"1 and 2 and 3....yeahhh" Bryan menepuk-nepuk meja dengan kedua-dua belah tangannya kerana dia bayangkan meja itu adalah drum.
Fairuz pula sibuk memetik gitar kesayangan milik Eun ha " Cinta itu, boleh di umpamakan bagai makan , sambal belacan"
"Walau pedas, hingga mengalir air mata masih mahu, dimakan jua..."sambung Bryan.
"Eh..eh korang nii! Nyanyilah lagu yang bagus sikit! Ni sambal belacan bagai " bebel Siew Ling sambil berpeluk tubuh.
" habis tu ? Nak nyanyi lagu apa? Ai yai yai? Gitu?" Tanya fairuz.
"Ai yai yai tengkorak hang, ai yai yai tu lagu budak-budak. Carilah lagu yang dewasa sikit., baru ada feel "
"Kau ni siew ling, banyak songeh betul..! Biarlah kami ni nak nyanyi lagu apa..asalkan kami bahagia kan , bro" Kata fairuz sambil memandang ke arah Bryan.
Bryan mengangguk " ya betul. Cubalah kau macam si Eun ha tu! Diam saja tak banyak songeh macam kau..."
" aha lah, kenapa tiba-tiba Eun ha diam saja hari ni? Bukan ke dia yang paling banyak cakap?"
"Wei Eun ha. Kau ni dah kenapa? Dari tadi diam jer " Tanya siew ling ke arah Eun ha yang sedang termenung.
"Esh minah ni! Dia pekak ke apa??"
"Oi Eun haaa..."
"Ah apa .. apa ?" Eun ha blur.
"Kau ni dah kenapa? Dari tadi kami tengok kau ni diam saja! Kau bergaduh dengan tuanku ke?" Soal Bryan.
"Eh..mana ada aku bergaduh dengan dia.."
"Habis tu?"
" tak ada apa-apa"
"Yelah tu tak ada apa-apa..."
"Entah, dia tu..nak berahsia pula..! Macam ni ke kawan..." Siew ling mencelah.
"Hmm...."
"Apa hmm hm..."
"A..ku..sebenarnya, teringatkan Adriana.."
"HAH..." jerit mereka bertiga serentak.
"Kenapa kau tiba-tiba teringatkan Arwah Adriana pula ni??" Siew Ling menelan air liur.
"Adriana kawan Tuanku suga dan putera woozi tu ke?" Soal Bryan.
"Ya"
" kenapa tiba-tiba sebut tentang arwah Adriana?" Soal Siew Ling.
"Ha? Arwah? Dia dah mati ke?" Soal fairuz.
" esh ..diamlah kau..." Marah siew ling. Fairuz pura-pura zipkan mulutnya mengunakkan tangannya.
" kau ingat tak siew ling masa aku cakap yang aku dan suga pergi lawat kubur Adriana?"
"Yup ingat..! Kenapa?"
" aku nampak roh arwah masa tu.."
"Sh** biar betul! Kau tak cakap pun "
"Macam mana aku nak cakap . Aku sendiri yang ingat dia adalah manusia yang nak pergi melawat kubur orang tapi rupanya hantu..! Patutlah Suga tak nampak dia langsung ! Cuma aku saja yang nampak dia.."
"Esh! Kau jangan main-main. Seram sejuk ni tau.."
" betull.! Hantu dia ada datang dalam mimpi aku malam tadi..! Seram siot.."
"Biar betulll.."
Eun ha mengangguk "yaaa..! Aku tidak bohong.."
"Macam mana mimpi kau? Dia kejar kau ke or tak makan kau ke? Yelah, dia kan hantu" Soal Fairuz sepertinya tertarik dengan kisah seram Eun ha.
" didalam mimpi aku itu, dia bagi aku kristal kuasa dia ...! "
"Kristal kuasa??"
"Ya! "
"Warna merah ke?" Soal fairuz innocent.
"Eh? Macam mana kau tahu..??" Soal Eun ha pelik.
