𝔅𝔞𝔟. 12

30 3 0
                                    

          "The heck bro ?!" Pere meraup mukanya berapa kali sebelum menjeling Zafiy laju.

Zafiy pantas melangkah keluar sebelum berlalu di depan kereta. Bumper kereta itu selamat mendarat di atas tar.

"Haihh." Keluh Zafiy menguak rambutnya kasar sebelum mengurut pelipisnya berapa kali.

Patutlah dia tak sedap hati daripada tadi.

"Oh God! Sorry bro?!" Pere pantas meletak kedua tangannya di atas kepala.

Muka penuh sesalan dipasang.

Zafiy mengeleng kecil.

"Kau dah tahu jalan tapak projek ni kawasan perumahan. Kau nak juga bawa kereta ni. Haihh." Zafiy membelek jam di tangannya sekilas.

Dia bukan marah sebab kereta itu cerita dia sekarang ni dia dah lambat.

Malas betul dia kena habis lambat nak discuss dengan klien nanti.

Zafiy segera membuang pandangannya kiri dan kanan sebelum terhenti pada Eyfiy yang tidak jauh di dalam Bastop itu.

Zafiy mengerling Pere semula.

"Kau call workshop. Aku jalan kaki je pergi tapak projek."

Zafiy mengatur langkahnya kasar beredar daripada situ.

Pere tercengang.

"Bro!"

"Bro!"

"Haihh!" Keluh Pere serba-salah.





Sampai saja di dalam Bustop itu Zafiy diam saja memandang Eyfiy yang sibuk membebel kecil di hujung kerusi Bustop itu.

Dia punya bebelan tu kalau boleh hantu pun dia tak perasan.

Zafiy selamba menyeluk sebelah tangannya ke dalam poket seluar sejurus berdiri di penjuru Bastop itu saja.

Eyfiy masih lagi tak perasan dia di situ.

Zafiy mengeleng saja.

Kayu betul ke fesyen dia dekat hujung ni sampai gadis itu tak perasan langsung.

Puas membebel di situ Eyfiy laju bangun daripada duduknya.

"Allahuakhbar!" Latah Eyfiy.

Zafiy membalas pandangan Eyfiy dengan reaksi mendatarnya.

"Muka kau dah macam tahan berak aje." Zafiy selamba melabuhkan punggungnya di bangku Bastop itu dengan perlahan.

Penat juga dia berdiri daripada tadi.

Eyfiy ternganga sebelum mengerling Zafiy tajam.

"Amboi bahasa tu baik sikit eh bang! Dah pakai hensem-hensem tapi Adab zero. Tak guna juga!" Eyfiy berpeluk tubuh.

Terpanas pulak dia dengan kutukan lelaki itu. Sudah lah salam dia pun ke laut.

Zafiy diam saja.

Anak matanya mengerling Eyfiy kejap sebelum beralih menjeling Axia yang terparkir tidak jauh daripada situ.

"Kereta kau ke?"

"Tak. Kereta tukang kebun."

"Sesuailah."

Eyfiy mengetap giginya geram.

"Kalau iya pun kenapa? Nak pecahkan kereta saya pulak?" Eyfiy tersenyum sinis.

Zafiy menghela nafasnya perlahan. No komen. Memang macam ni agaknya lumrah kehidupan seorang perempuan.

Overthinking di mana-mana.

Eyfiy menjeling Zafiy kejap sebelum mengalihkan pandangannya laju.

Dalam hal ni dia kena bijak. Entah-entah mamat ni ada agenda lain.

Dia tak tahu kan?

Zafiy diam saja memerhati Eyfiy. Gadis itu sibuk membebel kecil. Tidak langsung menoleh.

Zafiy pantas bangun daripada duduknya semula.

"Ehem."

Eyfiy tersentak sebelum menoleh laju.

"Jadi Grab aku. Aku bayar." Zafiy mengerling Jam di tangannya laju sebelum kembali memandang anak mata Eyfiy.

Malas pula dia berlama dekat situ. Sudah lah panas.

Eyfiy tercengang.

"Grab?!"










Kejap-kejap anak mata Eyfiy menjeling Zafiy di sebelah melalui ekoran matanya saja.

Risau juga dia kalau lelaki itu menyentuh aksesori dalaman kereta dia itu.

Sudah lah nak beli barang itu semua pun dia terpaksa kumpulkan duit selama tiga bulan.

Mahu botak kepala dia fikir. Haihh.

"Awak jangan berani sentuh apa-apa dalam kereta saya ni. Saya dah lama tak masak Sate manusia." Eyfiy selamba membetulkan review mirrornya tanpa berpaling dari pemanduannya.

Zafiy diam saja mengerling Eyfiy sebelum terhenti pada satu biji patung saitama di atas dashboard kereta itu.

Zafiy tersenyum senget. Larangan adalah perintah.

Tangan Zafiy ringan saja ingin menyentuh patung pelik itu sebelum satu botol laju mendarat di tangannya.

Buk!

"Arg!" Aduh Zafiy menarik tangannya kasar sebelum digenggam laju menahan pedih.

"Seriously Senah?!"

Eyfiy selamba mengangkat kedua bahunya.

"Saya dah pesan tadi. Pandai-pandailah awak fikir balik."

"Lagi satu nama saya bukan Senah."

Zafiy menghela nafasnya kasar sebelum membuang pandangannya ke luar tingkap semula.

Apa-apa jelah Senah.

Lama Zafiy berdiam diri sebelum perlahan-lahan menghela nafasnya seperti biasa.

Eyfiy di sebelah berdehem kecil.

"Ehem! Yang awak beria nak ke destinasi awak ni, awak dapat arahan boss ke atau awak yang mengarah?" Eyfiy sekadar berbasa-basi sejurus menghilangkan suasana sunyi di dalam kereta itu.

Sumpah Awkward gila babi.

Zafiy diam saja sebelum menaip sesuatu di atas skrin telefonnya.

Eyfiy mengaru kepalanya perlahan. Soalan dia salah ke?

"Aku kuli je. Kenapa kau tanya?"

Dua pasang anak mata Zafiy kini tepat memandang Eyfiy.

Eyfiy cepat-cepat menjatuhkan kepalanya saja.

"Oh, takde apa. Saja tanya." Balas Eyfiy tersenyum kelat.

Zafiy diam saja sebelum membuang pandangannya ke luar tingkap semula.

Suasana kembali sunyi.

Berapa minit memandu jari-jemari Eyfiy selamba mengetuk perlahan stereng keretanya.

"Oh ya, kereta 60-an awak tu dekat mana dah?"

Zafiy mengerutkan keningnya.

Kereta 60-an?

Dodge Charger yang Eyfiy hempas semalam kembali bermain di fikirannya.

"Kau nampak kereta aku tu macam 60-an ke?" Eyfiy mengangguk laju sebelum menjeling Zafiy kejap.

Zafiy mengusap rahangnya kasar sejurus membuang pandangannya ke luar tingkap.

Pelik-pelik betul perempuan ni.

"Suka hati kau lah Senah." Zafiy mengeleng saja. Eyfiy tersenyum nipis sebelum menjatuhkan kepalanya saja.

[OG] 𝘽𝙡𝙤𝙚𝙢 𝙄𝙣 𝙈𝙮 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 Where stories live. Discover now