chapter 17

759 34 6
                                    

"ada apa apa yang kamu dapat dari kayra?", soal encik baharudin.

"setakat ni belum ada apa apa papa", balas emelda.

"dia takde bincang pasal kes encik william?", soal encik baharudin lagi.

"ada, cuma dia masih tak dapat jejak lagi dimana lokasi sebenar encik william", balas emelda.

"bagus, emelda tahu kan apa sebab sebenar emelda dimasukkan dalam unit siasatan jenayah under kayra areena?", soal encik baharudin.

emelda tersenyum lalu mengangguk.

"tutup semua jalan yang ada untuk cari william, buat kayra jenuh untuk handle kes ni. ni je salah satu caranya untuk kayra lepaskan dan lupakan kes ni", jelas encik baharudin. dia memandang keluar jendela pejabatnya itu.

"okay papa, papa jangan risau. semuanya dalam keadaan yang terkawal buat masa sekarang", ujar emelda sambil tersenyum.

"kau tau kan apa akibatnya kalau plan ni tak berjaya?", soal encik baharudin. wajah anaknya ditatap tajam sekali.

emelda mengangguk.

"kalau takde apape lagi, blah lah. aku taknak orang tau kau tu anak aku", halau encik baharudin.

emelda segera beredar dari pejabat ayahnya itu. dia tersenyum senget.

setelah berjalan jauh meninggalkan pejabat ketua polis, langkahnya terhenti apabila melihat kayra yang sedang stuck dekat vending machine itu.

dia segera berlari kearah kayra.

"okay tak tu?", soal emelda.

"vending ni telan duit saya, airnya hilang", balas kayra sambil mengetuk manja vending machine itu.

"taknak try vending lain? nak saya tolong tak?", soal emelda. soalannya itu membuatkan dia dejavu. fikirannya melayang semula sewaktu dirinya di sekolah menengah.

petang itu, terdapat ramai pelajar yang stayback untuk melakukan latihan rumah sukan. ada yang berlari, ada yang bermain bola baling, bola jaring dan sebagainya.

emelda berjalan menuju ke vending machine yang terletak dihujung penjuru block C itu. langkahnya terhenti ditengah tengah laluan block C itu sebaik saja melihat kelibat gadis yang dia minat sejak form 4 itu.

dia segera berlari kearah gadis itu.

"kenapa ni? tersekat ke?", soal emelda. dia memandang kearah wajah gadis tersebut.

"haah, sekat. airnya jatuh dah tapi dont know tak sampai sampai kat bawah", balas gadis itu. nametag yang terletak kemas pada vest pengawas itu menunjukkan nama kayra.

ya, gadis itu telah menarik perhatiannya sejak dia dilantik menjadi penolong ketua pengawas sewaktu tingkatan 4.

"taknak try vending lain? ada 2 lagi kan dekat sekolah ni, nak saya tolong ke?", soal emelda sambil tersenyum. dia mencuba sedaya upaya untuk tidak menghentikan perbualannya bersama gadis yang dia amat sukai.

"ouh, its okay. saya taknak susahkan orang", balas kayra.

"eh tak susahkan pun, lagipun saya nak beli air juga dekat vending", ujar emelda. saja mencari alasan supaya kayra menerima pertolongannya itu.

"kayra!!", panggil satu suara dari belakang.

emelda menoleh ke belakang. kelihatan seseorang berlari kearah mereka.

"nak air ke? saya ada belikan lebih", ujar gadis tersebut. dia menghulurkan botol air mineral itu kepada kayra.

sempat emelda mengusya nametag gadis tersebut. terpapar nama airis catherine disitu.

My Stupid Girlfriend [gxg]✅Where stories live. Discover now