chapter 19

586 27 9
                                    

8 tahun lalu....

"kau rasa airis akan terima aku ke tak?", soal nayla. dia memandang kearah sahabatnya yang sibuk menyalin nota geografi itu.

"entahla, aku pun taktau. tapi aku dengar dengar, si airis ni minat seseorang", jelas sahabatnya yang bernama ryna itu.

nayla mengeluh perlahan. dia telah mencuba macam macam cara untuk airis sedar akan kehadirannya. namun, seperti biasa, airis masih tidak pandang dan menyedari kehadirannya disekolah itu. duit simpanannya sudah habis hanya disebabkan untuk memberi hadiah kepada gadis kesukaannya itu.

"betul ke dia suka kayra?", soal nayla sambil menongkat dagunya.

ryna tersengih. dia tertawa melihat kearah nayla. nayla mengerutkan dahinya.

"belum official kan? boleh rembat lah. apa nak takut?", jelas ryna sambil mengangkat keningnya.

"ish, tak baik lah ryna. kau ni ajar aku benda pelik pelik je", marah nayla. dia berpeluk tubuh.

"si kayra tu, belum tentu sukakan airis balik. pernah ke nampak dia dengan airis? tak kan? kau ada chance lah nayla. kau belum try lagi nak confess dekat dia", jelas ryna.

"tapi haritu, aku nampak dia bermesraan masa latihan rumah sukan. benda tu cukup membuktikan yang kayra sukakan dia balik, ryna", ujar nayla. dia menguis mejanya dengan hujung pen itu.

ryna memegang kedua belah bahu nayla. dia menatap tajam kedalam anak mata nayla.

"kau dengar sini, takkan kau nak kuburkan aje perasaan kau yang dah bertahun tu? dekat nak setahun kot kau suka airis, takkan la kau nak giveup sebab kayra je?", ujar ryna.

nayla hanya diam dan menghadam apa yang ryna katakan kepadanya.

"before terlambat, kau confess kat dia. kau kan terlalu obses dekat airis, sampaikan satu bilik dipenuhi dengan mukanya. takkan la nak mengalah dengan si kayra tu, kau pun apa kurangnya dengan kayra? ", ujar ryna lagi.

"kau kena ingat yang kau dah cuba macam macam cara hanya untuk dapatkan airis kan? lagipun, dia kan ideal type kau, tua dari kau, cantik, pandai semua lah. so kau taknak rebut ker?", tambah ryna.

nayla tersenyum senget.

"apa yang aku nak, aku harus dapatkan", ujarnya secara tiba tiba.

"thats my bestie. aku sentiasa support kau dari belakang ya?", jelas ryna sambil menepuk bahu nayla.

end flashback...






"so kau nak cakap adik kau ni punca kau buat semua benda ni la?", soal najihah.

sarah tersenyum. dia tertawa sinis. kayra memandang kearah emelda yang masih focus mendengar penjelasan daripada sarah itu.

"ya, adik aku bertungkus lumus untuk buat airis sukakan dia, but dia gagal. airis reject dia untuk kali kelima, and she went depressed, no one helps her that time. only me", ujar sarah.

najihah mengangkat keningnya. dia menyelak file siasatan itu sambil mendengar penjelasan sarah itu.

"kalau tak disebabkan manusia bernama kayra areena, adik aku takkan jadi macamni".

najihah memandang kearah kayra yang berdiri disampingnya itu. begitu juga dengan emelda.

"apa salah kayra sampaikan kau buat dorang macamtu?", soal najihah.

"adik aku, bunuh diri sebab kayra tau"..





"STOP nayla!!! jangan buat macamni please", rayu sarah.

nayla yang sudah bertenggek diatas grill koridor apartment itu tersenyum melihat kakaknya yang memanggil dirinya.

air matanya mengalir perlahan.

"banyak lagi orang yang nayla boleh suka, jangan sebab airis, nayla nak tamatkan hidup diri sendiri", ujar sarah. dia mencuba untuk melangkah perlahan lahan kearah nayla.

