𝔅𝔞𝔟. 9

34 2 0
                                    

             Dodge Charger milik Zafiy menderu kuat di halaman rumah. Usai mematikan enjin kereta Zafiy pantas melangkah keluar.

Pere yang sibuk membelek skrin telefon di sebelahnya itu dibiarkan saja. Lantak ko lah.

Zafiy mengatur langkahnya ke dalam rumah dengan perlahan.

"Bro!"

Pandangan Zafiy terus saja menangkap bayangan Zento, Carlo dan Zin di ruang tamu itu.

Tiga lelaki itu elok terbaring di atas sofa.

Zafiy segera membaling kunci kereta ditangannya di atas meja.

"Jam berapa korang sampai tadi?" Zafiy berlalu melabuhkan punggungnya kasar di sisi Zin selepas lelaki itu berubah duduk.

"Pukul 2 tadi. Kau dah dinner ke bro?" Carlo menjongketkan keningnya. Kepala Zento yang ada di kakinya itu ditolak sedikit.

"Belum." Zafiy menguak anak rambutnya yang terjuntai di atas dahi ke belakang dengan perlahan.

"Mantap! Kau belanja kita orang malam ni." Zin laju memutarkan tubuhnya menghadap Zafiy.

"Bro, Aku tak tahu lah ni rumah ke Mezium. Satu makanan pun takde dalam peti sejuk kau tu." Carlo selamba bangun daripada baringnya.

Zafiy mengerling Carlo laju.

"Hm. Aku lupa pula beli barang dapur semalam." Zafiy mengurut pelipisnya kasar.

Banyak hal betul yang dia kena urus kebelakangan ini.

"Aku dengar RvL Hotel banyak makanan sedap. Macam menarik." Zento pantas mengerling Zafiy. Carlo di sebelahnya turut tersenyum senget.

"Boekk do!" Zin selamba mengusap jawlinenya sebelum tersengih lebar.

Pere yang baru saja melangkah masuk itu pantas menarik perhatian diorang berempat.

"Bangsat betul kau ni bro. Kau biarkan je aku bercakap sorang-sorang dalam kereta tu." Pere menjeling tajam sebelum berlalu kasar ke dalam dapur.

Terpanas pulak dia dibuatnya.

Zafiy beriak kosong saja memandang Pere yang berlalu ke dalam dapur itu.

Pandai-pandailah fikir takde sapa suruh jadi babi tadi.

"Korang siap lah. Aku mandi kejap." Pamit Zafiy.








Eyfiy merapikan baju pijama satin yang tersarung di tubuhnya depan cermin sebelum melangkah keluar dari dalam biliknya laju.

Rambut panjang paras pinggangnya itu diikat satu saja sambil menyanyi kecil sepanjang melangkah turun.

"Jujur ku tak ingin engkau pergi~~.."

"Tinggalkan semua~~."

"Usai di sini~~.."

Sedar-sedar saja langkahnya tiba di dalam dapur sebelum figura puan Marya terus saja menyapa di pandangan Eyfiy.

"Mama?"

Eyfiy segera melangkah ke arah puan Marya sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja pantry itu.

Puan Marya mengangkat pandangannya laju.

Panjang umur budak bertuah ni.

"Dik, teman mama pergi Spa esok." Eyfiy mengangguk saja.

"Boleh je ma. Ni, papa berapa hari outstation? Dah tiga hari tak nampak boyfriend mama tu." Tangan Eyfiy selamba mencapai buah epal yang sudah dipotong oleh puan Marya itu.

Puan Marya mengeleng kecil. Anak siapa lah ni. Bagi kahwin kang baru tahu.

"Kejap lagi balik lah tu." Eyfiy mengangguk saja sebelum berlalu membuka peti sejuk di situ.

"Ma, aiskrim cok-"

"Assalamualaikum Mama!" Potong Iftie menyalam tangan puan Marya sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi pantry tempat Eyfiy duduk tadi.

Eyfiy biarkan saja. Tangannya laju mencapai makanan lain yang boleh dikunyah dari dalam peti sejuk itu.

"Walaikumsalam. Kakak tak lapar ke? Kalau lapar pergilah makan dulu." Pelawa puan Marya. Iftie mengeleng laju.

"Takpe lah ma. Kakak dah kenyang dah, tadi singgah makan kejap dengan kawan." Puan Marya mengangguk saja.

Eyfiy mencebik kecil sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Iftie.

Salad dari dalam mangkuk itu selamba disuap ke dalam mulutnya.

Iftie pantas beriak jengkel. Sengaja ingin mengusik.

"Eee dik, kau ni tak habis-habis dengan makanan." Seloroh Iftie.

Eyfiy menjeling malas sebelum menjulingkan matanya ke atas. Usus dia kut bukannya usus orang lain pun.

"Bau apa ni ma?" Soal Eyfiy pantas menoleh ke kiri dan kanan menghidu sesuatu.

Kening Iftie berkerut hairan.

Budak ni bukan kau jangka sangat.

Puan Marya turut berkerut pelik.

"Bau apa dik?" puan Marya mula serius.

Eyfiy selamba mendongak ke atas seolah menghidu bau sesuatu.

"Bau ketiak tak mandi."

Puan Marya tercengang.

Iftie pantas mencubit bahu Eyfiy kuat.

"Auw!" Tangan Eyfiy laju mengosok bahunya.

Iftie menjeling tajam.

"Adik." Tegur puan Marya.

Eyfiy tersengih saja sebelum menjeling Iftie kejap. Apa punya usahawan lah ni sikit-sikit koyak.

"Ni, dik.. Lusa datang office aku. Aku nak ajarkan kau a lil bit about business. Kau tak datang, Siap!" Ugut Iftie. Eyfiy mengerling Iftie sekilas sebelum selamba meneruskan suapannya.

"Tengok lah nanti macam mana." Puan Marya mengeleng saja. Haihh anak daranya ini macam-macam perangai.

"Ma, Iftie naik dulu. Ingat eh dik." Pesan Iftie sebelum melangkah naik.

"Hm." Jawab Eyfiy acu tak acu. Mulutnya penuh dengan salad.

[OG] 𝘽𝙡𝙤𝙚𝙢 𝙄𝙣 𝙈𝙮 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 Where stories live. Discover now