𝔅𝔞𝔟. 6

52 2 0
                                    

Kepala Eyfiy kejap menoleh ke kiri kejap menoleh ke kanan. Sudah agak lama dia berjalan kaki namun satu kedai Market pun tiada yang menjengah di pandangannya.

"Teruk betul tempat ni." Bisik Eyfiy bercekak pinggang.

Lama Eyfiy berdiri di tepi jalan itu sebelum pandangannya tertancap pada satu kedai yang terpampang besar di situ.

ANGKASA.

"Bingo!" Eyfiy tersenyum memetik jarinya sebelum mengatur langkahnya laju.

Masuk saja Eyfiy segera mencapai bakul di situ sebelum melangkah dengan perlahan mencari rak yang menempatkan gula.

Jumpa saja rak yang mempamerkan gula tangan Eyfiy pantas mencapai empat pek gula sebelum dimasukkan ke dalam bakulnya.

Eyfiy tersenyum lebar.

"I got you!"

Zafiy yang ingin mencapai mountain dew dari dalam peti sejuk itu segera terhenti sebelum memandang Eyfiy atas bawah.

Panjang umur perempuan ni.

Eyfiy yang perasan dirinya seolah diperhatikan itu segera menoleh sebelum ter-eye contact dengan anak mata Zafiy.

Zafiy menjongketkan keningnya.

Eyfiy tersentak sebelum berdehem kecil.

Dah kenapa mamat ni?

"Apa? Tak pernah tengok orang beli gula ke?!" Bentak Eyfiy selamba berlalu daripada situ selepas menjeling Zafiy.

Zafiy pantas menjongketkan keningnya.

The f**k?!

Dia punyalah kacak berdiri di depan peti sejuk itu. Kena sound macam tu saja. Tak kelakar babi.

"Sewel!" Zafiy pantas menarik Mountain dew dari dalam peti sejuk depannya itu semula dengan kasar.




Sebelah tangan Zafiy elok memegang bakulnya manakala sebelah tangannya lagi dimasukkan dalam poket seluarnya.

Lama lagi baru giliran dia tiba untuk membuat pembayaran.

Ada enam orang lagi di depan dia yang sama juga masih belum membuat pembayaran.

Dua lagi kaunter lain di situ masing-masing sibuk.

"Lambat betul, sempat lagi akar kayu tumbuh dekat badan aku ni." Zafiy mengeluh perlahan.

"Siot lah! Hensem bodoh mamat ni!"

"Ye do! Muka mat salleh macam ni memang test aku!"

Zafiy mengerling melalui ekoran matanya saja dua gadis remaja di depannya itu.

Hebat betul Miang budak-budak ni.

Zafiy pantas membuang pandangannya ke arah lain sebelum terhenti memandang Eyfiy yang sibuk mencicit sesuatu di atas rak tinggi itu.

Zafiy selamba membelek telefon di tangannya semula.

Lama juga dia tak layan live Xk Penjahat.





Eyfiy leka mencicit sesuatu di atas rak itu tanpa sedar bajunya sedikit terangkat.

"Eh Bro. Tengok tu!"

"Perr!"

"F*ck! ni kalau dapat.."

Berapa orang lelaki yang memilih barang di situ juga sengaja berhenti sebelum merenung tubuh Eyfiy berapa kali.

"Ish! Siapalah yang Takde Otak betul pergi letak benda ni tinggi sangat!" Eyfiy pantas membetulkan sedikit bajunya sebelum menjeling tajam dua lelaki di tepi rak itu.

"Apa tengok-tengok?!"

Eyfiy pantas mencapai barang di atas rak itu semula.

Baru saja Eyfiy ingin melompat terasa tubuh seseorang berdiri di belakangnya sejurus mencapai barang di atas rak itu.

Tubuh Eyfiy mengeras.

[OG] 𝘽𝙡𝙤𝙚𝙢 𝙄𝙣 𝙈𝙮 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 Where stories live. Discover now