chapter 18

606 22 1
                                    

"siapa hantarkan kau?", soal najihah. suasana di bilik soal siasat itu amatlah senyap tanpa sebarang bunyi.

lelaki yang menyerang kayra tempoh hari tersenyum seketika.

"macam kau taktau siapa", ujarnya.

"aku takde masa nak berteka teki dengan kau la", marah najihah.

lelaki itu tertawa.

"william la, sape lagi?", ujarnya.

najihah tersenyum. "kenapa kau tiba tiba sebut nama dia? sebelum ni liat betul kau nak sebut sapa yang arahkan kau".

"mungkin, aku ada orang dalam?", ujar lelaki itu dengan senang hati. dia sangat pasti yang seseorang akan menolongnya.

"mana william sekarang?", soal najihah. dia malas nak melayan permainan lelaki itu.

"cukup kau tahu william adalah orang disebalik kejadian ni. tak perlu bertanya lebih lebih, cari sendiri. kau kan polis terlatih dan berpengalaman", ujar lelaki itu dengan nada yang sinis.

najihah segera menarik kasar kolar baju lelaki itu.

"aku takde masa nak main main lah bangang", marah najihah. matanya menatap tajam anak mata lelaki tersebut.

"aku pun takde masa nak layan kau", ujar lelaki itu sambil ketawa.

emelda masuk secara tiba tiba kedalam bilik soal siasat itu. lelaki itu tersenyum melihat gadis tersebut memasuki ruangan soal siasat itu.

"jangan layan dia, dia takde function dah tu, buang masa je", ujar emelda sambil berpeluk tubuh.

najihah melepaskan kolar baju lelaki tersebut lalu membersihkan tangannya.

"kayra nak jumpa, katanya ada benda nak dibincangkan", ujar emelda sambil tersenyum kearah lelaki itu untuk seketika.

"bincang apa?", soal najihah.

"something thats confidential maybe", balas emelda sambil berpeluk tubuh.

"orang macam kau patut mati je", marah najihah. dia menolak kasar keplaa lelaki itu. mereka segera beredar dari bilik soal siasat dan menuju ke bilik pejabat kayra.

"ha kayra, ada apa ni?", soal najihah lalu duduk berhadapan dengan kayra.

kayra segera meletakkan sampul chocolate besar itu diatas meja.

"cuba tengok gambar tu", ujar kayra.

najihah memberikan gambar itu kepada emelda. dia juga meneliti satu persatu gambar tersebut.

"aku...macam kenal perempuan ni", ujar najihah.

"kenal kan?", soal kayra.

"siapa dia ni?", soal emelda. dia tak kenal sama sekali perempuan didalam gambar itu.

"ni sarah, rakan sekerja airis dekat cafe. perasan tak? lepas dia pergi dari taman tu, lelaki ni terus datang sini and serang airis", ujar kayra lalu menunjukkan satu lagi gambar kepada mereka.

"lelaki yang kita tangkap tu, boyfriend sarah", tambah kayra.

najihah dan emelda memandang sesama sendiri.

"tapi, yang peliknya, laki tu cakap encik william yang hantar dia", ujar emelda.

"lagi pelik bila laki tu menyatakan kebenaran, tapi tak rasa ke ada orang dalam yang nak tolong dia?", soal najihah. dia berpeluk tubuh.

"siapa?", soal kayra.

"i ugut dia", ujar emelda.

kayra dan najihah memandang kearah emelda.

"sebelum you berdua anggap i ni talam, better i explain dekat korang berdua", ujar emelda lagi. dia berjalan ke meja dan mencapai satu sampul surat kecil berwarna putih itu.

sampul tersebut diberikan kepada kayra.

"ni transaction bank yang ketua kita buat dalam masa sebulan ni, pelik kan dia asyik membeli dekat speedmart benda benda keperluan? maknanya, si william ni ada dengan dia", ujar emelda.

