"kau boleh tak jangan degil sangat kayra? dahla bertindak sorang diri. bayangkan kalau kau kena tusuk pisau ke apa, aku risau tau!", marah najihah. dia berulang alik dihadapan kayra.
"weh kau boleh tak relax? aku tak cedera teruk pun", balas kayra. dia melihat wajahnya yang terluka akibat terkena bilah pisau lelaki misteri itu.
"aku tau kau tak cedera teruk tapi keselamatan kau tu keutamaan kita semua tau. kau je polis paling cekap dekat sini", bebel najihah lagi.
kayra hanya mendiamkan dirinya. emelda yang duduk dimejanya itu hanya mendengar perbalahan antara najihah dan kayra itu.
"aku okay je kau jangan risau, satu lagi kau jangan nak mengada bagitau airis pasal kejadian ni, faham?", pesan kayra lalu berdiri. tangannya yang berbalut dengan bandage itu dipegang perlahan.
"kau nak pergi mana? aku belum habis cakap lagi", ujar najihah sambil bercekak pinggang. macam mak mak nak marahkan anak dia.
"hantarkan airis balik la, kesian dia terbaring dalam kereta tu lama lama, sakit badan dia pulak", jelas kayra lalu mencapai beg sandangnya.
"haa ini la kayra, kalau dah suka dekat orang dia sanggup biarkan orang tu selesa sedangkan diri sendiri tak okay", bebel najihah. berleter je kerja dia harini.
"dah jiha dah, better kau cari siapa lelaki tu, tak sabar betul aku nak tangkap dia", ujar kayra sambil tersenyum manis.
"byee jiaaa, bye melda".
dia segera beredar dari bilik pejabatnya itu. malas dia nak dengar najihah membebel. sampai keesok tak habis rasanya.
CAHAYA yang terang mendekati tubuhnya. airis segera menutup matanya rapat. beberapa saat kemudian, terasa tubuhnya melayang keluar dari kereta.
dapat di lihat tubuh ibunya yang sudah terkulai layu diatas jalan itu.
"m-maa?? mama...", panggilnya perlahan.
dapat dia dengar tapak kaki seseorang mendekatinya.
"tolong- t..tolong mama sa-saya..".
lelaki itu hanya tersenyum kearahnya lalu menghentak kepalanya dengan batu bata berkali kali.
"ARGH!!!!!", jerit airis. dia segera bangun dari baringnya.
jeritan airis membuatkan kayra terkejut. airis segera memeluk erat tubuh kayra yang berada dihadapannya itu. tangisannya mulai terurai.
"airis? okay tak ni?", soal kayra. dia cemas dengan kelakuan airis sebentar tadi. belakang airis ditepuk perlahan.
airis tidak menjawab. sebaliknya dia meluahkan rasa takutnya dengan menangis.
"airis okay? nightmare lagi ke sayang?", soal kayra sekali lagi. dia mengeratkan lagi pelukannya.
esakan tangis airis semakin kedengaran. dia mulai bingung.
"jangan nangis sayang, shhh", pujuk kayra. dia meleraikan pelukannya lalu mengambil tisu yang ada pada meja kecil disampingnya itu. dia mengesat air mata airis yang jatuh membasahi pipinya.
"meh peluk meh", ujar kayra sambil mendepakan tangannya.
"taknak, nak bunny", balas airis sambil menggelengkan kepalanya. mukanya kemerahan. kelihatan comel bila dia menangis.
agh, macam tak biasa kena reject. alahai anak sape ni suka sangat reject orang.
"okay okay, nah bunny", ujar kayra sambil menghulurkan patung bunny kepada airis. airis segera memeluk erat patung bunny itu. dia hampa kerana airis tidak mahu memeluknya.

YOU ARE READING
My Stupid Girlfriend [gxg]✅
Lãng mạn[COMPLETE] macam biasa, author tak pandai buat description warning!! gxg content, read at ur own risk!!