"airis!! kau jangan nak lari dari aku!!", bentak encik william.
airis berlari sepantas mungkin menuju ke anak tangga yang berada di hujung block itu. dia segera menuruni anak tangga tersebut dengan pantas sekali. akan tetapi, encik william melompat dari atas sehingga ke kawasan tengah tangga tersebut.
langkah airis terhenti lalu dia memutarkan badannya kebelakang. dia hendak membuka langkah untuk menaiki semula anak tangga.
"kau nak lari mana ha??", bentak encik william lalu menarik kaki airis.
wajah airis terhempap pada anak tangga tersebut.
"aku dah cakap jangan lari dari aku kan!!?", bentaknya lagi. tubuh airis yang terbaring diatas tangga itu segera diangkat lalu wajahnya ditampar kasar sekali.
"pakcik!! kenapa dengan pakcik ni!!??", bentak nadira lalu mendekati airis.
"kau jangan nak masuk campur hal peribadi aku lah bodoh!!".
encik william segera menarik rambut airis dengan kasar sekali dan dihantukkan kepalanya pada dinding tangga tersebut.
"encik!! jangan lakukan kekasaran terhadap anak encik!!", larang cikgu cikgu yang ada disitu.
"peduli apa aku!!", bentak encik william lalu mengeluarkan pisaunya.
"jangan apa apakan airis!!", jerit nadira.
"kau jangan dekat, kalau tak aku bunuh airis", ujar encik william. matanya melilau kearah sekeliling.
dia segera menusuk pisau tersebut pada perut airis.
MATA airis terbuka. dia segera duduk dari pembaringannya. nafasnya tercungap cungap. dia memegang perutnya lalu mengeluh.
itu cuma mimpi. mimpi ngeri, yang selalu dia alami sejak kejadian 8 tahun lepas. memori yang tidak pernah dia lupakan.
"airis? okay tak ni?", soal nadira. dia terjaga akibat pergerakkan yang terlalu banyak dilakukan oleh airis sewaktu dia tidur.
air mata airis jatuh perlahan lahan. dia segera memeluk erat tubuh nadira yang separa sedar itu.
"kenapa ni? kau mimpi buruk lagi eh?", soal nadira. belakang airis diusap perlahan lahan.
"s-sampai bila nad? sampai bila aku kena mimpi benda yang sama?", soal airis dengan esakan tangisan yang begitu sayu.
nadira hanya mendiamkan dirinya.
"kenapa aku asyik mimpi benda sama nad? kenapa? kenapa aku masih mimpi benda yang berlaku dulu?", soal airis lagi.
"mungkin sebab kau jumpa dia kan petang tadi? sebabtu kau macamni airis", ujar nadira. dia mengeratkan lagi pelukannya.
"kenapa aku perlu menderita macamni nad? aku tak layak bahagia macam orang lain ke? kenapa perlu aku?".
nadira mencuba sedaya upaya untuk menenangkan airis. dia risau akan airis yang sering bertindak melulu sebaik sahaja dia mengalami mimpi buruknya itu.
"sokay airis, aku ada. kau jangan risau. aku takkan biarkan kau merana dalam kehidupan kau yang sebelum ni, okay?", pujuk nadira.
belakang airis diusap perlahan lahan.
"aku takkan biarkan kawan kawan aku, terutama sekali kau, hidup dalam masa lalu yang kejam dan perit. aku taknak kau macamni okay? ", ujar nadira.
dia meleraikan pelukannya lalu mengesat air mata yang jatuh pada pipi airis.
"dah, jangan nangis lagi tau. aku ada dekat sini, kau selamat dekat sini okay?", ujar nadira sambil mengusap perlahan kepala airis.
"dah, kau tidurlah. awal lagi ni, you need to rest well supaya nanti kau cepat sembuh. aku nak tengok airis aku ni sembuh, happy and bahagia tauu", tambah nadira sambil tersenyum kearah airis.
airis tersenyum tawar.
"thank you nadira, sebab ada dengan aku. aku cuma ada kau je sekarang, aku dah hilang banyak sangat orang yang aku sayang. aku harap, kau takkan hilang dari pandangan mata kasar aku", ujarnya lalu memeluk erat tubuh nadira.
mungkin, bagi orang lain, persahabatan antara airis dan nadira ini hanyalah persahabatan yang biasa biasa. namun, hanya mereka saja yang tahu apa yang mereka pernah lalui bersama sama.
"i promise you, until my last breath airis, aku takkan tinggalkan bestie aku yang sorang ni", ujar nadira sambil tertawa.
"t-thank you. thank you so much nad", ucap airis perlahan.
sungguh dia taktau nak berterima kasih macam mana lagi dengan nadira. nadira menjadi saksi betapa sukar kehidupannya sejak dari sekolah rendah lagi. kalau takde nadira, agaknya dia dapat bertahan tak sampai sekarang?
"KAU dah kenapa? dua hari dah aku nampak kau asyik termenung", ujar najihah lalu duduk dihadapan kayra.
kayra memandang kearah najihah. dia meletakkan spec matanya diatas meja.
"dua hari dah kes ni berlaku, airis tak call lagi bagi keterangan", jelasnya lalu mengeluh.
"elele kau mesti risau pasal dia kan??", usik najihah.
"takde lah, manade aku risau. aku nak kes ni cepat selesai. banyak lagi kes lain yang aku nak selesaikan", balas kayra. dia berasa geram dengan najihah.
"ye ye je kau ni kayra. sejak aku bagi kau handle kes airis ni, kau asyik termenung je. tipu lah kau tak risau pasal airis", jelas najihah. dia menyandarkan dirinya di kerusi itu.
kayra mengeluh perlahan. pen yang berada pada tangannya dilepaskan. dia segera berdiri dari duduknya.
"eh kau, nak gi mana ni? asal kau berdiri", soal najihah. dia pun turut berdiri.
kayra segera duduk ditempatnya semula dan najihah pun ikut juga pergerakkan kayra.
kayra berdiri lagi dan kali ini, najihah ikut lagi.
"eh asal aku ikut kau pulak ni?", soal najihah.
"entah", balas kayra. malas nak layan si najihah. kalau dilayan makin banyak soalan ditanya.
"soalan aku kau tak jaw-".
"tempat kejadian, aku nak periksa apa yang patut", potong kayra.
"eh aku nak ikut", ujar najihah dengan bersemanngat sekali.
"kau asal semangat semacam ni? buang tebiat eh?", soal kayra lalu meninggalkan najihah didalam pejabatnya itu.
najihah memandang kearah kayra yang berlalu pergi itu. dia merengus geram. memang begitulah hari harinya bersama kayra. sejak sekolah menengah lagi perangai kayra ni suka menyakitkan hatinya.
"eleh, kalau aku tak ikut nanti bebel pulak. ni aku dah semangat nak ikut kena tegur pulak. tak betul kot kayra ni".
"aku dengar", sahut kayra dari pintu pejabat itu.
aduh, terdengar pulak. pompuan ni memang ada telinga yang tajam eh? berduri duri.
"buat buat tak dengar jela bongok", balas najihah lalu keluar dari pejabat itu.
"lambat tinggal", usik kayra.
"woi!! takyahla bodo", bentak najihah lalu mengejar kayra dari belakang.
haih kalau hari hari macam ni memang semput dia nak mengejar si kayra ni. dahla lari laju. si najihah pulak kaki pendek. memang semputlah jawabnya nak kejar si kayra.
bersambung...
YOU ARE READING
My Stupid Girlfriend [gxg]✅
Romantik[COMPLETE] macam biasa, author tak pandai buat description warning!! gxg content, read at ur own risk!!