"mana dapat sampul ni?", soal kayra. dia menatap tajam mata emelda.

emelda terdiam seketika. patutkah dia memberitahu bahawa encik baharudin itu adalah ayahnya?

"mana dapat?", soal najihah sambil bercekak pinggang.

"encik baharudin tu, ayah i", ujar emelda dengan teragak agak. mungkin inilah cara yang benar untuk mrlepaskan diri dari cengkaman ayahnya.

"so ayah kau masukkan kau dekat sini, semata mata nak jadi mata mata ayah kau lah??", soal najihah lagi.

"ya, dia suruh i jadi mata mata dia but-".

"aku dah agak dah kau ni memang tak guna kan??!", bentak najihah. dia segera memukul emelda.

"stop jiha, jangan pukul dia. dengar dulu", ujar kayra. suaranya agak meninggi. bahu najihah dipegang kasar.

"b-but, i tak jadi mata mata dia pun. i ikhlas bekerja dengan korang and i tak bagitau apa apa update terkini pun dekat dia", ujar emelda.

"boleh percaya ka? entah entah sama je macam bapak kau", marah najihah.

"kenapa awak nak jatuhkan ayah awak sendiri?", soal kayra yang ingin tahu.

pasti ada sebab kenapa emelda berpihak kepada mereka dan bukan ayahnya sendiri.

emelda segera menunjukkan kesan parut yang ada pada lengannya. kesan lebam lebam pada tubuh badannya turut ditunjukkan kepada najihah dan kayra.

"bukan senang nak tangkap dia, especially dia ketua polis. thats why i nak bergabung dengan korang and i nak tolong korang", jelas emelda.

"and i tak sanggup tengok kehidupan airis sama macam kehidupan i", tambah emelda.

"aku...aku minta maaf do", ujar najihah. dia memeluk erat tubuh emelda.

"no no, its fine", balas emelda. dia mengesatkan air matanya.

kayra hanya memandang kearah emelda. sepertinya dia lupa lupa ingat dimana dia pernah menjumpai emelda. dengan matanya yang sembab itu, dia cuba mengingati sedaya upaya siapakah emelda terhadapnya.

kayra mulai tenggelam dalam fikirannya. petang itu, dia berjalan menuju ke tandas. sebaik saja dia membuka pintu utama tandas tersebut, dia mendengar seseorang menangis.

perlahan lahan kayra melangkah masuk kedalam tandas itu. langkahnya terhenti apabila melihat seorang gadis menangis di tepi singki tandas tersebut.

"a-awak okay ke?", soal kayra. dia memeriksa keadaan gadis itu. kelihatan tangannya berdarah.

"kenapa ni?", soal kayra dengan cemas. dia memegang lembut tangan gadis tersebut lalu dibalutkan dengan tuala kecil miliknya.

"kayra", panggil gadis itu.

"eh, kita kenal each other ke?", soal kayra. dia hairan.

"awak mungkin tak kenal saya, tapi i know you well kayra areena", jelas gadis itu.

sempat kayra melihat nametag yang bernama emelda itu.

"o-oh, awak kenal saya dari mana eh?", soal kayra. kepalanya penuh dengan tanda tanya.

emelda mengesatkan air matanya. dia memandnag kearah kayra.

"actually, saya dah lama-".

"weh kayra, match nak start dho-". kata kata najihah terputus sebaik saja melihat kayra memegang tangan emelda yang berdarah itu.

"weh asal???", soalnya. dia turut cemas melihat keadaan emelda yang berdarah itu.

"its okay, saya okay je. jangan risau", ujar emelda. dia segera beredar dari tandas itu tanpa menghiraukan apa yang terjadi di dalam tandas sebentar tadi.

"eh asal tu?", soal najihah. dia terpinga pinga.

"aku pun taktau", balas kayra.

oh, dia lah emelda. gadis yang dia jumpai didalam tandas sekolah ketika itu merupakan gadis yang sama berada dihadapannya sekarang.










bersambungg...








My Stupid Girlfriend [gxg]✅Where stories live. Discover now