chapter 12

627 29 21
                                    

airis tersedar dari lenanya. dia memandang sekeliling. kepalanya terasa sakit. dia melihat kearah tangannya yang dipegang lembut oleh kayra.

tidur ke perempuan ni? dia cuba untuk melihat samada kayra tidur ataupun tidak. tiba tiba kayra tersedar membuatkan airis terkejut.

"are you awake? tidurlah balik, you need more rest", ujarnya sambil tersenyum comel.

airis hanya mendiamkan dirinya. wajah kayra ditatap lama.

"oh sorry pegang tangan awak", ujar kayra lalu meleraikan pegangannya. dia mengusap matanya supaya penglihatannya semakin jelas.

airis masih tidak mengalihkan pandangannya daripada kayra membuatkan dia tertanya tanya.

"kenapa? awak okay tak?", soal kayra. dia memegang dahi airis yang bertampal dengan coolfever itu.

airis masih menahan perutnya yang lapar itu. biasalah ego kan. mana nak bagitau kayra yang dia lapar.

"sejuk ke? kalau ye saya tutup aircond and pakai kipas je", ujar kayra lalu mencapai remote aircond dan menekan button off.

"kayra", panggil airis membuatkan pandangan kayra beralih semula kearah nya.

"yess? is there anything else you want me to do?", soal kayra sambil menongkatkan dagunya.

"lapar", ujar airis. akhirnya, dia meruntuhkan egonya demi kelangsungan hidupnya HAHAHAHAH

kayra tersenyum.

"mhm, tadi masa awak pengsan tu saya ada masakkan bubur incase awak terbangun and lapar", ujarnya.

'boleh tak jangan senyum macamtu? comel gila kayra!!!', jerit hati airis.

"nak makan sini atau dekat ruang makan?", soal kayra.

"nak kat ruang makan. tapi awak kena bawak saya kesana", balas airis. akhirnya dia bersuara lagi setelah sekian lama menatap wajah kayra.

"okay princess, as you wish". kayra akur dengan kata kata airis.

tubuh airis digendong lalu dibawa menuju ke tingkat bawah. kayra melangkah dengan berhati hati agar dia tidak terjatuh ketika membawa airis.

setelah sampai di ruang makan, tubuh airis diturunkan lalu kayra menarik kerusi supaya airis dapat duduk.

"duduk dulu, saya nak panaskan bubur dulu", ujar kayra lalu berlari anak menuju ke dapur.

airis akur lalu menongkat dagunya. dia hanya memerhati gerak geri kayra yang sedang memanaskan buburnya itu.

"nak air tak?", soal kayra dari dapur.

"nak", balas airis sambil mengangguk.

"hot chocolate nak?", soalnya lagi.

airis hanya sekadar menganggukkan kepalanya. belum lama selepas itu, kayra kembali menuju ke meja makan bersama semangkuk bubur dan segelas air chocolate.

"nahh, makan la", ujar kayra sambil tersenyum.

airis hanya memandang kearah kayra dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. ya, kayra lupa untuk meletakkan sudu didalam mangkuk bubur itu namun dia saja nak buat kayra tertanya.

"kenapa? awak okay tak ni?", soal kayra. dia mulai risau dengan kelakuan airis yang diam sejak tadi.

"theres something you forgot", ujar airis.

kayra mengelipkan matanya berkali kali lalu memandang disekelilingnya. habis poket seluar tidur dinosaurnya diraba raba.

"saya lupa apa?", soalnya sambil mencari cari apa yang dia lupa.

My Stupid Girlfriend [gxg]✅Where stories live. Discover now