Fairuz menunjukkan ke arah kening Eun ha " tu! Dekat dahi kau baru sekarang tiba-tiba muncul kristal warna merah ! Kecik lagi tu "
"HAH? Tak mungkin..." Eun ha terus mencerminkan dirinya pada air kolam yang berdekatan.
Siew Ling dan 2 lagi rakannya mengikuti Eun ha .
"Tak mungkin..! Sejak bila benda ni muncul?" Jantung Eun ha berdegup laju.
"Baru tadi sewaktu kau mula bercerita..." jawab siew ling.
" Fu*k "
❄️🔥
❄️
🔥
"Hmmm...tak salah lagi tuanku, ini memang "fox spirit magical crystal " kata jhope selepas memerhatikan kristal pada dahi Eun ha.
" macam mana boleh ada pada Eun ha pula ni? Bukankah kristal ini hanya arwah Adriana sahaja yang memilikinya?" Taehyung pula mencelah.
Suga memandang Eun ha dengan pandangan yang risau " Eun ha, jawab jujur padaku, bagaimana kristal ini ada pada awak "
"Er...er..."
" jangan Takut Eun Ha, saya tidak marah pada awak " Suga mengengam tangan Eun ha.
"Er..se..benarnya, Adriana ada datang didalam mimpi saya malam tadi..."
"Apa dia?" Suga seperti tidak percaya.
Belum sempat Eun ha berkata apa-apa, jimin bersama do ra dan juga hyeon datang ke arah mereka .
"Kenapa ni? Eun ha? Kau ada buat masalah ke? " soal jimin risau .
"Kakak kenapa ni???" Soal Do ra.
"Eh? Cantiknya kristal pada dahi kakak! Fashion baru ke? Mana dapat kristal tu? Nak juga ...." kata hyeon pula excited.
"Sejak bila kau nak pakai benda macam tu , Eun ha oiii! Kau pakai barang emas pun dah liat apatah lagi nak pakai kristal berharga macam tu.." bebel jimin.
"Op..paa.." Eun ha membuat muka kesian.
" kenapa mata kau macam nak nangis ni??" Jimin terus memandang ke arah suga untuk meminta penjelasan tentang apa yang terjadi.
"Jimin, Eun ha perlu dikawal dengan ketat mulai dari sekarang " suga berbicara dengan serious.
"Ah..kenapa?" Jimin rasa tidak sedap hati.
" kerana kristal itu, Eun ha didalam bahaya. Jangan sampai Woozi tahu tentang ini. Jika woozi tahu tentang ini, dia akan cuba membawa Eun ha pergi daripada kita..."
"APA..."
"Kita perlu buat sesuatu.."
"Tapi bagaimana tuanku? Woozi boleh muncul bila-bila masa sahaja jika dia mahu..."
"Kita perlu ada rancangan..."
"Bagaimana?" Soal Taehyung.
"Kita perlu sembunyikan kristal itu dan jangan sampai woozi mengetahuinya. Dan Eun ha , awak perlu dilatih mengunakkan kristal itu supaya kristal itu awak mudah mengawalnya. Jika awak tidak pandai mengawalnya , maka itu akan memakan diri awak...at..au lebih teruk lagi, awak akan mati..." sepertinya nada suara suga ada sedikit tegas.
" tapi tuanku , siapa yang akan latih Eun ha?" Soal Jhope.
Suga senyum " Tuan freno dan madam Luisa"
"Uishh! HABISLAH.." jhope dan Taehyung kecut perut.
"Ha? Siapa mereka tu?" Soal Eun ha
To be continue...
YOU ARE READING
❄️Legend of the ice Kingdom ❄️ [MIN YOONGI FF]
Fantasy[Season 1]Legend of the Ice kingdom : my power [Season 2] Legend of the ice kingdom : ice dragon vs fire dragon *kepada yang belum baca Mr.Mafia vs Ms.Clumsy, silakan baca ya jika ada mood rajin.Author tak paksa korang semua untuk baca.