"Awak ni siapa sebenarnya??"
Eun ha merenung tajam ke arah suga "adakah suga sudah mengingati siapakah dirinya??" Soal Eun Ha didalam hati.
"Sa...ya tidak tahu..." jawabnya jujur.
"Habis tu?macam mana awak boleh tahu cara diri awak guna kuasa awak sendiri sedangkan awak hilang ingatan??"
"Sewaktu saya melihat serina seperti ini, memori saya sedikit muncul sepertinya saya pernah merawat seseorang, tetapi saya tak pasti siapa...! Hanya memori sekelip mata sahaja.."
"Kesiannya kau bro.." jungkook bersimpati .
"Tak apa, lambat laun awak akan ingat siapa diri awak dan awak berasal dari mana..! Mungkin suatu saat nanti awak akan ingat semuanya..." Eun ha menghadiahkan senyuman.
❄️❄️❄️
"Chocolate panas 2.." Eun ha membuat pesanan untuk dia dan suga. Suga hanya berdiri disebelah Eun ha sambil memandang sekeliling kedai itu.
"Vanilla chocolate panas 1.." Siew Ling pula membuat pesanan.
"Tu je? Order lah banyak lagi! Kita kan kawan , Eun ha , Siew Ling! Tolong saya majukan bisnes baru nak up saya ni.."
Eun ha dan Siew Ling hanya merenung ke arah lelaki yang sedang mengambil pesanan mereka itu.
"Kau ni fairuz, ingat kami ni kaya sangat ke nak beli semua minuman di kedai kau nii? Kalau kau nak belanja boleh la...."
Siew ling hanya mengelengkan kepala.
"Ala kau berdua nii.."
" apa? Kami keluar nanti kang, baru tahu.." ugut Eun ha.
"Esh minah ni! Yelah..yelah..."
"Haaa..tahu takut..hahahaa"
"Takut pelangan larilah tu.." sengih Siew Ling dan Eun ha.
"Hmm..BRYANNNN" Pekik Fairuz.
Muncul seorang lelaki dari arah dapur sambil mengenakan Apron berwarna pink.
"Apa kau nak , Fairuz??terpekik terlolong macam orang mati bini ni dah kenapa??? Dah bertabiat nak mampus??"
"Ni ada order dari Eun ha dan Siew Ling"
" Eh? Apa mimpi kau berdua datang ni??" Bryan menghampiri mereka.
"Saja jalan-jalan! Tadi baru ja lepas melawat adik jungkook, ni bawa kawan Eun ha ni jalan-jalan disekitar kampung ni.."
Siew ling menunjukkan ke arah suga.
"Cewah! Ada member baru! Wassup bro! Nama saya Fairuz! Nama panjang Muhammad Fairuz .." Fairuz menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Suga. Suga membalas salaman itu.
"Nama saya pula Bryan! Selamat berkenalan yahh"
"Nama kau siapa?"
"Suga.."
" kawan kau ni datang dari mana Eun ha? Tak pernah nampak pun..! Dari kampung sebelah ke?"
Eun ha menarik nafas dalam-dalam lalu diceritakan apa yang telah terjadi terhadap suga dan bagaimana dia dan jimin sewaktu menjumpai suga.
"Esh! Gilalah! Tak sejuk ke suga kau membeku macam tu??" Fairuz mulai mengambil kerusi lalu duduk menghadap suga.
"Entah! "
"Entah kau cakap! Wow! Kau manusia ke alien ni?" Bryan juga mengikuti langkah fairuz untuk duduk.
"Wei..wei..! Kau berdua jangan nak mengada-ngada banyak soal pada suga ya, sebelum bijik mata kau berdua tu lebam disebabkan penumbuk sulung aku, lebih baik kau berdua siapkan pesanan kami tadi! Kau berdua jangan nak paksa suga ceritakan semua ya, pening dia nanti.." Eun ha menghadiakan jelingan maut kepada Bryan dan Fairuz. Bryan dan fairuz tersengih.
YOU ARE READING
❄️Legend of the ice Kingdom ❄️ [MIN YOONGI FF]
Fantasía[Season 1]Legend of the Ice kingdom : my power [Season 2] Legend of the ice kingdom : ice dragon vs fire dragon *kepada yang belum baca Mr.Mafia vs Ms.Clumsy, silakan baca ya jika ada mood rajin.Author tak paksa korang semua untuk baca.