal?", soal kayra.

encik baharudin merengus geram.

"ambik kau je kes tu. selesaikan sampai mampos", bentak encik baharudin.

kayra tersenyum kemenangan.

"macamtu lah ketua yang baik, and jangan lupa hantar laporan and semua benda pasal kes tu atas meja saya tau", ujarnya lalu beredar dari situ.

dia berjaya mengugut encik baharudin untuk mengambil alih kes tersebut.

encik baharudin menghentak meja dengan kasarnya.

"sial betul pompuan tu!!".

dia mencapai phone bimbitnya dan menelefon seseorang.

"hello, aku ada kerja untuk kau"..




KAYRA membuka pintu bilik airis. dia telah memanggil airis berkali kali namun airis tidak menjawab.

"aik? kosong bilik ni", ujarnya sendirian. dia berasa cemas sebab takde orang yang jagakan dia.

mak kiah balik kampung untuk beberapa hari manakala pak mat pula tengah mengambil cucunya disekolah.

kayra melangkah masuk kedalam bilik tersebut dan mencari disetiap sudut bilik itu.

"airis?", panggilnya.

dia mencapai tombol pintu tandas itu. sebaik sahaja pintu tandas tersebut dibuka, dia terkedu.

"AIRIS!!"..





bersambungg...

My Stupid Girlfriend [gxg]✅Where stories live. Discover now