"nayla taknak orang lain selain airis kak, nayla nak airis jugak", ujar nayla.

"kita tak boleh paksa perasaan seseorang untuk suka dekat kita", ujar sarah.

"kak, nayla tak boleh hidup tanpa airis. nayla tanak tengok airis bahagia tanpa nayla. nayla nak jadi orang yang membahagiakan airis, dan bukannya kayra areena", jelas nayla. dia mencuba untuk melepaskan genggamannya pada grill itu.

"tak sayang kakak ke nayla? janganlah macamni", rayu sarah lagi. air matanya berjuraian.

nayla tersenyum lagi.

"kalau kakak sayang nayla, biarlah nayla pergi tau. jangan lupa, balas rasa sakit nayla dekat kayra areena"..

tubuh nayla mulai hilang imbangan dan terjatuh dari koridor itu.

"NAYLAA!!!!!"...





"ADIK aku, senyum kat aku, untuk kali terakhir sebelum dia terjatuh dari koridor apartment tau. aku tak boleh nak halang dia. adik aku mati, depan mata aku sendiri", ujar sarah.

perlahan lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang tepat kearah kayra.

"ya, aku hantar boyfriend aku untuk tangkap airis, sebab aku nak dia jadi umpan untuk aku supaya aku dapat bunuh kau", jelas sarah.

"tak payah nak libatkan airis dalam masalah ni lah sarah, shes your friend", ujar kayra.

mata sarah tidak beralih daripada memandang kearah kayra yang berdiri dihadapannya itu.

"SEMUA SEBAB KAU LAH SIAL!!", bentak sarah. dia berdiri dan bertindak kearah kayra.

wajah kayra dipukul dengan menggunakan gari yang terletak kemas pada tangannya. emelda dan najihah segera menahan tubuh sarah daripada bertindak ganas.

"KAU PEMBUNUH LAH SIAL!!".

segala caci maki dilemparkan kearah kayra. kayra hanya berdiri tegak di posisinya.

"aku bekerjasama dengan bapak airis supaya hidup kau dua kali ganda teruk daripada adik aku tau!! aku nak kau mati!!", bentak sarah lagi.

"sabar boleh tak!?", soal emelda sambil menahan tubuh sarah yang masih bertindak ganas itu.

"aku takkan biarkan kau hidup kayra", ujar sarah sambil tersenyum senget. dia mulai menenangkan dirinya.

"nak kena tambah hukuman ke? berkelakuan kasar kepada polis?", soal najihah sambil menahan kuat lengan sarah yang bergari itu.

sarah tertawa jahat.

"aku takkan biarkan hidup kau aman, kayra areena", ujarnya lalu tersenyum sinis.

"bawak dia keluar dari sini", arah najihah. beberapa orang anggota polis yang menjaga kawasan bilik soal siasat itu segera membawa sarah ke sel tahanan.

kayra hanya melihat sahaja sarah yang berlalu pergi itu. pipinya yang terluka itu dipegang perlahan.

"kau jangan ambil kisah sangat dengan apa yang dia cakap tu", ujar najihah. dia cuba untuk menenangkan perasaan sahabatnya itu.

kayra tidak berkata apa apa. sebaliknya, dia segera beredar dari bilik soal siasat itu tanpa kata kata. rasa bersalahnya kian menggunung dalam dirinya sebaik sahaja mendengar kata kata daripada sarah sebentar tadi.

baru dia tahu, gadis yang berjumpa dengan airis ketika airis tiba lewat ke sekolah itu adalah nayla. ya, gadis yang membuatkan dia tidak mendengar apapun penjelasan daripada airis sehinggakan tragedi yang penuh tragis berlaku terhadap airis.

kayra duduk sendirian di tepi keretanya. air matanya yang mengalir itu dikesat perlahan.

seandainya dia menolak cinta airis, adakah nayla masih hidup sampai sekarang?









bersambungg...

My Stupid Girlfriend [gxg]✅Where stories live. Discover now